Ulamak2 Mazhab Syafie berpegang kepada hadith dari Sahih Bukhari yang menyatakan hanya mereka yang berjunub sahaja yang wajib mandi pada hari Jumaat, sekalipun dia berjunub kerana bermimpi atau telah mendapati air maninya telah keluar ketika tidurnya.
 
 
Ali bin Abdullah menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan bin Salim, daripada ‘Ata’ bin Yasar, daripada Abu Said al-Khudri, daripada nabi s.a.w bersabda baginda:” mandi pada hari Jumaat itu wajib ke atas setiap yang bermimpi (keluar mani).”
 
SodaqaRasulullah SAW.
 
(Bukhari)
 
Huraian

Bentuk mimpi yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib ialah mimpi melakukan persetubuhan yang menyebabkan seseorang itu keluar mani. Kesan keluar mani ini jelas kelihatan pada kain atau apa sahaja yang dipakai sewaktu tidur. Air ini pula keluar secara memancut, baunya seperti bahagian yang berwarna putih pada telur ayam yang sudah direbus menyebabkan rasa sengal-sengal pada bahagian lutut dan disertai dengan rasa lazat. Jika terdapat tanda-tanda ini, jelaslah ia adalah sifat-sifat air mani lelaki. Begitulah yang disebut di dalam Kitab as-Siraj Al-Wahhaj karangan Syeikh al-Ghamrawi salah seorang ulama mazhab Syafi’e. Ini bermakna jika seseorang bermimpi melakukan persetubuhan dengan seseorang perempuan tetapi apabila bangun dari tidurnya tidak didapati sebarang kesan air mani pada pakaian yang dipakainya semasa tidur, tidak wajib ke atasnya mandi junub. Berbeza jika seseorang itu bangun dari tidur tiba-tiba di dapati kesan air mani pada pakaian yang dipakainya, padahal pada malamnya ia tidak bermimpi dan kebetulan tidak ada orang lain di dalam biliknya itu selain ia seorang saja yang tidur di situ, maka air mani itu adalah kepunyaannya, kerana masa tidur adalah masa seseorang tidak sedarkan diri dan tidak menyedari apa yang berlaku ke atas dirinya. Sehubungan dengan itu ia dikehendaki mandi junub.
 
WAllahua'lam
Wassalam
Hizamri
 
----- Original Message -----
Sent: Thursday, September 07, 2006 9:36 AM
Subject: [Islah-Net] Re: pentingnye mandi - apa pula sandaran Imam Syafie?

saya tanya metod anda. kalau metod madzhab syafi'iy tak payahlah saya
nak cerita sebab Malaysia ni bermadzhab syafi'iy...
cuma saya nak tahu bagaimana hizam mentafsir hadith pertama yang hizam
paparkan 29 Ogos yang ada kalimah WAJIB Mandi. Ini kerana saya lihat
hizamjo tidak berpegang dgn madzhab syafi'iy. sebab tu saya tanya,
hizam ni madzhab apa? kalau pandai mentafsir hadith, kena cerita metod
hizam dalam mengeluarkan hukum dari hadith tsb...


__._,_.___

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___


Talk is cheap. Use Yahoo! Messenger to make PC-to-Phone calls. Great rates starting at 1¢/min.

Kirim email ke