Memang tidak dinafikan tugas polis mutakhir ini
semakin mencabar dan begitu membahayakan nyawa. Tidak
selesai dengan masalah musuh nombor satu negara iaitu
dadah datang pula pelbagai bentuk jenayah dari kes
ragut, rompakan bersenjata, pembunuhan kejam,
pendatang tanpa izin, lumba haram dan bermacam-macam
lagi kes-kes jenayah yang tidak pernah kita dengar
sebelum ini.

Namakan sahaja apa bentuk gejala sosial dan jenayah,
yang pasti orang ramai akan menuding jari kepada pihak
polis untuk menyelesaikannya termasuklah penderaan
rumah tangga, kes buli pelajar sekolah, pencegahan
maksiat dan banyak lagi.

Apakah dengan menaikkan gaji polis akan membuatkan
anggota polis lebih bersemangat melakukan tugas mereka
? Belum lagi disahkan polis akan mendapat kenaikan
gaji, sudah pula ada suara yang menyeru agar kerajaan
menetapkan gaji minima pekerja di Malaysia ini.

Yang pasti setiap kali ada kenaikan gaji, harga
barangan pasti akan naik, tidak banyak, sedikit. Yang
mendapat kenaikan gaji mungkin tidak akan terasa
kenaikan harga barangan. Bagaimana mereka yang tidak
mendapat kenaikan gaji ? Bagaimana mereka yang tidak
mendapat kenaikan gaji sejak bertahun-tahun ?
Bagaimana mereka yang diberhentikan kerja kerana
langkah penstrukturan semula sektor swasta dan
korporat ? Malah yang lebih teruk lagi bagaimana
mereka yang menganggur ?

Sedikit sebanyak kenaikan gaji sesuatu pihak akan
menimbulkan iri hati kepada pihak yang tidak mendapat
kenaikan gaji atau yang tidak bergaji langsung.

Maka apakah jalan pilihan untuk menyelesaikan masalah
bebanan polis yang semakin mencabar dengan imbuhan
yang tidak berpadanan dalam masa yang sama dapat
mengelakkan kenaikan harga barangan serta tidak
menimbulkan iri hati mereka yang tidak senasib dengan
mereka ?

Yang paling utama ialah kebajikan anggota polis itu
sendiri terutama mereka yang sudah berkeluarga dan
mempunyai anak. Bagi anggota polis yang menjalankan
tugas hendaklah dipastikan mereka mempunyai anggota,
peralatan, kelengkapan yang cukup dan terkini. Adalah
agak menyedihkan apabila anggota polis melakukan
rondaan menggunakan motosikal “kapcai” mereka sendiri
sedangkan mat-mat rempit menggunakan motosikal yang
telah diubahsuai, sementara peragut-peragut pula
menggunakan motosikal yang berkuasa tinggi.

Tahap perlindungan anggota polis yang melakukan tugas
rondaan hendaklah juga dipertingkatkan. Memandangkan
penjenayah dewasa ini tidak gentar untuk bertempur dan
bergelut dengan polis, adalah disarankan anggota polis
yang melakukan rondaan ini dibekalkan dengan jaket
kalis peluru dan kalis tikaman. Di satu pihak kita
lihat anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU)
mempunyai peralatan yang begitu canggih, segak dan
terkini umpama “Robocop” untuk mencegah rusuhan,
sedangkan anggota polis biasa hanya memakai pakaian
seragam polis yang biasa yang tidak menggerunkan
langsung para penjenayah.

Berbalik kepada kebajikan anggota polis, tidak
dinafikan anggota polis mendapat kemudahan rumah
kediaman, perubatan dan sebagainya. Ianya perlu
dipertingkatkan lagi dengan menyarankan agar anak-anak
anggota polis mendapat pendidikan percuma dari sekolah
rendah hinggalah ke peringkat diploma atau ijazah, ini
termasuklah bantuan yuran persekolahan, bantuan
pakaian persekolahan, bantuan bas sekolah dan bantuan
biasiswa.

Ini adalah sebahagian daripada contoh dimana kita
boleh menghargai jasa pihak polis dalam masa yang sama
semua pihak akan berpuas hati. Dan yang pentingnya
para peniaga tidak mengambil kesempatan untuk
menaikkan harga barangan.

Dalam hal dimana kita dengar tugas polis yang semakin
banyak cabangnya sekarang ini, maka adalah disarankan
diwujudkan unit-unit yang baru dengan pengambilan
anggota-anggota yang baru dengan memberi keutamaan
kepada anggota polis sedia ada yang mempunyai ijazah
atau diploma. Jika PDRM sekarang ini ada Jabatan
Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Trafik,
wujudkanlah pula Jabatan Remaja untuk menangani kes
remaja seperti gansterisma, Jabatan Agama Islam untuk
menangani kes maksiat serta unit-unit lain lagi yang
perlu.

Dengan penubuhan jabatan dan unit yang baru ini akan
memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat
Malaysia dan memberi peluang kepada anggota polis
sedia ada yang berkelayakkan untuk mempertingkatkan
karier mereka.

Walauapapun keputusannya , yang pasti tugas polis
semakin mencabar sekarang ini, kerjasama semua pihak
adalah perlu untuk mencegah jenayah yang semakin
menjadi-jadi ketika ini.


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke