Nampaknya semakin kurang ajar dan tidak sensitif golongan ini terhadap umat Islam di Malaysia !!! Bangkitlah umat Islam di Malaysia ini dari lena dan mimpi , sebelum anak kita sendiri yang sesat !!! Berjihadlah dengan diri sendiri , harta dan wang ringgit untuk membela Islam di Malaysia ini, jangan serahkan tanggungjawab ini kepada orang lain !!!
UTUSAN MALAYSIA 18 Sep 2006. Komik agama bukan Islam berbahasa Melayu diedar percuma ADA kumpulan tertentu menyebarkan buku komik agama bukan Islam berbahasa Melayu secara percuma kepada orang ramai. Komik tersebut saya peroleh secara percuma di tempat letak kereta Taman Shamelin Perkasa, Cheras baru-baru ini. Yang lebih malang lagi pengedarnya dilakukan oleh belia Melayu yang saya jangkakan mestilah beragama Islam. Apabila ditanya tahukah mereka apa yang mereka edar, mereka menjawab mereka tahu tetapi terpaksa dilakukan demi kerja. Belia yang sememangnya dahagakan pekerjaan terpaksa melakukan kerja tersebut demi wang ringgit untuk menyara hidup di kota raya. Golongan berkenaan mengambil kesempatan terhadap mereka. Komik tersebut bertajuk Kisah Paling Menarik Yang Pernah Diceritakan memuatkan kisah yang bertentangan dengan kepercayaan orang Islam. Persoalannya kenapa komik itu dibukukan dalam bahasa Melayu dan diupah belia Melayu untuk mengedarnya? Mengapa pula diolah dalam bentuk komik? Seolah-olah terdapat suatu usaha golongan tertentu untuk menarik orang Melayu bertukar agama dan seperti ada sebaran secara halus dengan menyasarkan kanak-kanak untuk membacanya kerana mereka masih mentah dalam pengetahuan agama dan mudah dipengaruhi. Komik itu menyebut Allah bagi maksud Tuhan sedangkan agama berkenaan tidak menggunakan nama Allah dalam kitab dan ibadat mereka. Jelas menunjukkan penerbit buku ini mempunyai tujuan untuk mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia yang majoriti beragama Islam. Komik ini diedarkan jelas bukan bermotifkan perniagaan kerana ia percuma. SHAIFUL BAHRI SAIDIN, Sekinchan http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

