11 resolusi seminar Islam dan cabaran semasa
Utusan Malaysia 15 Sep 2006
SEBANYAK 11 resolusi dicapai dalam Seminar dan Cabaran
Semasa yang berlangsung di Dewan Toh Puan Norashikin,
Kompleks Darul Puteri, Jalan Cheras, Kuala Lumpur pada
19 Ogos lalu.

Seminar anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
juga bersempena dengan Muktamar Sanawi ABIM ke-35 yang
bertemakan Kemurnian Risalah Paksi Kejayaan Misi
Dakwah.

Berikut resolusi yang diputuskan; 

1. Menuntut agar semua pihak menghormati kedudukan
istimewa Islam di Malaysia selaras dengan sejarah
keterikatan Islam dan umat di rantau Melayu serta
semangat kontrak perlembagaan yang dicapai ketika
negara mencapai kemerdekaan. 

Hak penganut-penganut agama lain untuk mengamalkan
kepercayaan agama masing-masing secara aman dan
harmoni juga hendaklah dihormati dan dipertahankan.

2. Hak kebebasan beragama di bawah Perkara 11
Perlembagaan Persekutuan haruslah dibaca bersama
dengan peruntukan-peruntukan lain dalam perlembagaan
yang menjamin kedudukan istimewa Islam di negara ini,
khususnya Perkara 11(4) yang bertujuan menghalang
penyebaran dakyah agama lain dalam masyarakat Islam.

Membenarkan seorang Muslim murtad adalah bertentangan
dengan hasrat peruntukan tersebut. 

3. Dewan-Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi
Wilayah-Wilayah Persekutuan yang belum menggubal
undang-undang yang menghalang gerakan penyebaran
dakyah agama dan kepercayaan lain kepada umat Islam
seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 11(4)
Perlembagaan Persekutuan hendaklah segera berbuat
demikian. 

Pihak berkuasa pula hendaklah melaksanakan
undang-undang berkenaan dengan segera.

4. Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang
memperuntukan bidangkuasa eksklusif Mahkamah Syariah
dalam semua perkara yang berkaitan dengan hal ehwal
Islam di negara ini hendaklah dipertahankan. 

5. Menegaskan kepentingan dialog antara agama yang
dilakukan secara jujur dan melibatkan pihak-pihak yang
berautoriti dalam kumpulan agama masing-masing dan
para ilmuwan.

Dialog seperti ini penting dalam usaha meningkatkan
persefahaman dan keharmonian hubungan antara agama dan
kaum di negara ini. 

6. Menggesa institusi-institusi pendidikan Islam,
badan-badan dakwah dan institusi keluarga
mempergiatkan usaha-usaha dakwah dan pendidikan Islam
sebagai kaedah yang paling berkesan untuk menangani
gejala keruntuhan moral dan akidah dalam umat Islam.

7. Menggesa institusi-institusi pendidikan Islam
memanfaatkan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) untuk menghadapi persaingan
sengit era globalisasi dan liberalisasi pendidikan. 

8. Institusi zakat perlu digembleng seoptimum mungkin
untuk memperkasa kedudukan ekonomi institusi-institusi
pendidikan Islam dalam menghadapi persaingan global.

Pendidikan zakat di institusi-institusi pendidikan
Islam juga hendaklah berorientasikan keperluan untuk
memperkasa ekonomi umat, di samping memenuhi kewajipan
fardu ain.

9. Kefahaman terhadap perbandingan pemikiran Islam dan
Barat harus diperkasakan melalui pengenalan
kursus-kursus yang sesuai di institusi-institusi
pendidikan tinggi, bengkel-bengkel dan forum-forum
umum khusus untuk meningkatkan kesediaan masyarakat
untuk menilai secara ilmiah pertembungan antara
faham-faham Barat seperti sekularisme, liberalisme dan
pluralisme agama dengan pemikiran Islam. 

10. Mengutuk keras kekejaman rejim Zionis dan
sekutu-sekutunya di Lebanon dan Palestin yang
menyebabkan kematian ribuan jiwa yang tidak berdosa,
kemusnahan harta benda dan pencabulan kedaulatan
wilayah negara yang merdeka. 

Pencerobohan rejim Zionis terhadap wilayah-wilayah
umat Islam harus dihentikan segera dan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu mengembalikan
keyakinan dunia terhadap kredibilitinya dengan
mengambil tindakan tegas melaksanakan gencatan senjata
di Lebanon dan memastikan keganasan rejim Zionis
dihentikan serta-merta. 

11. Menggesa pertubuhan-pertubuhan Islam menjalin
kerjasama strategik dengan pertubuhan-pertubuhan
antarabangsa untuk menghadapi implikasi negatif
hegemoni Barat terhadap dunia Islam dan umat manusia
sejagat. 

Seramai lebih 900 peserta yang terdiri daripada
kalangan pemimpin masyarakat dan badan-badan bukan
kerajaan, ilmuwan, profesional Muslim, tokoh korporat,
pegawai kerajaan, mahasiswa dan wakil-wakil
pertubuhan-pertubuhan Islam luar negara menyertai
seminar tersebut.

Sebanyak tiga tema besar cabaran yang dihadapi oleh
umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia, iaitu
liberalisme, hegemoni Barat dan liberalisasi
pendidikan dibincangkan.

Berlatarbelakangkan senario inilah, seminar ini
diadakan bertujuan memperkukuhkan kefahaman masyarakat
amnya tentang perkembangan isu-isu semasa yang
melibatkan beberapa tema-tema besar yang sedang
dihadapi oleh masyarakat Malaysia.

Antara objektif seminar sehari ini ialah mendapatkan
maklumat dan maklum balas tentang perkembangan isu-isu
semasa yang melibatkan beberapa tema-tema besar yang
sedang melanda masyarakat Malaysia. Di samping itu, ia
turut membincangkan idea-idea seperti pemasyarakatan
etika berpolitik, pengembangan masyarakat sivil,
pengukuhan kesatuan pemikiran umat Islam, perpaduan
nasional, memperkasa wajah dan moral bangsa serta
peranan-peranan lain yang menuju pada misi pencerahan.


Bersempena dengan Muktamar Sanawi ABIM, seminar ini
juga menegaskan beberapa agenda dan langkah ke depan
yang akan dilakukan ABIM dalam melakukan revitalisasi
gerakan dakwah, selain mencetuskan idea dan pendekatan
baru yang dipandang lebih baik dan lebih berfaedah
bagi kemajuan peradaban masyarakat Malaysia secara
menyeluruh.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke