Pesong akidah. Harian Metro 17 Sep 2006 GEORGETOWN: Buku bertajuk Al Masih: Ringkasan Kisah Nyata Nabi Isa yang dikhuatiri boleh memesong akidah umat Islam dikesan disebarkan secara meluas melalui peti surat rumah penduduk di sekitar Pangsapuri Tanjung Tokong, di sini.
Seorang penduduk di pangsapuri berkenaan yang memeriksa peti surat miliknya terkejut apabila menemui buku itu, baru-baru ini. Buku yang dicetak dalam bahasa Melayu Indonesia setebal 80 halaman itu turut memuatkan karikatur Nabi Isa yang pernah mencetuskan kemarahan umat Islam beberapa bulan lalu. Hassan Mohoksain, 35, memberitahu Metro Ahad semalam, buku berkenaan diperolehi ketika membuat pemeriksaan surat harian di dalam peti surat. Menurutnya, penyebaran buku berkenaan dipercayai pihak tertentu sebagai cubaan memesongkan akidah umat Islam yang menetap di pangsapuri itu. Selepas meneliti isi kandungan buku berkenaan, saya mendapati ada yang tidak kena kerana ia turut memuatkan beberapa karikatur Nabi Isa. Saya percaya kandungan buku itu mungkin diambil daripada kitab injil. Antara kandungan buku itu ialah dakwaan Nabi Isa Hakim Manusia dan Rahmat Allah, katanya. Berdasarkan cetakan pada buku itu, ia dikarang Dadang Sasmita. Saya tidak pasti siapa orangnya. Cetakan pertama dibuat pada 1994 sebanyak 3,000 naskah manakala pada 1995 pula sebanyak 5,000 naskah lagi," katanya. Hassan berkata, dia hairan bagaimana buku seperti itu boleh berada di negara kita dan disebarkan dengan begitu mudah sekali selain ayat-ayat yang dilampirkan itu diambil dari kitab Kabar Baik. Menurutnya, isi kandungan dan penggunaan bahasa pula digunakan dalam bahasa Indonesia dan teknik penulisan dipandukan Kamus Besar Bahasa Indonesia manakala nama-nama Yesus yang terdapat dalam ayat pada buku diubah menjadi Isa Al-Masih. Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Shafie Abdul Wahab, ketika dihubungi, berkata pihaknya memandang serius penyebaran buku yang mengandungi unsur menyeleweng pemikiran umat Islam. Menurutnya, penyebaran buku seumpama itu merupakan kali kedua dikesan tahun ini. Katanya, Jaipp akan menyiasat perkara itu dan berharap orang ramai berhati-hati jika menerima buku atau sebarang risalah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Katanya, orang ramai yang menerima apa juga risalah atau buku yang meragukan perlu menyerahkan kepada Jaipp atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) untuk tindakan lanjut. http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/Setempat/20060917115317/Article/indexm_html Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

