Sahih Bukhari Hadith 723 :
====================
Dari Harith bin Wahab ra :
Nabi SAW telah bersabda :
Bersedeqahlah kamu! Akan datang kepadamu suatu masa dimana seseorang membawa sedeqahnya, tetapi tiada orang mau menerimanya.
Lalu Orang itu berkata :
Kalau engkau datang kelmarin, nescaya saya terima, Hari ini saya tidak memerlukannya lagi.
 
 
Sahih Bukhari Hadith 724 :
====================
Dari Abu Hurairah ra :
Nabi SAW telah bersabda :
Belum terjadi kiamat, sebelum harta kekayaan telah banyak sampai melimpah ruah, sehingga yang berharta jadi bimbang, siapakah kiranya yang mau menerima sedeqahnya. Diberinya kepada seseorang, lalu orang itu berkata :
Aku tidak memerlukannya.
 
 
Sahih Bukhari Hadith 726 :
====================
Dari Abu Musa ra :
Nabi SAW telah bersabda :
Akan datang kepada manusia suatu masa, dimana orang mengadar emas untuk disedeqahkan, tetapi tiada seorang pun yang ditemuinya, yang sudi menerima sedeqahnya.
Dan suatu masa, dimana seorang lelaki di ikuti oleh 40 orang wanita sebagai pelindungnya. Hal ini terjadi, kerana jumlah lelaki terlalu sedikit sedangkan jumlah wanita pula terlalu ramai.
 
SodaqaRasulUllah SAW
 
ﻡﻠﻋﺍﷲﺍﻮ

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

Hizamri

 
----- Original Message -----
 

Pemberi sedekah golongan dilindungi

BERSEDEKAH perlu dihidupkan oleh seseorang insan dalam ajaran Islam untuk membantu insan lain. Gesaan ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, nafkahlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 267).

Ayat di atas menjelaskan bahawa, apa saja hasil yang dimiliki oleh manusia di atas bumi ini adalah milik Allah. Dengan hasil itu Allah menggalakkan orang beriman membelanjakan sebahagian daripadanya di jalan Allah.

Ibn Abbas menjelaskan bahawa, hasil yang perlu disedekahkan itu hendaklah yang paling bagus dan berharga, bukannya yang paling buruk dan hina kerana sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik.

Ibn Jarir menjelaskan bahawa, al-Barra' menyatakan ayat di atas turun berikutan sikap kaum Ansar, di mana pada hari memetik kurma, orang Ansar mengeluarkan kurma yang baik diletakkan di masjid untuk dimakan oleh kaum fakir miskin dari kalangan kaum Muhajirin. Lalu ada salah seorang antara mereka (kaum Ansar) sengaja mengambil kurma buruk dan memasukkan ke dalam beberapa kurma yang baik, ia mengira perbuatan itu dibolehkan. Lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Perbuatan memberi sesuatu benda yang sudah tidak diperlukan juga ditegah oleh Rasulullah SAW. Hal ini dijelaskan oleh Aisyah, yang menceritakan: “Pernah dihidangkan kepada Rasulullah SAW binatang sejenis dhab, namun Baginda tidak memakannya, tetapi tidak juga melarangnya. Lalu kukatakan: Ya Rasulullah, kita berikan saja kepada orang miskin. Maka, Baginda berkata; jangan kamu memberi makan mereka sesuatu yang kamu tidak mahu memakannya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Ketika menghulurkan sedekah, menampakkan pemberian itu adalah perkara baik jika boleh menjadi contoh kepada orang lain untuk turut bersedekah dan tidak timbulnya perasaan riak di kalangan pemberinya.

Hal ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu adalah baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu.” (Surah al-Baqarah, ayat 280).

Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa menyembunyikan sedekah itu adalah lebih afdal daripada menampakkannya kepada orang lain sekiranya timbul perasaan riak kepada pemberi. Lebih afdal menyembunyikan sedekah itu.

Hal ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: “Tujuh orang yang dilindungi Allah dalam lindungan-Nya pada hari yang tidak ada perlindungan selain lindungan-Nya, iaitu imam yang adil, pemuda yang senantiasa beribadah kepada Allah , dua orang saling mencintai kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah kerana-Nya, orang yang hatinya bergantung kepada masjid dari saat keluar darinya hingga ia kembali kepadanya, orang yang mengingat Allah di tempat yang sunyi lalu matanya berlinangan, seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu lelaki itu menjawab sesungguhnya aku takut kepada Allah serta orang mengeluarkan sedekah lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.” (Riwayat Muslim).

Sesungguhnya Allah memberikan pahala kepada sesiapa menghulurkan sedekah. Balasan ini dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya.” (Surah al-Baqarah, ayat 272).

