Hikmah sakit

SETIAP manusia tidak lari daripada ditimpa sakit dan sewajarnya kita bersabar mengharung segala kesakitan dan penderitaan. Dalam menghadapi penderitaan tersedia ganjaran besar dengan ketentuan Allah.

Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim:
     "Sesiapa saja di kalangan umat Islam yang ditimpa kesakitan daripada
      penyakit, maka tidak ada selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya (dosa kecil) dengan
    sebabnya seperti mana pokok menggugurkan daunnya."
 
Dalam sebuah hadis: Rasulullah saw bertanya kepada sahabat:
                     "Siapakah di kalangan kamu yang suka sihat tanpa sakit?

Jawab sahabat: "Semua kami."

Baginda bertanya lagi:
"Adakah kamu suka menjadi seperti keldai liar yang mengganas?
  Tidakkah kamu suka menjadi orang yang ditimpa bala dan
    orang yang mendapat penghapusan dosa?
   
Demi diriku di bawah kekuasaan-Nya, sesungguhnya Allah pasti menguji orang mukmin dengan bala dan
   apa yang diuji itu tidak lain melainkan untuk memuliakannya."

Sabda Rasulullah lagi bermaksud:
"Sesungguhnya, mengerang orang yang sakit itu umpama tasbih, jeritan dan
    tidurnya adalah ibadah
, nafasnya sedekah dan
   berbalik-balik ke kiri dan kanan itu adalah memerangi musuh, iaitu sama pahalanya."

Hadis yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah mengutuskan kepada seorang yang sakit dua malaikat untuk melihat apa yang dikatakannya kepada pengunjungnya.

"Sekiranya dia mengucapkan tahmid dan pujian kepada Allah, Allah berfirman:
Bagi hamba-Ku, sekiranya Aku mematikannya, nescaya Aku memasukkannya ke dalam syurga.

Dan sekiranya Aku menyembuhkannya nescaya Aku menggantikan daging badannya yang lebih baik daripada sebelum ini,
darah yang lebih baik daripada darahnya serta Aku hapuskan kejahatannya.
Kelebihan Allah lebih luas daripada semua itu."

Allahuaklam.

__._,_.___

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___


Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business.

Kirim email ke