Bantah Pope: Pemuda anjur perhimpunan 22 September ini
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Hrkh) - Pemuda PAS akan
mengadakan perhimpunan aman di seluruh masjid negeri
selepas solat Jumaat 22 September ini bagi mendesak
Pope Benedict XVI memohon maaf dan menarik kembali
kenyataannya menghina Islam, kata Ketuanya, Salahuddin
Ayub.
Perhimpunan itu dibuat sejajar dengan seruan ulama
yang dihormati di seluruh dunia Islam, Yusof
Al-Qaradawi yang mahu umat Islam mengadakan bantahan
secara aman terhadap kenyataan biadab Pope di masjid
selepas solat Jumaat ini iaitu Jumaat terakhir sebelum
bulan Ramadan, katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat
petang tadi.
"Saya telah mengarahkan semua jentera Pemuda PAS
negeri mengadakan perhimpunan itu. Saya harap seluruh
umat Islam akan turut serta dalam bantahan itu,"
katanya.
Tidak cukup dengan 'sorry'
Menurut Salahuddin, meskipun kenyataan 'sorry' telah
dikeluarkan oleh Pope Benedict sebelum ini, ia tidak
mencukupi jika pembesar agama Kristian itu tidak
menarik kembali kenyataannya dan memohon maaf.
"Pope hanya menyatakan 'sorry' yang kalau dalam
pengertian sebenar bermaksud 'kesal' dan bukannya
maaf. Kita mahu Pope menyatakan 'apologize' kepada
umat Islam, dan tarik kenyataan yang mampu mencetus
kemarahan umat Islam itu," katanya.
Sementara itu ketika ditanya sama ada PAS secara
keseluruhannya akan mengadakan perhimpunan aman bagi
isu tersebut beliau tidak menolak kemungkinan akan
mengadakannya.
Menurut Salahuddin, cadangan mengadakan perhimpunan
besar itu ada tetapi ia masih di peringkat
perbincangan dan akan melihat kesesuaian jika Pope
Benedict tidak menarik semula kenyataannya,
kemungkinan besar perhimpunan itu akan diadakan.
Penjelasan Pope gagal reda kemarahan umat Islam
Sebelum ini laporan AFP menyebut, kenyataan Benedict
mengenai Islam dibuatnya dalam satu ucapan di Jerman
yang mengisahkan perbualan antara Maharaja Kristian
Empayar Byzantine, Manuel Paleologos II dengan seorang
cendekiawan Paris mengenai kebenaran agama Islam dan
Kristian.
Benedict dilaporkan memetik kata-kata maharaja
Byzantine itu mengenai Nabi Muhammad, iaitu: "Saya
memetik kata-katanya, "Tunjuk kepadaku apakah yang
baru yang dibawa oleh Muhammad, dan ia hanyalah
kejahatan dan ketidak perikemanusiaan, seperti
perintahnya untuk mengembangkan (ajarannya) melalui
pedang."
Jurucakap Pope kemudiannya berkata, Benedict
menghormati Islam tetapi menolak keganasan yang
dikaitkan dengan agama itu. Penjelasan itu,
bagaimanapun gagal meredakan kemarahan umat Islam.
Pelbagai negara Islam bantah kenyataan biadab Pope
Akibat kenyataan itu, Parlimen Pakistan sebulat suara
meluluskan resolusi menuntut Pope "menarik balik
kenyataan itu demi menjaga keharmonian antara agama."
Di India, Pengerusi Suruhanjaya Negara bagi Kaum
Minoriti, Hamid Ansari berkata: "Bahasa yang digunakan
oleh Pope bunyi sama seperti rakan sejawatannya pada
abad ke-12 yang memerintah supaya dilancarkan Perang
Salib."
Kumpulan Ikhwan al-Muslimin, yang merupakan
pembangkang utama di Parlimen Mesir, menyifatkan
ucapan Pope itu lebih serius daripada isu lukisan
kartun gambar Nabi Muhammad yang telah mencetus
kemarahan umat Islam di seluruh dunia awal tahun ini.
"Pope akan berdepan dengan bantahan keras, kerana
kenyataannya lebih memudaratkan berbanding dengan
lukisan kartun tersebut, kerana ia datang dari mulut
seorang pemimpin yang mewakili berjuta-juta manusia,"
kata pegawai kanan kumpulan tersebut, Abdel Moneim
Abul Futuh.
Di Turki, pengerusi direktorat hal ehwal agama negara
itu, Ali Bardakoglu pula menyifatkan kenyataan Pope
itu "penuh rasa permusuhan dan kebencian" dan
menegaskan Pope tidak harus dibenarkan ke Turki.
Bantahan juga berlaku di Iran manakala golongan ulama
Sunni di Iraq pula menggesa kerajaan menghalau wakil
Vatican sebagai bantahan terhadap kenyataan Pope
tersebut.
Sementara itu Yayasan Ramadan di Britain membandingkan
Pope Benedict XVI dengan Pope sebelum ini, John Paul
II.
"Mendiang Pope John Paul II menghabiskan lebih 25
tahun untuk membina jambatan dan hubungan baik dengan
masyarakat Islam. Dia telah memperlihatkan kepada
dunia bahawa persepsi mereka terhadap Islam adalah
salah dan kita adalah satu masyarakat yang cintakan
keamanan," katanya
Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
Syarak Mengata , Adat Menurut
Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/