“Mereka Yang Mencari Kebenaran Akan Menjumpai
Kebenaran. Mereka Yang Lari Dari Kebenaran Akan
Kesesatan”

Keinginan mengembara bawa Michael Wolfe kepada Islam
Utusan Malaysia 7 September 2006 - Susunan ZUNAIDAH
ZAINON
SELEPAS 25 tahun menjadi penulis di Amerika Syarikat
(AS), Michael Wolfe ingin mencari sesuatu yang
berupaya melembutkan perasaan sinisnya dalam melihat
prospek kehidupan. Lahir dalam keluarga yang mempunyai
dua pegangan agama lantaran ayahnya berketurunan
Yahudi manakala ibunya penganut Kristian menyebabkan
Wolfe agak tertekan apabila membicarakan isu perkauman
dan kebebasan.

Untuk mencari dimensi baru dari sisi hidup yang
berbeza, Wolfe mengambil keputusan mengembara ke
Afrika Utara sejurus tamat pengajian universiti.
Akhirnya beliau yang ketika itu berusia awal 20-an
memutuskan menetap di benua tersebut selama tiga
tahun. 

Pergaulan dengan masyarakat Arab dan Eropah yang
kebanyakannya beragama Islam menguak perasaan Wolfe
tentang obsesi orang Barat terhadap kelas sosial. Apa
yang diperhatikannya, Islam tidak pernah membezakan
umatnya berdasarkan kaum ataupun warna kulit tetapi
berpandukan kepada ajaran dan kepercayaan agama. 

“Saya ingin mencari satu laluan yang boleh melepaskan
diri daripada pengasingan istilah budaya materialistik
tetapi fahaman konvensional yang saya ikuti sejak
kecil terlalu rapat.

“Tambahan pula latar belakang saya yang bercampur aduk
menyebabkan saya mempunyai dua pegangan (agama)
berbeza. Namun, kedua-duanya sangat meragukan,” kata
Wolfe yang mengikuti kisah perjuangan Malcolm X yang
sentiasa menegaskan bahawa orang Amerika perlu
memahami Islam kerana ia satu-satunya agama yang boleh
mengikis perasaan antiperkauman dalam masyarakat.

Bagi Wolfe, semakin beliau berkeinginan mencari
prospek baru dalam kehidupannya, pengalaman hidup
masyarakat Islam di Afrika Utara akan dirujuk.

Selepas melalui dua kali perjalanan ke Maghribi pada
1981 dan 1985, Wolfe berpendapat, Afrika Utara adalah
benua yang dapat memberi keseimbangan dalam
kehidupannya. Wolfe menegaskan, beliau bukannya mahu
menukar budaya tetapi semata-mata ingin mencari makna
baru kehidupan.

Beliau turut menceritakan pengalamannya dalam satu
penerbangan ke Maghribi. Setelah selesai menikmati
makan malam, Wolfe ke bilik air. Semasa ketiadaannya,
penumpang beragama Islam mengambil peluang membentuk
satu barisan untuk mendirikan sembahyang di bahagian
luar pintu. Bagaimanapun, kemunculan Wolfe dari bilik
air tiada sesiapa menyedarinya. Beliau berjalan antara
lorong kerusi untuk mencari sendiri jawapannya.

Memuji Tuhan

Ketika itu Wolfe hanya mampu berdiri dan memandang
bahagian belakang jemaah. Mereka memegang sebuah buku
sebesar tapak tangan yang kemudian meletakkannya di
dada seperti sedang memuji Tuhan.

“Saya hanya memerhatikannya dari pintu bilik air
sehingga mereka selesai dan kemudian berjalan duduk ke
tempat saya semula. Kami mendarat di Brussels.

“Semasa menaiki semula kapal terbang, saya menemui
keratan surat khabar berbahasa Yiddish di atas dulang
makanan. Apabila dalam penerbangan menuju ke Maghribi,
saya lihat mereka sudah tiada,” cerita Wolfe atau nama
Islamnya Michael Abdul Majeed Wolfe. Beliau memeluk
Islam selepas 20 tahun mengembara ke negara-negara
Islam. 

Rentetan peristiwa itu, beliau tidak menyifatkan
kehidupannya baru bermula. Pada peringkat awal,
sekitar 1981, beliau begitu teruja untuk mengembara
dan Maghribi menjadi negara pilihan utama. 

Perasaan ini membawa Wolfe mengenali penulis terkenal
seperti Freya Stark. Ketika itu beliau benar-benar
ingin mencari agama yang tidak berkaitan dengan
sebarang ritual ataupun pemujaan dan tidak mempunyai
misteri di sebaliknya. Dalam hal ini, semakin banyak
beliau mendalami tentang Islam, semakin kuat
tarikannya dalam diri Michael Wolfe.

