Sekitar 11.00 malam,
29 Shaaban 1427 bersamaan 23 September 2006 ,
Salam tuan,
Kita sambung semula bualan kita semalam. Ia berkenaan perang dan peperangan. Tetapi, saya rasa teringin berbual pula mengenai sebuah filem yang sedang saya tonton sekarang di TV2. Entah apa tajuknya saya tidak tahu. Cerita mengenai wartawan penyiasatan. Saya memang suka cerita seperti ini.
Oh, baru saya tahu. Tajuk filem itu ialah The Pelican Brief. Selepas iklan tadi, baru saya nampak tajuknya. Gray Grantham (Denzel Washington) adalah wartawan penyiasatan di akhbar Washington
Herald manakala Darby Shaw (Julia Robert) peranannya lebih kurang macam Deep Throat dalam All The President's Men yang menjadi informer Woodstein (Bob Woodward dan Carl Bernstein) of Washington Post.
Lebih kurang sama jalan ceritanya. Ada skandal membabitkan Rumah Putih dan Presiden Amerika. Nantilah, kalau ada masa saya bercerita mengenai kisahnya. Mungkin saya cuba mencari DVD untuk memahamkan jalan ceritanya nanti, insya Allah.
Saya melihat perang dan peperangan ini di dalam konteks yang lebih luas. Kita berperang bukanlah semata-mata berbekalkan pedang, bambu yang menikam dada hingga terpercik darah dan luka-luka. Tetapi, media dan akhbar juga adalah senjata - alat propaganda yang ampuh juga. Jika tidak, kenapa British menggunakan media untuk memerangi komunis?
Dalam suatu laporan Bernama, saya telah membaca kenyataan seorang panglima tentera Amerika yang pernah bertugas dalam tentera British di
Malaya dulu. Kata beliau, British berjaya memerangi Malaya hasil kemenangan propaganda. British berjaya memujuk serta meyakinkan penduduk Malaya khasnya orang Melayu bahawa British adalah penyelamat mereka ketika usaha-usaha memerangi komunis sedang giat dijalankan.
Jadi, propaganda itu adalah satu senjata. Ertinya, dalam kita berbual mengenai perang ini, jangan kita menoleh kepada M-16, Scud dan kereta kebal semata-mata. Media juga perlu kita sentuh dalam bualan panjang kita ini.
Tuan,
Sekarang masuk 1 Ramadhan. Jam sudah 12:28 pagi. Sambil menaip, saya menonton tv. Dalam sejam setengah, sepatutnya saya menulis entah beberapa perenggan. Tetapi, dalam leka menonton, hanya enam perenggan di atas saja yang mampu saya taipkan.
Tadi, saya menyelak sedikit lembaran al-Quran. Tiba pada ayat 29 surah al-Baqarah, saya terfikir mengenai ayat ini. Disebutkan mengenai Tuhan menciptakan segalanya yang ada bumi untuk manusia. Kemudian Tuhan istiwa ke langit. ...
seterusnya ... http://wakalah.blogspot.com/
GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5
Talk is cheap. Use Yahoo! Messenger to make PC-to-Phone calls. Great rates starting at 1¢/min. __._,_.___
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___

