kat kl ni xde mase nak buat yg sunat2 maklumlah urusan dunia lebih penting 
dari urusan agama.. kalau di Kelantan bolehlah..

----- Original Message -----
From: "Hizamri Johari" <[EMAIL PROTECTED]>
To: [email protected]
Date: Fri, 1 Sep 2006 03:07:09 -0700 (PDT)
Subject: Re: [Islah-Net] pentingnye mandi - PERKARA SUNAT DILAKUKAN HARI 
JUMAAT

> Apa yang saya tahu, dalam menetukan sesuatu hukum, maka kita perlu lihat 
> kesemua dalil2 yang tergolong dalam subjek tersebut.
>  
> Tak de pulak, Nabi SAW ugut kalau tak mandi boleh batal/tidak diterima 
> sembahyang Jumaat/berdosa besar/bala yang akan turun.
>  
> Namun seruan/suruhan mandi ini telah diriwayatkan/ diteggaskan oleh ramai 
> sahabat ra, didalam banyak hadith.
>  
> Nabi SAW juga menceritakan kebaikan dan ganjaran kalau mandi sebelum datang 
> sembahyang Jumaat. Kalau tak mandi, maka memang sah lah, tak kan dapat 
> kesemua ganjaran Jumaat yang disediakan/dijanjik an Allah SWT.
>  
> Dari segi hukum, kalau tidak menganggapnya wajib sekalipun ( tak mandi 
> hukumnya berdosa ), maka ianya sudah cukup untuk mengatakan sunnat yang 
> sangat2 dituntut.
>  
> Namun, bukankah lebih afdhal kita ikut apa yang disuruh Nabi SAW?
>  
> Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
> Dengan nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang
>  
> [33.36] Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan 
> perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai 
> sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan 
> sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum 
> Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang 
> jelas nyata. 
>  
> SodaqAllahul' Adzim
>  
> http://www.. mymasjid. com.my/article/ show.asp? id=1176
>  
> PERKARA SUNAT DILAKUKAN HARI JUMAAT 
> 1. MANDI
> 
> Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa, 
> mandi ialah suatu rutin hidup. Namun, mandi boleh menjadi amal soleh jika 
> kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi 
> pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w.
> 
> ( Dari Ibnu Umar ra ), Sabda baginda SAW yang bermaksud, 
> "Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat 
> Al-Bukhari dan Muslim).
> 
> 2. Menghias dan Pakai Wangi²an 
> 
> Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian Hari 
> Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan 
> menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai 
> pakaian yang baik dan berwangi-wangian. 
> 
> Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
> "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, 
> memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan 
> solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang 
> telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai 
> menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang 
> dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas 
> itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
> 
> Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat.
> 
> Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, 
> "Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian 
> kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal 
> dunia di kalangan kamu dengannya."
> 
> 
> 3. Memotong Kuku
> 
> Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan. 
> 
> Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, 
> "Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, 
> mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai." 
> (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
> 
> Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa 
> terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi 
> beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah tentu 
> kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak 
> mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.
> 
> 
> 4. Membaca Surah al-Kahfi
> 
> Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat. 
> 
> Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, 
> "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan 
> dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." 
> (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
> 
> Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud, 
> "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan 
> dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq." 
> (Riwayat Al-Baihaqi)
> 
> 5. Memperbanyak Doa
> 
> Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai 
> musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan 
> banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat 
> mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi 
> segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.
> 
> Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari Jumaat 
> terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara hadis 
> Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah 
> 
> Sabda baginda yang bermaksud, 
> "Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai 
> solat." 
> (Riwayat Muslim).
> 
> 6. Berselawat 
> 
> Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
> Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas 
> junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 
> 
> Sabda baginda yang bermaksud, 
> "Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka 
> perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat 
> kamu akan dibentangkan di hadapanku."" 
> 
> "Ya Allah..Berikanlah daku kekuatan untuk mengharungi mehnah dari Mu dengan 
> penuh kesabaran dan ketakwaan... "
> 
> 
> WAllahua'lam
> 
> Wassalam
> 
> Hizamri
> 
>  
> ----- Original Message ----- 
> From: albaniasghar 
> To: [EMAIL PROTECTED] ps.com 
> Sent: Friday, September 01, 2006 11:58 AM
> Subject: [Islah-Net] Re: FW: pentingnye mandi
> 
> --- In [EMAIL PROTECTED] ps.com, Hizamri Johari <[EMAIL PROTECTED] > wrote:
> >
> > Sekadar peringatan dan pengetahuan am untuk yang sudi membacanya.
> > 
> > WAllahua'lam
> > Wassalam
> > Hizamri
> 
> ~~~~~~~~~~~~ ~~~reply
> 
> hang kena bagilah tau apa hukum mandi hari Juma'at? sebab hang FWD 
> hadith kata wajib mandi hari Juma'at...
> _,_._,___ 
> 
>    Stay in the know. Pulse on the new Yahoo.com. Check it out. 
>             
>


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke