Siri KHOMEINI DAN SYIAH bermula dgn kertas kerja oleh
Ust Hasrizal Abd Jamil(dalam kertas kerjanya bertajuk
Fahaman Ayatollah Khomeini: Keganjilan Pada Aqidah dan
Pendirian). Ia berdasarkan buku karangan ulama Ikhwan
Muslimin Syria yg dihormati, Sheikh Said Hawa bertajuk
Khomainiyyah - Syuudzuz fi Al ‘Aqaid wa Al-Mawaqif
(KHOMEINI: KEGANJILAN PADA AQIDAH DAN PENDIRIAN).

Membahaskan tentang seorang tokoh yang dikenali ramai
sentiasa mengundang kontroversi. Khomeini merupakan
seorang figure yang bagi para penyokongnya, seorang
tokoh ulung yang sentiasa dijulang dan dipuja.
Kejayaannya menjatuhkan regim Shah Iran melalui
Revolusi Iran telah mengangkat Khomeini sebagai idola
politik bahkan agama oleh mereka yang mengaguminya. 
Walau bagaimanapun, politik abad ke-20 bukanlah suatu
medan yang cetek sehingga analisa dan andaian boleh
dibuat dengan mudah. Tidak semua yang dilihat dengan
mata kasar merupakan hakikat yang tersurat lagi
tersirat. 
Adakalanya sebentuk kejayaan yang dicapai ketika massa
berada dalam tekanan, menjadikan mereka begitu cepat
menerima, tanpa banyak soal. Lihat sahaja tindakan
Ataturk memindahkan ibu kota Turki dari Istanbul ke
Ankara, merupakan tindakan siasah yang bijak. Ankara
pada ketika baru sahaja dilanda krisis akibat
kebakaran besar yang hampir memusnahkan bandar itu,
menjadi sebab Ataturk disambut dengan sepenuh hati
oleh penduduk tempatan. Khomeini telah kembali ke Iran
dari tanah buangannya di Perancis, membawa rakyat
keluar dari kekejaman regim Shah Iran. Beliau tiba di
Iran tepat pada masanya! 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke