MURTAD GUNA SIHIR : PAS PANDANG BERAT KUALA LUMPUR : PAS memandang berat dan serius terhadap kegiatan memurtadkan umat Islam khususnya remaja, melalui pelbagai cara, antaranya menggunakan ilmu sihir.Ustaz Hassan Shukri, Naib Presiden PAS meminta pihak berkuasa agama pusat dan negeri khususnya Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri-negeri supaya bertindak tegas dan segera kerana kes-kes murtad ini akan menggugat keselamatan negara.
"Kes murtad menjejaskan akidah iaitu esensi penting paling asas yang menentukan nilai kehidupan ummah. Dalam isu murtad ini Islam dan penganutnya sama sekali tidak boleh bertolak ansur. Kelemahan dan kepincangan undang-undang negara yang wujud sekarang perlu di atasi dengan tegas dan segera," demikian ujar Ustaz Hassan ketika diminta mengulas kenyataan Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Rahman yang mendedahkan tragedi 16 kes murtad di Kedah akibat terkena sihir pada tahun lalu. Datuk Sheikh Abdul Halim dilaporkan akhbar tempatan sebagai berkata, mereka yang terkena sihir pendakyah kumpulan bukan Islam sentiasa dalam keadaan tidak tenteram dan meracau ketika tidur. Menurut beliau lagi, mereka yang dimurtadkan adalah anak-anak yang kurang menerima pendidikan Islam dan mudah terpengaruh dengan agama lain selepas dipujuk dan disogok pelbagai kemudahan termasuk kewangan. Sementara itu pemimpin PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan Razak ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Sheikh Abdul Halim menyatakan bahawa pertama sekali, mahu tidak mahu isu murtad mesti dikawal unsur dan kaedah dalam dan luaran iaitu iman dan undang-undang. "Kita sudah perjuangkan isu ini sejak lama, tetapi oleh kerana perlembagaan negara itu sendiri `murtad' , bukan saja menindas umat Islam tetapi juga memberi laluan luas kepada musuh-musuh Islam mencemari akidah ummah. Kita memang menyokong tindakan tegas jabatan agama . Isu murtad adalah isu akidah semata-mata." Selanjutnya beliau menyeru supaya umat Islam dan rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian di seluruh negara bangun mendesak kerajaan bertindak tegas demi memelihara akidah umat Islam. Ustaz Azizan juga menyentuh persoalan sihir, kata beliau, ini bukanlah perkara baru, tapi dulu sindiket atau musuh-musuh Islam tidak berani menceroboh secara biadab dan terbuka. Tapi sekarang umat Islam dan pejabat agama sudah kehilangan maruah, akibatnya ramai remaja menjadi mangsa murtad. "Sekiranya Majlis Agama dan kerajaan benar-benar ikhas, mereka perlu bertindak tegas meluluskan Rang Undang-undang berkenaan di dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri," jelas Ustaz Azizan dengan nada tegas konkrit. Sementara itu juga Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, (PUM), Haji Ahmad Awang ketika diminta mengulas isu murtad, menyatakan bahawa PUM memandang serius perkara ini dan mendesak kerajaan supaya bertindak segera kerana ia boleh mengancam keharmonian masyarakat Malaysia. "Kerajaan perlu bertindak tegas dan segera untuk menjaga keharmonian masyarakat kerana pihak tertentu berusaha melalui pelbagai cara memurtadkan umat Islam." ujar beliau begitu responsip. "Kita tahu begitu banyak gadis Islam bersekedudukan dengan pemuda bukan Islam tanpa dilaporkan dan tanpa tindakan. Mereka menggunakan sihir dan perkara keji yang lain, menunjukkan sikap yang melampau batas. Apakah kita masih perlu berpeluk tubuh?" tanya beliau penuh kesangsian. Harakah juga menerima reaksi desakan Badan Kebajikan Islam Kastam Malaysia (BAKISKA). Setiausaha agungnya, Sdr. Mazardin Ishak berkata, memandangkan fenomena murtad yang kian brleluasa di negara ini, kami mendesak: Pertama, kerajaan menyegerakan penggubalan undang-undang anti-murtad demi memelihara kesucian agama Islam sebagai agama rasmi. Kedua, kerajaan hendaklah menguatkuasakan larangan terhadap golongan agama lain mendakyah dan menyebarkan agama mereka kepada umat Islam. Ketiga, Majlis Agama Islam Negeri-negeri hendaklah menggubal peruntukan undang-undang bagi menangani kes-kes murtad. Beliau menegaskan, tanpa ketiga-tiga tindakan tegas tersebut, dibimbangkan ketenteraman awam akan tergugat memandangkan akidah umat Islam dalam keadaan terancam. Harakah 6/2/98 http://members.tripod.com/~AishahB/murtad_guna_sihir.htm Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

