7.30 malam, 6 Ramadhan bersamaan 29 September.
Salam tuan,
Sedang menaip ini, saya tengah menyuap juadah ke mulut untuk membatalkan puasa hari ini. Tadi, sempat saya mengikuti dokumentari Jejak Rasul terkini. Apa-apa yang
disajikan dalam dokumentari itu, ada kaitan dengan apa-apa yang pernah kita bualkan sebelum ini.
Perjalanan ke Taif bersimbah darah, lalu Rasulullah berhenti di satu tempat dan akhirnya ada malaikat menjelma menawarkan diri untuk menghempapkan dua buah bukit ke atas penduduk Taif yang mencederakan nabi dengan batu itu.
Naluri ingin membalas kejahatan hadir di dalam jiwa malaikat. Pandangan yang tersebar dalam masyarakat, bahawa kaum malaikat ini tidak suka melihat
pertumpahan darah ada benarnya daripada suatu segi. Jadi, jika ada segolongan manusia yang tidak suka melihat darah tertumpah, hakikatnya jiwa malaikat dalam diri mereka itulah yang membencinya.
Tapi, saya melihat pertumpahan darah itu juga adalah sebahagian daripada jiwa malaikat dalam jiwa insan. Bukankah jiwa insan itu adalah jalinan akrab yang tergabung daripada jiwa haiwan dan malaikat?
Haiwan makan menggunakan kuku, taring dan sebagainya. Manusia juga makan.
Tetapi, oleh kerana ada jiwa malaikat yang bersandar di balik jiwa, maka haiwan berdarah telah ditumpahkan darahnya di atas kalimah basmalah. Lalu, dimasak penuh beradat. Dicicah sambal tumis dan disulam ulam-ulaman dan buah-buahan pula. Jika haiwan biasa, mana ada adat dan adab bersantap sedemikian rupa?
Malaikat tidak suka pertumpahan darah akibat dendam, dengki, khianat dan pelbagai rasa yang tak sepatutnya berkubang di lubuk jiwa insan. Malaikat akan menumpahkan darah dengan sebab arahan Allah untuk membantu kaum Muslimin di medan perang. Saya berhenti sekejap tuan. Insya
Allah, nanti saya sambung semula.
10.00 malam.
Tuan,
Kini, saya boleh
mengarang semula. Merujuk kisah Taif tadi, saya tertarik dengan cerita Addas of Niniveh yang berjumpa Rasulullah s.a.w selepas dakwahnya tidak berjaya. Jika tidak silap saya, nama perkampungan Addas itu ialah Niniveh.
Rasulullah s.a.w terus berkata, Bukankah itu tempat saudaraku Yunus bin Matta? Lalu, dipendekkan cerita, setelah berbual lama, Addas terus memeluk Islam apabila menyedari manusia yang ditemuinya itulah rasul yang dijanjikan.
bersambung ... [ http://wakalah.blogsppot.com ]
GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5
All-new Yahoo! Mail - Fire up a more powerful email and get things done faster. __._,_.___
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___

