Kenyataan Media Abd Zarin bin Mohd Yasin , 29 Sep 2006
http://sangkelembai2006.blogspot.com/
Presiden UMNO Abdullah Ahmad Badawi dalam Mesyuarat
Ahli Majlis Tertinggi UMNO hari ini, 29hb September
2006 telah memecat saya dari menjadi ahli UMNO atas
dakwaan bahawa saya telah melanggar peruntukan Fasal
20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama Perkara 1 Tata
Etika ahli UMNO iaitu berkelakuan dengan tujuan
menjejaskan kedudukan parti UMNO di dalam kerajaan
selain menjatuhkan imej dan nama baik parti.
Saya telah dihadapkan kepada Lembaga Disiplin UMNO
pada 4hb September 2006 atas 22 pertuduhan yang
berkisar kepada tulisan saya yang menyentuh Abdullah
Ahmad Badawi dalam blog "Sang Kelembai". Lembaga
Disiplin UMNO telah bersetuju untuk mengambil tindakan
agar saya dibebaskan tetapi tidak dilepaskan dari
tuduhan disiplin, dan saya memberi surat aku janji
supaya tidak lagi menulis perkara - perkara yang
menyentuh serangan peribadi Abdullah Ahmad Badawi
sebaliknya menulis bentuk kritikan kepada perkara -
perkara dasar atau pandangan yang boleh membantu
parti. Surat "aku janji" itu telah saya serahkan
kepada Lembaga Disiplin tersebut.
Sungguhpun demikian pada bulan Ramadhan yang mubarak
ini, Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan pemecatan
saya sebagai ahli UMNO dengan berselindung atas alasan
bahawa ahli Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara
bersetuju dengan dengan keputusan pemecatan tersebut.
Saya menerima pemecatan tersebut dengan terbuka dan
menganggap bahawa pemecatan ini adalah satu rahmat
bagi saya dari terus menyokong organisasi yang
dipimpin oleh seorang Presiden yang bagi saya
cenderung kepada sifat - sifat seorang "munafik"
Pemecatan itu memberi saya ruang untuk bebas dari
ikatan Perlembagan UMNO bentuk baru, yang menyekat
ruang untuk mengkritik dan menegur pemimpin, satu
perkara yang berlawanan dengan prinsip Islam Hadhari.
Ini membuktikan teguran saya bahawa konsep Islam
Hadhari yang dibawa oleh Perdana Menteri kita hanya -
Islam ada had dan ada hari.
Pemecatan saya juga membuktikan bahawa pemimpin UMNO
tidak boleh dikritik atau ditegur dan perbuatan
mengkritik kepimpinan khususnya dalam konteks ini
"mengkritik Perdana Menteri " merupakan satu dosa
besar dalam parti. Pemecatan ini tidak melunturkan
sokongan saya terhadap UMNO kerana bagi saya, sokongan
setelah saya dipecat menunjukkan komitment saya
terhadap perjuangan agenda - agenda UMNO dan sokongan
ini bukan sokongan yang mempunyai niat - niat
perolehan tertentu. Kita tidak sepatutnya hadir dalam
menyokong parti hanya untuk menuntut balasan dari
parti untuk kepentingan diri sendiri tetapi kita hadir
menyokong kerana kita percaya kepada idealisma dan
perjuangan UMNO yang selama ini relevan untuk agama,
bangsa dan negara.
Ini adalah kali kedua saya dipecat sebagai ahli UMNO
dalam perkara yang sama, iaitu menegur pemimpin UMNO.
Pada tahun 1996, kerana menulis berapa surat terbuka
kepada Dr Mahathir Mohamed dan Anwar Ibrahim saya
dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO dan diterima semula
dalam UMNO selepas Anwar Ibrahim dipecat oleh Majlis
Tertinggi UMNO pada tahun 1998.
Pemecatan ini bagi saya telah membuka ruang yang lebih
luas sama ada untuk menulis, hadir dalam mana - mana
majlis yang berjuang untuk membongkar pembohongan
Abdullah Ahmad Badawi dan jika saya terlibat dalam
mana-mana ceramah termasuk ceramah Parti Pembangkang
selepas ini, ia lebih merupakan perjuangan saya bagi
menghidari rakyat dari ditipu oleh Abdullah Ahmad
Badawi. Saya komited untuk memastikan beliau meletakan
jawatan atau disingkirkan sebagai Perdana Menteri
secara demokrasi dalam pilihanraya yang akan datang.
Penyingkirkan seorang Perdana Menteri bukan perkara
baru. Ini pernah berlaku dalam pilihanraya 1969. Semua
rakyat berbilang kaum dalam menunjukkan protes mereka,
telah memberi undi kepada pembangkang sehingga
memperolehi banyak kerusi Dewan Negeri dan seterusnya
menguasai Pulau Pinang dan Pas kekal di Kelantan.
Tindakan rakyat ini juga mengoncang kedudukan Perak
dan Selangor. Begitu juga ditahun 1999, apabila
seluruh rakyat Terengganu telah mengundi Pas kerana
mahu menyingkirkan Wan Mokhtar Ahmad. Tidak mustahil
pada pilihararaya yang akan datang rakyat Malaysia
terdiri dari Melayu, China,India dan etnik lain akan
mengundi parti pembangkang kerana mahu menyingkiran
Abdullah Ahmad Badawi.
Saya tidak akan merayu atas keputusan tersebut dan
akan hanya memohon menyertai semula UMNO setelah
Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak menjadi Presiden
UMNO. Saya ingin membawa kepada satu peristiwa Saidina
Hamzah yang tidak membunuh musuh perangnya sungguhpun
musuh tersebut telah meludah kemukanya. Bila ditanya
kenapa beliau tidak membunuh musuh tersebut, beliau
menjawab, "bahawa aku berperang menentang musuh Allah
dan aku takut kehilangan pahala kerana membunuh dia
yang telah meludahku" dan sikap ini saya jadikan
landasan perjuangan saya untuk terus membongkar
kemunifikan pemimpin yang memperalatkan Islam.
Kepada semua ahli Majli Tertinggi UMNO, saya
mengucapkan ribuan terima kasih kerana sebulat suara
bersetuju memecat saya dari menjadi ahli UMNO. Saya
yakin ahli Majlis Tertinggi UMNO tahu dengan beradanya
saya diluar UMNO, ini pasti akan memudahkan saya
bergerak untuk menyegerakan kejatuhan Abdullah Ahmad
Badawi. Saya komited dan tidak akan menghampakan
harapan itu. Doakan saya berjaya dalam usaha ini. Saya
mengungkap perutusan kemerdekaan tempoh hari :
"APA ERTI KEMERDEKAAN, JIKA TIDAK ADA KEBEBASAN. APA
ERTI KEBEBASAN , JIKA TIDAK ADA PERJUANGAN. APA ERTI
PERJUANGAN. JIKA TIADA PENGORBANAN. APA ERTI
PENGORBANAN, JIKA TIDAK ADA KEBERANIAN. APA ERTI
KEBERANIAN, JIKA TIDAK ADA KEMATIAN... dan saya
sanggup mati dari berketuakan seorang Presiden Parti
yang Munafik.
Sekian Terima Kasih
Senarai imbasan kertas pertuduhan boleh dilihat dalam
laman www.umno-reform.com
Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
Syarak Mengata , Adat Menurut
Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/