Yang suka menuduh dusta tanpa bukti, saksi dan usul periksa itu pun, pendusta juga.
Yang suka memperlecehkan sumbangan orang lain itu, sombong.
Yang bodoh lagi suka mencari kesalahan/keaiban orang lain, itu bodoh sombong.
 
Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam satu hadith baginda, "Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah daripada perasaan sombong."Â…Lalu seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang bagaimana seorang lelaki yang memakai pakaian yang bagus dan kasut yang elok. Maka jawab Nabi s.a.w., "Sesungguhnya ALLAH TA`ALA itu Tuhan yang bersifat dengan sifat yang cantik dan sukakan kepada kecantikan. Yang dikatakan sombong itu ialah menolak kebenaran dan memandang remeh kepada manusia." ( HR Muslim)
 
SodaqaRasulUllah SAW
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
Dengan nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang
 
[4.49] Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.
 
[4.50] Lihatlah (wahai Muhammad) betapa beraninya mereka mengada-adakan perkara-perkara dusta terhadap Allah? Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang terang nyata.
 
[24.13] Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
 
[24.14] Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -
 
SodaqAllahul'Adzim
 
ﻡﻠﻋﺍﷲﺍﻮ

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

Hizamri

 
 
----- Original Message -----
Sent: Monday, September 04, 2006 3:43 PM
Subject: [Islah-Net] Re: Fw: Itulah Sikap Kita: Sering mengabaikan sumbangan orang lain

--- In [EMAIL PROTECTED]ps.com, Hizamri Johari <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~reply

kalau kerjanya asyik memFWD segala benda kepada orang tanpa diperiksa
sahih atau palsu...itu bukan sumbangan.

Nabi kata dalam muqaddimah sahih Muslim, " cukuplah seorang itu
dikatakan pendusta bila ia menyampaikan apa saja yang didengarinya"

__._,_.___

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___


Get your email and more, right on the new Yahoo.com

Kirim email ke