Berdasarkan ayat di atas, Hasan al-Basri menjelaskan bahawa, seseorang mukmin tidak menafkahkan harta melainkan dalam rangka untuk mencari keredaan Allah .

Atha' al-Khurasani menyatakan, jika engkau memberikan sesuatu kerana mencari keredaan Allah, maka pahala amal itu bukan urusanmu.

Sesungguhnya umat Islam amat wajar mengetahui bahawa harta yang mereka infakkan di jalan Allah adalah perniagaan yang tiada tolok bandingnya. Ini kerana ia mampu untuk menyelamatkan mereka daripada azab pedih di akhirat. Hal ini dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Wahai orang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih. Kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah as-Shaf, ayat 10-11).

Berjihad dengan harta ialah dengan menginfakkan harta itu ke jalan Allah. Antaranya bersedekah kepada mereka yang memerlukannya.

Oleh Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

Penulis ialah pensyarah di Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan Universiti Kebangsaan Malaysia.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Agama/20060825000842/Article/

======================== Keris silau ============================

Obsessi-Celebrity

Zaman sekarang merupakan zaman obesessi-celebrity

Pada senin 21Ogos surirumah semua cuti

Pasal nak tengok Siti jadi raja sehari

Anak yang nak ke sekolah tak dapat makan nasi

Sebab ikan yang nak digoreng dibawa kucing lari

Emak mereka pula sibuk terpacak depan TV

Pada malam senin 28 Ogos berebut pula stesen TV

Yang belah sini bersanding dan belah sana Ina dan Mawi

Jalan-jalan dikampung sunyi sepi

Solat Isyak di masjid cuma tok siak dan tiang seri

Tok Imam pun baca surah pendek Iza ja dan wal Asri

Sebab nak balik awal tak mau terlepas tengok Mawi

Kita hairan tv ambil kesempatan kisah peribadi

Dan yang best tu ada seorang MP

Dia kata Mawi banyak yang boleh dicontohi

Apa yang baguih sangat kita nak ikuti

Sebab pandai azan dan juga pandai nyayi?

Tapi SPM terdongkoi tak dapat masuk universiti

Itu yang kita suruh anak-anak kita contohi

Belajar tak pandai pun boleh jadi celebrity

Ilmuan dan negarawan tak nak dicontohi

Jauh sekali nak contohi baginda Nabi

Apa punya faedah sanjung artis begitu tinggi

Negara jiran cakap K-Economy, disini K-Siti

Kita bukan cemburu kat Dato K atau Siti

Kita nak bagi tau orang Melayu tak sedar diri

Biar mereka faham apa sebenarnya realiti

Siang malam program hiburan di kaca TV

Apa-apa cerita artis jadi bahan gosip terkini

Tak caya tengoklah setiap Ahad rancangan Melodi

Dan satu lagi Cit Cat bersama Azwan Ali

Cerita artis kawin dan gaduh laki bini

Apa nilai mulia yang dibawa untuk muda mudi

Keseronokan dan enjoy yang jadi prioriti

Satu hari aku syorkan you all pergi public library

You all boleh tengok dan nilai sendiri

Anak Melayu boleh bilang dengan jari

Dan you all pergi jengok KTV dibuat dalam peti

Sapa yang dok melalak penuh dengan emosi

Dan sapa yang ramai dok Pusat Serenti

Dek gejala dadah syabu ganja dan ecstasy

Dan Mat rempit race motor hingga ke awal pagi

Anak sapa kalau bukan anak Melayu sendiri

Bayangkanlah apa akan terjadi

Kalau Lubnan dan Palestin terjadi disini

Apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi

Pagi petang siang malam asyik tengok TV

Are we prepared mentally, physically and spiritually?

Allah maha Adil orang kita jarang pernah diuji

Baru diuji sedikit pada tahun 2004 dengan tsunami

Itupun kita tak mau sedar diri lagi

Wahai pemimpin sekalian tak kira mana parti

Eloklah you all berhenti bergaduh sesama sendiri

Buanglah otak kelompok punya mentaliti

Kita kena buat sesuatu mulai hari ini

Hidupkan semula masjid punya fungsi

Biar anak qaryah sendiri lantik ajk dan pengerusi

Tak payah nak loghat lantik orang parti

Lantiklah mereka yang berwibawa punya visi dan misi

Jangan lupakan remaja bakal pemimpin satu hari nanti

Buat program yang ada sedikit kreativiti

Agar mereka jadi pemimpin yang punyai jati diri

Yang berlandaskan alQuran dan Sunnah Nabi

Keris Silau

1 September 2006

www.kerissilau.blogspot.com

__._,_.___

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___


Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business.

Kirim email ke