5 Ramadhan bersamaan 28 September / 12:02 pagi,
Salam tuan,
Kita tinggalkan cerita semalam. Dan kita buka pula lembaran baru. Saya fikir, kita perlu berpatah semula
kepada belakang dalam mengisi perbualan kita di awal pagi ini. Masih ingatkah tuan ketika saya bercerita mengenai sebuah filem perang antara Jepun-Amerika?
Setelah saya menyemak semula, nama tajuk filem itu ialah Pearl Harbour. Heronya ialah Ben Affleck. Saya tidak tahu adakah beliau ada kaitan hubungan dengan Ben Laden atau Ben Gurion, David – pimpinan Yahudi Zionis Israel itu. Tetapi, sosok ini memang pernah mengkritik pentadbiran Bush dan Yahudi juga. Saya keluar dulu tuan. Ada hal sekejap.
5 Ramadhan, 5:48 petang.
Tuan,
Kita sambung semula. Saya baru pulang dari mengambil bubur lambuk di
Masjid Jamek Kg Baru. Sementara menunggu waktu berbuka, maka inilah saya lampirkan beberapa isi pandangan Usman Awang yang dirakam dalam kitab Sun Tze yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Laku juga bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ya tuan sampaikan bangsa Cina pun terfikir untuk menterjemahkan ilmu ini ke dalam bahasa kita.
Tapi, kita sendiri tak dapat menjamin nasib bahasa Melayu di Tanah Melayu sendiri. Hal itu, nantilah kita bincangkan kemudian. Penting juga masalah bahasa ini. Oh ya tuan, tadi pagi, kira-kira 10:48 pagi, ada panggilan menjengah ke ponsel saya. Seperti dari kawasan Putrajaya saja nombornya. Tapi, saya tak angkat. Saya memang penakut sikit.
Tapi, saya berharap dugaan saya itu salah. Boleh jadi ada oran g lain kot. Tak apalah. Dan sebagaimana yang dijanjikan, inilah sajian hidangan cetusan buah fikiran Usman Awang mengenai perang yang saya fikirkan perlu kita cermati bersama.
--- MULA ---
Manusia dan Perang
Oleh Usman Awang
Peperangan, sebuah perkataan yang sangat saya benci dan kerana itulah dalam kebanyakan karya saya, terutama puisi, rasa benci ini saya ungkapkan. Pengalaman pertama
mengenai perang ketika saya berusiua dua belas tahun apabila beberapa buah kapal terbang Jepun menggugurkan bom di Bandar Maharani, Muar, Johor pada tahun 1941. Saya yang berada tidak jauh dari tempat itu lari lintang pukang bersama oran g ramai yang terkejut dengan kejadian tersebut.
bersambung ... [http://wakalah.blogspot.com]
GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5
How low will we go? Check out Yahoo! MessengerÂ’s low PC-to-Phone call rates. __._,_.___
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___

