Syiah dan Sunnah Nabi SAW 

Menjadi usul Syiah yang maklum, bahawa umat selepas
kewafatan Nabi SAW telah menjadi murtad – Naudzubillah
– kecuali tiga atau empat orang sahabat RA sahaja. 
Ini menjadi dasar mengapa Syiah tidak menerima
sebarang periwayatan yang datang dari para Sahabat RA.
Pendapat ini meliputi kesemua kumpulan Syiah sama ada
yang radikal, mahu pun yang sederhana seperti yang
ditunjukkan oleh Asy-Syeikh Muhammad Hasan Ali Kasyif
Al-Ghita’ di dalam kitabnya Aslul Syiah wa Usuluha di
mukasurat 79. Begitu juga dengan pendapat Asy-Syeikh
Husain bin Abdus Samad Al-Amili (984H) di dalam
kitabnya yang masyhur Wusul Al-Akhyar Ila Usul
Al-Akhbar.
 
Khomeini pula membuat tuduhan jahat terhadap Abu Bakar
As-Siddiq RA dan Samrah bin Jandab RA yang kononnya
mencipta hadith palsu demi kepentingan diri
masing-masing. Beliau mendakwa hadith “Kami para Nabi
tidak mewariskan harta bahkan apa yang kami tinggalkan
adalah sedekah” sebagai hadith palsu ciptaan Abu Bakar
As-Siddiq untuk menzalimi Saidatina Fatimah Az-Zahra’!
Na’udzubillah.

Sebagai ganti kepada sunnah yang didustakan, mereka
beriman pula dengan pendapat-pendapat khurafat yang
dinisbahkan kepada para imam sebagaimana yang terdapat
di dalam buku Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini.
Majoriti riwayat di dalam ‘kitab suci’ Syiah ini
adalah riwayat marfu’ yang dinisbahkan kepada para
imam oleh perawi yang ada di antaranya hidup beberapa
kurun selepas imam berkenaan!
 
Khomeini mengangkat riwayat-riwayat khurafat ini ke
martabat Al-Quran dengan kata-katanya “… Sesungguhnya
pengajaran para imam adalah seperti pengajaran
Al-Quran yang wajib dilaksana dan dipatuhi” ( rujuk
kitab Al-Hukumat Al-Islamiah oleh Khomeini di ms. 13).


Bahkan muncul di kalangan Syiah gerakan menghentam
sunnah Rasulullah SAW dengan lahirnya kitab-kitab
jahat seperti tulisan Abdul Hussein Al-Musawi, dengan
tajuk Abu Hurairah, buku yang menghina dan memfitnah
Abu Hurairah. 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke