Wa'alaikummussalam. Kenapa tak lakukan experiment sendiri dahulu? Bukan lama, tak susah, tak mahal, kalau anda sudah mempunyai mikrowave oven.
Kemudian siarkan resultnya dan gambarnya juga. Pasti akan ada yang skeptikal, curiga, syak wasangka, dan mempertikaikan kredibiliti, kemampuan, kepakaran anda dalam melaksanakan dan mencerap experimen tersebut. Selepas itu, bolehlah anda jawab sepertimana saya jawab hari ini. Kalau tak ada microwave oven, maka tak perlulah dirisaukan apa2. Bagi saya, manusia boleh menipu dalam semua bidang/aspek, ( politik, perakaunan, jual-beli, perkhidmatan, kemasyarakatan, ketenteraan, berita dlll ) tak semestinya dalam bidang sains dan agamanya sahaja. Bezanya dalam bidang sains seperti microwave water ini, kita sendiri boleh mengulangkajian ( reexperimetation ) dan selalunya, kita sendiri boleh dapat keputusan yang konsisten ( reproducible, replicatable result ). Selepas tu, kita boleh buat teori sendiri dan syok sendiri, sebab kebanyakan orang memang sukar diyakinkan dan bersikap skeptikel. WAllahua'lam Wassalam Hizamri ----- Original Message ----- From: "Wan Hasbullah" <[EMAIL PROTECTED]> To: <[email protected]> Sent: Thursday, August 31, 2006 12:11 PM Subject: Re: [Islah-Net] Fw: [al-Falaah] Fw: Microwaved Water - See What It Does > Assalamu 'alaikum > > Ini gambar betul-betul ke? > > Paling kurang gambar-gambar ini tidak memperlihatkan penyelidikan > yang adil. Kerana daun-daun dalam pasu itu "kelihatan" dipotong/buang > Jika pokok itu layu dan dedaunnya kering ia sepatutnya ada dalam pasu. > Jadi ada "ganguan" luaran. Warna tanah dalam kedua-dua pasu pun > nampak tidak sama dari hari pertama kecuali hari kesembilan?. > > Kita agak pelik kenapa William P. Kopp yang dinyatakan sebagai penulis > dari agensi atau pusat penyelidikan "AREC research operations" mahu ambil > hujjah (gambar) dari ujikaji orang yang tidak ada nama dalam "science > fair". > (Maksudnya dia agensi profesional tetapi rujuk kepada ujikaji tidak > setaraf dan nampak pula ketidak-kemasan nya ). > Sedangkan dia ada merujuk secara tidak boleh rujuk kepada kajian klinical > di beberapa buah negara. Tetapi bukan dirujuknya isi kajian tetapi > hanya kesimpulan kemudian dia keluarkan 10 sebab.. (kritik penulisan > sahaja) > > Kita tidak mahu tertipu seperti Charles Darwin yang melihat tulang > tulang dan mengeluarkan tiori evolusi. > > Manusia bukan sahaja berkemampuan mengeliru dalam bidang agama > bahkan dalam bidang sains. > > Jika agama perlukan nas dan dalil secukupnya demikian jugalah sains. > Semata-mata gambar belum cukup untuk diterima. Ianya cuma taklid sains. > Kita perlu lihat juga bagaimana cara ujian dijalankan. Lebih banyak data > yang dapat difahami maka keyakinannya bertambah. > > Dan sebagaimana dalam bidang agama, sebahagian para pengguna internet > ada kecenderungan yang sama -- tidak menyatakan punca diambilnya maklumat > tersebut sesuai dengan kepenggunaan internet seperti "url"nya (nombor > telefon > atau alamat pos tidak sesuai) dan juga tidak menunjukkan bahawa dialah > yang membuat ujikaji tersebut. > > Saya cuma kritik cara penyampaian bukan menafikan atau mengiakan > keselamatan dari penggunaan ketuhar gelombang mikro. Kita tidak suka > dipermain-mainkan oleh banyaknya cerita-serita internet yang tidak benar. > Sudahlah ummat Islam dipermain-mainkan oleh sebahagian dari kuasa dan > media barat berkenaan agama sendiri. > > Wan Hasbullah > ______________________ > Hizamri Johari wrote: __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

