Pendapat Yang Memperlekeh Kedudukan Rasulullah SAW 

Tohmahan berlaku sama ada secara langsung mahu pun
melalui tohmahan yang dikenakan kepada isteri-isteri
Baginda SAW atau para sahabat RA juga melalui kritikan
terhadap kesempurnaan risalah baginda SAW. Khomeini
merendah-rendahkan kedudukan Rasulullah SAW
sebagaimana yang tersiar di dalam majalah Impact
International  (24 Ogos 1984) yang diterbitkan di
London dan sebagainya.
 
Aqidah Syiah Menyalahi Ijmak
 
Ijmak mempunyai kedudukan yang tinggi sebagai sumber
ajaran Islam di sisi Ahli Sunnah wa Al-Jamaah (Surah
An-Nisa’ ayat 115). Rasulullah SAW juga telah
bersabda, “Umatku tidak akan bersepakat di atas
kesesatan”. Syeikhul Islam Ibnu Taimiah menyebut,
“…dan barangsiapa yang berhujah dengan Al-Quran,
As-Sunnah dan Ijmak, maka diiktibarkan dia sebagai
Ahli Sunnah Wal Jamaah…” ( rujuk Majmu’ Al-Fatawa
Al-Kubra juzuk 3 ms. 348) .
 
Sedangkan Syiah pula mempunyai pandangan yang ganjil
dan tersendiri berhubungan dengan ijmak. Di antaranya
ialah seperti yang diterangkan oleh ulama besar mereka
iaitu Ibnu Al-Mutahhir Al-Houli, “…ijmak itu dianggap
sebagai hujah di sisi kami kerana ia meliputi pendapat
imam kami yang maksum. Oleh itu setiap jamaah sama ada
besar atau kecil bilangannya , yang mana imam berada
dan bersepakat dengan pendapat mereka , maka ijmak
jamaah tersebut menjadi hujah dengan penyertaan imam
berkenaan, dan bukannya menjadi hujah kerana ia
ijmak.” (rujuk Tahdzib Al-Wusul ila Ilm Al-Usul ms.
70, cetakan Tehran 1308H). 

Syiah juga berpendapat bahawa apa-apa sahaja pendapat
yang menyalahi persepakatan awam (ijmak ummah yang
tidak disertai oleh imam), maka pada percanggahan
itulah terdapatnya petunjuk. Al-Kulaini menjelaskan
bahawa, “…tinggalkanlah apa yang dipersetujui oleh
kaum berkenaan (Ahli Sunnah Wal Jamaah, kerana
sesungguhnya petunjuk itu ialah pada menyanggahi
mereka!” (rujuk Usul Min Al-Kafi ms. 8, dan Wasa’il
Asy-Syiah bab 18 ms. 80).
 
Khomeini sebagaimana Syiah yang lain turut menyanggahi
ijmak sebagaimana yang kelihatan di dalam masalah
nikah mut’ah. Penolakan ijmak oleh Syiah menjadi lebih
mendalam apabila Khomeini mengaktakan mazhab Imamiah
Itsna Aysariah sebagai mazhab rasmi di dalam
perlembagaan Iran (fasal 12).


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke