Forkad adakan 100 'road show' antimurtad sempena
Ramadan    

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) - Sempena Ramadan
Al-Mubarak, 'Front' Bertindak Anti-Murtad (Forkad)
akan mengadakan 100 'road show' di seluruh negara
untuk memberi kesedaran kepada umat Islam bahaya
gejala murtad yang didakwa semakin berleluasa kini.

Pengerusi Forkad, Ustaz Ridzuan Mohd Nor, berkata
kempen yang diberi tema 'Pertahankan Akidah Ummah'
adalah usaha berterusan badan itu dalam menangani isu
murtad di samping memberi peringatan kepada umat Islam
agar tidak leka dengan dakyah-dakyah halus yang cuba
disebarkan melalui pelbagai cara.

"Terkini, dakyah halus penyebaran agama lain melalui
komik yang disebarkan secara percuma di sekitar Lembah
Klang yang jelas cuba mempengaruhi golongan
kanak-kanak," katanya ketika ditemui Harakahdaily
selepas perhimpunan secara aman membantah kenyataan
Pope yang menghina Islam dekat sini baru-baru ini.

Beliau merujuk kepada sebuah komik bertajuk 'Kisah
Paling Menarik Yang Pernah Diceritakan' memuatkan
kisah yang bertentangan dengan kepercayaan orang Islam
itu jelas cuba menyebarkan fahaman agama lain
disamping cuba mengelirukan dengan menyebut 'Allah'
bagi maksud Tuhan sedangkan agama berkenaan tidak
menggunakan nama 'Allah' dalam kitab dan ibadat
mereka.

Komik tersebut diedarkan secara percuma di sekitar
Cheras dan ditaburkan di pekarangan Masjid, Taman
Maluri dilaporkan mengunakan perkhidmatan belia-belia
berbangsa Melayu yang memerlukan upah wang ringgit. 

"Dakyah ini sudah berlaku agak lama dan ini jelas
bertentangan dengan undang-undang negara," kata Ustaz
Ridzuan.

Selain komik katanya, Bible dalam Bahasa Melayu dan
Alkitab dalam Bahasa Arab  turut disebarkan secara
percuma yang secara tidak langsung cuba menerapkan
fahaman agama lain dan mengelirukan umat Islam
khususnya yang kurang didikan agama.

Di samping itu, katanya Forkad turut mendapat maklumat
ada usaha untuk mewujudkan persatuan agama di
sekolah-sekolah menengah yang berperanan seperti
Persatuan Agama Islam.

"Mereka nak menubuhkan Kristian Fellowship di
sekolah-sekolah menengah dan telah pun menghantar
cadangan," katanya. 

"Fungsinya macam satu organisasi seperti Persatuan
Agama Islam, ada tanzim...berselindung sebagai wadah
kepada pelajar penganut Kristian," katanya.

"Tetapi kita yakin persatuan tersebut akan
propagandakan agama Kristian kepada pelajar Islam
sebagaimana yang telah pun berlaku di kampus-kampus,"
katanya lagi.

Forkad katanya, akan membuat laporan polis dan
mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam
Negeri (KDN) dalam masa terdekat berkaitan hal
berkaitan termasuk mengadakan pertemuan dengan para
mufti seluruh negara.

"Isu ini bukan bermusim malah mesti ada usaha
berterusan. Kita mahu semua pihak memantau dan
mencegah supaya masyarakat Islam negara ini tidak
terpesong akidahnya dan murtad akibat daripada
perbuatan dan tindak-tanduk halus pihak-pihak tidak
bertanggungjawab," katanya. - lanh

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4450&Itemid=1


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke