BAB 1 (AQIDAH-AQIDAH GANJIL MAZHAB SYIAH ANUTAN KHOMEINI) Di dalam bab ini, Said Hawwa memulakan perbahasan dengan membentangkan bab asal usul kemasukan aqidah yang syaz ke dalam pegangan Syiah. Pengaruh ajaran Majusi, Yahudi dan falsafah asing banyak terserap sehingga menjadi sebahagian daripada usul Syiah. Mazhab Syiah Imamiah Itsna Asyariah (Imam 12) telah menghukum sesat aliran-aliran Syiah yang melampau seperti Al-Ismailiyyah dan An-Nusairiyyah sedangkan ia sendiri mendukung fahaman yang tidak kurang penyimpangannya.
Persoalan Imamah Said Hawwa membandingkan konsep kemaksuman Imam yang menjadi usul Syiah, dengan sikap Yahudi dan Kristian terhadap paderi dan rahib mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Surah At-Taubah ayat 31. Kemaksuman para Imam menurut kepercayaan Syiah menduduki martabat yang lebih tinggi daripada Nubuwwah sehingga mencetuskan syirik pada Uluhiyyah Allah SWT. Konsep-konsep melampau berkenaan kelihatan di dalam kitab Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini, Aqaid Asy-Syiah Al-Imamiah oleh Ibnu Babuweih Al-Qumi, Awail Al-Maqalat dan Tashih Aqaid Asy-Syiah Al-Imamiah oleh Asy-Syeikh Al-Mufid dan sebagainya. Manakala Khomeini pula mengukuhkan lagi konsep-konsep melampau ini sebagaimana kenyataan beliau di dalam kitabnya, Al-Hukumah Al-Islamiah. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