Namun, rakan-rakan yang terdiri daripada ahli akademik
Barat mengaitkan agama dengan perasaan penuh syak
wasangka. Mereka mengkelaskan agama sebagai alat untuk
memanipulasi politik ataupun konsep yang dibawa dari
abad pertengahan.

Beliau mendapati majoriti 650 juta orang Islam yang
berada di 44 negara sedang mendalami ilmu agama
manakala 400 juta adalah minoriti di negara-negara
Eropah, Asia dan Amerika. Dibantu dengan sistem
ekonomi selepas penjajahan, Islam menjadi pegangan
utama kumpulan minoriti itu selama 30 tahun di
negara-negara Eropah Barat. 

“Rakan-rakan politik saya terkejut apabila mendengar
minat baru saya. Boleh dikatakan semuanya keliru
dengan Islam yang telah diputarbelitkan dengan
kejahilan dan sebagainya.

“Buku yang mereka baca dan rancangan televisyen yang
mereka lihat menyebabkan mereka berpendapat pegangan
agama hanyalah sebagai fungsi politik,” kata Wolfe
menceritakan reaksi rakan-rakannya.

Kata Wolfe, ajaran Islam berasaskan kepada lima rukun.
Beliau percaya sebagai orang Islam yang berkemampuan,
mereka perlu mengerjakan fardu haji sekurang-kurang
sekali seumur hidup. 

Sebagai individu yang memilih Islam, beliau berasa
perlu untuk memenuhi rukun Islam kelima iaitu
menunaikan fardu haji ke Mekah. 

“Setiap tahun umat Islam akan berpuasa sebulan diikuti
mengerjakan fardu haji yang mengambil masa kira-kira
40 hari. Saya sudah mendalami banyak buku berkenaan
Islam dan melibatkan diri dengan aktiviti masjid di
kediaman saya di California dan juga sudah mengamalkan
ajaran Islam. 

“Sekarang saya berharap dapat mendalami apa yang
dipelajari mengenai Islam yang sudah tersemai sejak
sekian lama,” ujar Wolfe yang ingin memulakan semula
kembaranya ke Maghribi. 

Profil Michael Wolfe

Michael Wolfe ialah penulis puisi, fiksyen, kisah
pengembaraan dan sejarah. Karyanya banyak disiarkan
dalam majalah dan mendapat penghargaan daripada
Academy of American Poets, National Endowment for the
Arts, California Arts Commission dan American Travel
Writers Association. Beliau ialah perunding Macdowell
Colony dan penerima Amy Lowell Travelling Poets
Scholarship. Semua karya puisinya dihimpun dan
diterbitkan dalam tiga volum sejak beberapa tahun
lalu.

Di samping itu, beliau menyampaikan syarahan di
beberapa universiti seperti Harvard, Georgetown,
Standorf, SUNY Buffalo dan Princeton. Beliau mengajar
Penulisan dan Bahasa Inggeris di Philips Exeter and
Philips Andover Academies, California State Summer
School for the Arts dan Universiti California, Santa
Cruz.

Wolfe yang berkelulusan sarjana muda Seni Klasik
daripada Universiti Wesleyan merupakan penerbit
Tombouctou Books di Bolinas, California.

Beliau telah menghasilkan tiga buah buku berkaitan
Islam iaitu The Hadj yang diterbitkan pada 1993 dan
One Thousand Roads to Mecca (1997). Selepas tragedi 11
September 2001, beliau mengedit koleksi esei oleh
penulis Amerika beragama Islam dalam buku bertajuk
Taking Back Islam: American Muslims Reclaim Their
Faith terbitan Rodale Press. Buku ini memenangi
Anugerah Wilbur pada 2003 bagi kategori buku agama
terbaik. 

Kini, beliau menyiapkan novel Just Look At You Now dan
menterjemahkan himpunan epitaf daripada Antologi
Greek. Wolfe baru sahaja menyiapkan volum keempat yang
menghimpunkan karya puisinya bertajuk Digging Up
Russia.

Pada 1997, Wolfe muncul hos program pengembaraan
menunaikan haji dari Mekah untuk Ted Koppel’s
Nightline untuk siaran ABC. Program tersebut memenangi
anugerah media daripada Muslim Public Affair Council.
Pada Februari 2003, beliau bekerjasama dengan wartawan
sistem televisyen antarabangsa CNN, Zain Verjee, untuk
menghasilkan dokumentari berkenaan haji. 

Pada 1999, Wolfe bersama-sama dengan rakannya, Alex
Kronemer, menubuhkan yayasan pendidikan media iaitu
Unity Productions Foundation (UPF). Kolaborasi Wolfe
dan Alex menerusi UPF berjaya menghasilkan dokumentari
dengan tempoh masa dua jam mengenai perjalanan kisah
hidup Nabi Muhammad bertajuk Muhammad: Legacy of a
Prophet. Program ini turut menerima Anugerah Khas Juri
bagi kategori Dokumentari Profesional Terbaik
(Masyarakat dan Negara).

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/zAINmC/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke