Assalamu 'alaikum

Ini gambar betul-betul ke?

Paling kurang gambar-gambar ini tidak memperlihatkan penyelidikan
yang adil. Kerana daun-daun dalam pasu itu "kelihatan" dipotong/buang
Jika pokok itu layu dan dedaunnya kering ia sepatutnya ada dalam pasu.
Jadi ada "ganguan" luaran. Warna tanah dalam kedua-dua pasu pun
nampak tidak sama dari hari pertama kecuali hari kesembilan?.
 
Kita agak pelik kenapa William P. Kopp yang dinyatakan sebagai penulis
dari agensi atau pusat penyelidikan "AREC research operations" mahu ambil
hujjah (gambar) dari ujikaji orang yang tidak ada nama dalam "science fair".
(Maksudnya dia agensi profesional tetapi rujuk kepada ujikaji tidak
setaraf dan nampak pula ketidak-kemasan nya ).
Sedangkan dia ada merujuk secara tidak boleh rujuk kepada kajian klinical
di beberapa buah negara. Tetapi bukan dirujuknya isi kajian tetapi
hanya kesimpulan kemudian dia keluarkan 10 sebab.. (kritik penulisan sahaja)

Kita tidak mahu tertipu seperti Charles Darwin yang melihat tulang
tulang dan mengeluarkan tiori evolusi.

Manusia bukan sahaja berkemampuan mengeliru dalam bidang agama
bahkan dalam bidang sains.

Jika agama perlukan nas dan dalil secukupnya demikian jugalah sains.
Semata-mata gambar belum cukup untuk diterima. Ianya cuma taklid sains.
Kita perlu lihat juga bagaimana cara ujian dijalankan. Lebih banyak data
yang dapat difahami maka keyakinannya bertambah.

Dan sebagaimana dalam bidang agama, sebahagian para pengguna internet
ada kecenderungan yang sama  -- tidak menyatakan punca diambilnya maklumat
tersebut sesuai dengan kepenggunaan internet seperti "url"nya (nombor 
telefon
atau alamat pos tidak sesuai) dan juga tidak menunjukkan bahawa dialah 
yang membuat ujikaji tersebut.

Saya cuma kritik cara penyampaian bukan menafikan atau mengiakan
keselamatan dari penggunaan ketuhar gelombang mikro. Kita tidak suka 
dipermain-mainkan oleh banyaknya cerita-serita internet yang tidak benar.
Sudahlah ummat Islam dipermain-mainkan oleh sebahagian dari kuasa dan
media barat berkenaan agama sendiri.
 
Wan Hasbullah
______________________
Hizamri Johari wrote:

>  
> ----- Original Message -----
> *From:* Hizamri Johari <mailto:[EMAIL PROTECTED]>
> *To:* [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>
> *Sent:* Wednesday, August 30, 2006 11:50 AM
> *Subject:* Re: [al-Falaah] Fw: Microwaved Water - See What It Does
>
> Tak taulah apa jadi pada gambar email yang mula2.
>  
>  
> 
> <http://us.rd.yahoo.com/evt=41244/*http://smallbusiness.yahoo.com/r-index> 





///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke