Pope didesak tarik balik ucapan, letak jawatan Parti Islam SeMalaysia (PAS) menuntut Pope Benedict XVI menarik balik kata-katanya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w dalam satu ucapan yang disampaikan di Jerman pada 12 September 2006 yang lalu.
Walaupun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Vatican menyatakan bahawa Pope Benedict merasa menyesal dan meminta maaf kepada masyarakat Islam berhubung kata-katanya tetapi ia masih tidak memadai. Kita mahu pernyataan maaf itu keluar daripada mulut Pope Benedict sendiri di mana beliau harus menarik balik semula kata-kata yang bukan sahaja telah menyinggung perasaan umat Islam tetapi menampakkan sikapnya yang tidak menyenangi ajaran agama Islam. Ucapan itu jelas mempunyai niat yang jahat dan membawa maksud untuk menghina hina. Kalau benar ketua masyarakat Roman Katolik itu menghormati agama Islam sudah tentu beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan seumpama itu apatah membuat petikan daripada sebuah buku yang tidak mengandungi sumber yang tepat. Beliau seharusnya lebih berhati-hati dan sensitif kerana kenyataannya yang dibuat mempunyai kesan dan pengaruh yang besar terhadap hubungan masyarakat di peringkat antarabangsa. Pandangan beliau secara tidak langsung adalah mewakili penganut agama Kristian. Pandangan itu seolah-olah selari dan sama dengan pandangan Presiden AS, George Bush yang menyifatkan umat Islam sebagai golongan pengganas yang wajar diperangi. Bush sendiri adalah salah seorang pendukung kuat kepada agama Kristian Protestan. Jadi, umat Islam di seluruh dunia harus bangkit untuk menyuarakan bantahan dan penentangan mereka terhadap ucapan pope. Masyarakat Kristian tidak sepatutnya merasa marah dan tersinggung kalau umat Islam memberikan reaksi bagi mempertahankan dan menunjukkan sikap mereka terhadap ucapan Pope. Sebagai pemimpin kepada agama Kristian, Pope Benedict sudah tentu sedar dengan ucapan yang dibuat dan beliau harus bertanggungjawab penuh terhadap ucapannya yang telah mencetuskan hubungan yang keruh di antara kedua-dua penganut agama terbesar di dunia. Justeru itu, PAS mendesak supaya Pope Benedict meletakkan jawatannya dan mengambil tanggungjawab terhadap segala tindakannya yang telah mencetuskan suasana yang tidak menyenangkan di seluruh dunia. Pada masa yang sama, PAS juga menuntut agar Malaysia sebagai Pengerusi OIC mengambil langkah yang lebih pro aktif untuk mempertahankan kredibiliti dan integriti agama Islam dengan turut membuat desakan yang serupa. Ini adalah sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak agar tidak membuat kenyataan yang boleh mengguris hati penganut dan menghina ajaran agama orang lain. Hj Ahmad Awang Ketua Penerangan PAS Pusat http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4322&Itemid=1 Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

