Salam tuan,
Di dalam Buletin Utama, TV3 tadi, saya melihat tuan berjabat tangan dengan dua orang bakal angkasawan negara. Jangan lupakan Gusti Alloh, demikian tajuk beritanya. Ada lojiknya juga, sebab kedua-duanya Muslim. Kalau kedua-dua bukan Muslim bahkan free-thinker, mungkin ucapan yang mengiringi pemergian mereka berlainan pula.
Menurut laporan tadi, mereka dijadualkan akan diterbangkan malam ini ke Rusia kira-kira jam 11.00 malam, waktu tempatan. Jadinya, dua jam dari sekarang, eloklah kita berbual-bual sekejap. Itu pun kalau tuan mahu membacanya.
Rusia pernah dikalahkan Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Hal inilah yang telah membangkitkan gelora semangat penduduk peribumi yang terjajah supaya segera bangkit menentang British. Termasuk dalam kalangan orang Melayu pada masa itu, ialah Ibrahim Haji Yaakob. Errr
saya tidak bern iat memanjangkan syarahan sejarah kepada tuan.
Mestilah tuan tahu banyak perkara berhubung sejarah
negara pada masa yang lalu. Cuma, saya tertanya-tanya, bagaimanakah caranya negara-negara ini membangun setelah kejatuhan mereka. Setelah Rusia kalah di tangan Jepun akhirnya mereka boleh membawa rakyatnya mikraj ke bulan (atau angkasa??)
Jepun pun begitu. Setelah alah dalam siri pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki oleh pengeboman Amerika, mereka bangun sebagai gergasi ekonomi. Kedua-dua negara ini yang pernah menderita kekalahan, lalu dipungut oleh Amerika Britain sebagai rakan mereka dalam Majlis Keselamatan PBB.
Saya tak tahu, adakah bacaan-bacaan politik seperti ini turut terakam dalam kotak rangka fikiran Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan. Kedua-dua negara besar ini, pernah berdepan dengan ancaman Amerika dalam pelbagai bentuk.
Dalam satu makalah, Jepun setelah kejatuhannya, telah dibuat perlembagaan baru oleh Amerika yang menafikan hak negara itu untuk membina pasukan tenteranya. Tetapi,
sejak kehadiran orang baru, pasca-Koizumi, saya lihat dalam suatu laporan berita, seolah-olah pasukan tentera dibenarkan untuk dibina semula. Berhenti sekejap ya tuan. Saya ada hal sebentar. Jam kini, sudah menunjukkan pukul 9:27 malam.
Tuan,
Sekarang jam 1:06 pagi. Sudah 4 Ramadhan. Saya rasa kedua-dua angkasawan itu telah diisrakan pada 11 malam tadi ke bekas negara Komunis jika tiada ribut menyerang sang pesawat. Menurut laporan, mereka diisrakan setahun untuk menimba ilmu angkasa sebelum dimirajkan ke langit. ...
bersambung ... [http://wakalah.blogspot.com]
GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5
Get your email and more, right on the new Yahoo.com __._,_.___
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___

