http://alkhatab.tripod.com/
Qanun Jinayah Syar`iyah
Bahagian 1
Bab 3
Fasal 4: Mencederakan.
Perkara 125 : Qisas anggota.
1) Menurut
peruntukkan dalam qanun jinayah syar`iyah, seseorang yang telah merosakkan atau mencederakan anggota tubuh badan orang lain wajib dikenakan hukuman qisas ke atas penjinayah itu sebagaimana wajib ke atas orang yang melakukan jinayah pembunuhan.
2) Seseorang yang memotong telinga seorang yang lain wajib dipotong telinga orang yang memotong telinga itu, dan orang yang mematahkan gigi seorang yang lain wajib dipatahkan gigi orang yang mematahkan gigi tadi, dan orang yang melukakan tubuh badan seorang yang lain wajib dilukakan pula tubuh badan orang yang melukakan itu.
[ Inilah hukuman-hukuman yang datang dari al-Quran yang merupakan wahyu dari Allah swt. Ini terbukti kerana tidak ada cacat celanya. Berbeza sama sekali dengan undang-undang rekaan manusia yang kecacatannya amat ketara. Perbahasan demi perbahasan dilakukan oleh ahli-ahli parlimen untuk menggubal undang-undang, namun apa yang berlaku hari ini semakin teruk. Suara-suara Islam tenggelam. Manusia menjadi jahil sehingga ada suara yang meminta perogol dipotong telinga. Nampak tak tuan-tuan, apa kena mengena telinga dengan rogol? Namun cadangan jahil sebegini sampai kepada PM. Sepatutnya cadangan macam ni setakat
sampai kepada personal assistant sahaja dan buang terus ke bakul sampah. Dalam pada itu, yang hairannya, cadangan-cadangan yang baik tak sempat langsung sampai kepada PM, sebab dibuang awal-awal. ]
3) Hukuman yang disebutkan dalam cerai (2) adalah sebagai qisas (pembalasan) ke atas penjinayah-penjinayah yang melakukan jinayah itu, di mana mereka wajib menerima hukuman yang seimbang dengan kesalahan yang mereka lakukan.
[ Sekiranya satu hari nanti diizinkan Allah perundangan hukum-hakam Islam tertegak di atas mukabumi ini (insyaAllah), maka perlu satu perkara diambil-kira. Bukannya apa, setelah dikaji diantara sebab kekalahan para pejuang Islam di PR `04 di T`ganu dan juga di kampus-kampus IPT baru-baru ini, selain akibat taktik penipuan pihak sekular, ada satu benda lagi yang para pejuang Islam agak alpa, iaitulah sikap terlalu syadid untuk menjatuhkan hukum, sedangkan masyarakat sekeliling masih kurang pengetahuan tentang Islam. Kita ghairah menghukum tanpa memberi penjelasan terlebih dahulu. Mari kita tengok dua hadith di bawah sebagai pengajaran:
i) Dalam sahih Imam al-Bukhari ada suatu hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Umar al-Khatab r.a, katanya, Bahawasanya seorang lelaki yang bernama Abdullah pernah dirotan oleh Nabi s.a.w kerana kesalahan meminum minuman keras. Ketika hukuman dijalankan, ada seorang lelaki diantara orangramai berkata: Wahai Tuhanku! laknatlah dia. Mendengar itu, lalu Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu mengutuknya. Demi Allah! tidaklah aku ketahui tentang orang ini kecuali ianya mengasihi Allah dan rasulnya.
(ii) Dari Abu Hurairah r.a, beliau mengatakan, Bahawasanya Nabi s.a.w telah didatangkan seorang lelaki yang meminum khamar, maka sabda Nabi: Pukullah dia!. Maka diantara kami ada yang memukul dengan tangannya, ada yang memukul dengan kainnya dan ada yang memukul dengan kasutnya. Kemudian baginda s.a.w bersabda: Hendaklah kamu mencercanya!. Lalu sahabat-sahabat mengadap ke arahnya dan mencercanya: Engkau tidak bertaqwa kepada Allah! Engkau tidak malu kepada Nabi s.a.w! Dan sebahagian orangramai pula berkata: Allah telah menghina engkau. Lalu Rasulullah bersabda: Janganlah kamu berkata begitu. Janganlah kamu menolong syaitan ke atasnya. Tetapi katalah: Wahai Tuhanku! ampunilah ia, rahmatilah ia.
Ini dia dua dalil yang menjadi pengajaran kepada kita kenapa kita jangan memperbesar-besarkan kesalahan orang lain. Yang kata salah orang, kalau kita cari, kita himpun, boleh seguni tuan-tuan. Apa yang Nabi ajar ialah kalau nak cerca, hanya di tempat yang dibenarkan oleh syara`. Tapi jangan sekali-kali melaknat pesalah tersebut. Apa maksud laknat? Maksud laknat ialah mengundang kemurkaan daripada Allah Ta`ala. Jadi kalau kita minta Allah melaknat seseorang, bermakna kita minta Allah Ta`ala murka ke atas orang tersebut. Cuba lihat apa Nabi sebut dalam hadith pertama yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, kata baginda, Demi Allah! tidaklah aku ketahui tentang orang ini kecuali ianya kasih kepada Allah dan rasulnya....Ini dia tuan-tuan, walaupun orang itu dari segi zahirnya seorang pesalah peminum khamar, namun, jauh di dalam hatinya, dia sebenarnya masih seorang yang kasihkan Allah dan rasulullah. Bukan senang nak dapat pengikhtirafan dari Nabi macam ni yang didatangkan wahyu oleh Allah tentang siapa sebenarnya diri orang itu.
Tuan-tuan cuba flashback tentang apa yang pernah dilakukan oleh Nabi Adam alaihissalam. Kalau nak cerita tentang melanggar hukum Allah, Nabi Adam juga pernah melakukannya. Namun begitu, Allah ta`ala memperjelaskan kepada kita bahwa wujud perbezaan diantara orang soleh yang melanggar hukum Allah, dengan golongan yang sengaja menderhaka kepada Allah. Lihat apa yang Nabi Adam ucap sebagai penyesalannya melanggar hukum Allah, katanya, Wahai Tuhanku, kami telah menzalimi diri kami sendiri, jika sekiranya Engkau tidak mengampuni dan merahmati kami, maka kami akan menjadi golongan yang rugi....Ini berbeza dengan gaya syaitan melanggar hukum Allah, yang terang-terang mempertikaikan suruhan Allah dengan nada amat takabbur. Depan Allah, mendabik dada katanya, Aku lebih baik darinya, yang Engkau cipta aku daripada api,
sedangkan dia daripada tanah. Mana mungkin aku tunduk hormat kepadanya!...Maka dengan kenyataannya itu, secara automatik syaitan jatuh kuffur kepada Allah. Ini dia tuan-tuan, dua keadaan yang kita perlu tahu membezakannya.
Sebab itu jangan terkejut kalau ada sahabat yang selama ini kita kenalinya sebagai seorang yang baik, seorang yang rajin solat, rajin puasa, keluarkan zakat, cinta kepada perjuangan Islam, tetapi tiba-tiba satu hari kita dapati dia melakukan dosa. Orang macam ini kita jangan terburu-buru singkirkan dia, sebaliknya kita tanya dia dulu sebab apa dia
melakukan dosa, kemudian selepas dikenal-pasti puncanya, baru diberikan nasihat supaya bersegera dia bertaubat kepada Allah. Namun ia berbeza dengan golongan yang perangai seperti iblis yang juga melakukan dosa tetapi dengan niat yang jahat untuk mempertikaikan Allah.
Satu lagi pengajaran yang boleh diambil dari dua hadith di atas ialah tidak mustahil orang-orang yang beriman juga berkemungkinan untuk melakukan kesilapan dalam menilai seseorang. Kesilapan dalam membuat keputusan bukan saja berlaku di zaman kita sekarang, malah di zaman para sahabat radiallahuanhu juga
pernah berlaku. Contohnya dalam satu peristiwa yang berlaku sebelum Fathul Mekah, seperti diriwayatkan dalam Sahih Muslim. Dari Ubaidullah bin Rafi`, katanya, Aku mendengar Ali bin Abi Talib berkata: Rasulullah s.a.w telah mengeluarkan arahan kepada aku, Zubair dan Miqdad dengan bersabda: Pergi ke taman Khakh (yang terletak antara Madinah dan Mekah). Di sana kamu akan menjumpai seorang wanita menunggangi unta. Pada dirinya ada sepucuk surat yang kamu mesti ambil darinya. Jadi, kami bergegas memacu kuda, dan setelah menjumpai wanita itu, kami minta surat itu diserahkan. Wanita itu berkata: Tidak ada surat bersamaku. Kami berkata: Adakah kamu nak keluarkan surat itu atau kami akan telanjangkan kamu? Lalu, wanita itu mengeluarkan surat tersebut dari celah-celah rambutnya. Kami serahkan surat itu kepada Rasulullah, yang ditulis oleh Hatib bin Abi Balta`ah kepada beberapa orang musyrikin Mekah tentang rancangan Nabi s.a.w. Rasulullah berkata: Hatib! Surat ini untuk apa? Berkata Hatib: Ya Rasulullah, janganlah kamu terburu-buru menghukumku. Aku seorang yang bersama dengan Quraisy. Berkata Sufyan: Dia rapat dengan mereka (Quraisy) tetapi bukan dari kalangan mereka. (Hatib berkata lagi): Sahabat-sahabat Muhajirin yang berhijrah bersama kamu semuanya mempunyai pertalian-darah dengan mereka (Quraisy), jadi, sudah pasti mereka akan melindungi keluarga mereka. Tapi aku yang tidak mempunyai pertalian-darah dengan
mereka, bagaimana ya Rasulullah? Aku juga ingin melindungi ahli keluarga ku. Sebab itu aku mengutus surat ini supaya ada dikalangan mereka melindungi keluargaku. Aku melakukan perkara ini bukan disebabkan untuk menentang mu ya Rasul Allah, jauh sekali menjadi kafir atau munafik kerana aku amat benci kekafiran setelah aku (memeluk) Islam. Setelah mendengar penjelasan Hatib, Rasulullah berkata: Kamu berkata benar. Berkata Umar: Wahai Rasulullah! Izinkan aku pancung saja leher si munafik ini! Namun kehendak Umar dihalang oleh Rasulullah dengan sabdanya: Dia adalah ahli Badr, dan tahukah kamu Allah s.w.t amat mengasihi ahli-ahli Badr dalam firmanNya: Buatlah apa sahaja yang kamu suka, Aku mengampuni kamu.
Inilah contoh kita lihat kadang-kala, dikalangan sahabat pun ada yang salah pertimbangan mereka, inikan pula kita hari ini yang mempunyai ilmu yang terlalu sedikit kalau nak dibandingkan dengan para sahabat
radiallahuanhu.
Dalam hadith yang kedua, kita lihat pula Nabi s.a.w suruh khalayak ramai mencerca dengan mengeluarkan kata-kata yang boleh mendera perasaan orang yang dihukum. Jadi, mencerca juga menjadi salah satu dari hukuman dalam ajaran Islam. Kalau dengan cercaan boleh memberi kesedaran kepada seseorang yang membuat kesalahan, kita perlu melakukannya. Tapi jangan keluar perkataan melaknat. Kalau setakat kata kat dia bodoh, bangang, itu dibenarkan sebagai hukuman ta`zir. Ini ada dalam Islam tuan-tuan. Tapi undang-undang dalam negara kita hari ini, tidak ada.
]
Allahu`alam.
28 Sept `06
All-new Yahoo! Mail - Fire up a more powerful email and get things done faster. __._,_.___
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___

