KUALA LUMPUR, 3 Okt (Hrkh) - Tindakan pihak pengurusan
stesen bas Terminal One Seremban, Syarikat Panji
Timur, menyusun semula lorong bas dan menaikkan kadar
sewa dan caj kepada pengusaha didakwa mengakibatkan
mereka semakin tertekan.
Seorang wakil Persatuan Pengusaha Bas Seremban yang
hanya mahu dikenali sebagai Mohammad Rafiuddin (bukan
nama sebenar) berkata, tindakan pihak pengurusan
menyusun semula lorong bas menyebabkan kekeliruan
kepada penumpang dan pemandu.
"Malah caj yang dahulunya kira-kira RM5,000 kini
meningkat kepada RM15,000 (kenaikan 200 peratus)
sebulan tidak termasuk caj tambahan harian sekali
masuk RM5 bagi bas ekspres dan RM2 bagi bas
henti-henti di setiap kali keluar masuk ke Terminal
One," katanya ketika memberi maklumat kepada
Harakahdaily.
Menurutnya, pihak persatuan pengusaha bas telah
menyerahkan permohonan kepada pihak pengurusan supaya
mengkaji semula tindakan, bagaimanapun masih belum ada
respons mengenainya.
Sementara itu penulis yang membuat tinjauan hari
pertama (3 Oktober) kenaikan kadar bayaran tambahan
keluar masuk bas mendapati keadaan kecoh sebentar pada
awal pagi ketika bas-bas dari dalam dan luar Seremban
memasuki Terminal One.
Harakahdaily diberitahu terdahulu sebelum itu tiga
trak FRU dan anggota polis ditempatkan di Terminal One
sebagai langkah bersedia menghadapi sebarang
kekecohan.
Bagaimanapun keadaan terkawal selepas pihak polis
ditempatkan di kawasan tersebut. - lanh
Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
Syarak Mengata , Adat Menurut
Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/