Peniaga Melayu pasar baru Rembau dakwa teraniaya    
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Sebilangan besar peniaga
Melayu Komplekas Pasar Baru Daerah Rembau mendakwa
teraniaya dengan tindakan Majlis Daerah Rembau (MDR)
yang dikatakan enggan membenarkan mereka berniaga di
pekarangan luar pasar tersebut.

Menurut salah seorang peniaga pasar tersebut, Madziah
Abdullah, masalahnya bermula selepas perpindahan tapak
perniagaan dari pasar lama ke pasar baru Mei lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily
dalam satu tinjauan bersama rombongan aktivis Teras
Pengupayaan Melayu (Teras) Negeri Sembilan di rumahnya
di Taman Chembong Jaya, Rembau semalam yang diketuai
Zulkifli Mohammed Omar, Taufek Abdul Ghani dan Hassan
Mohammad.

Kehadiran rombongan Teras itu bertujuan menyelesaikan
masalah peniaga setelah sebelum ini Zulkifli dan
rakan-rakan diminta peniaga untuk membantu
menyelesaikan masalah mereka.

Kata Madziah, peniaga diberi lot kedai dalam pasar
untuk beroperasi, malangnya lot tersebut terlindung
antara satu sama lain mengakibatkan kesukaran peniaga
untuk mendapatkan pelanggan. 

Keadaan lebih tertekan kepada mereka yang berniaga di
bahagian paling dalam pasar tersebut kerana pelanggan
sukar untuk masuk ke bahagian tersebut untuk membeli
barangan basah seperti sayur, ikan, ayam dan daging.

"Hasil jualan kami merosot teruk, malah hingga
menghadapi masalah 'tidak balik modal'. Ini
membimbangkan kami lebih-lebih lagi dalam menghadapi
musim perayaan ini. Kami nak juga kumpul duit untuk
beraya, tapi kalau tiap-tiap hari kerugian apa akan
jadi kepada kami," katanya.

Pihak peniaga cuba untuk membuka gerai mereka dengan
menggunakan payung dan meja di pekarangan luar pasar,
bagaimanapun peniaga diugut akan disaman dan dikenakan
tindakan merampas barangan peniagaan jika msih berbuat
demikian.

Takut dengan arahan MDR itu, mereka akhirnya hanya
berniaga di lot-lot yang disediakan, bagaimanapun
tidak mendapat sambutan pelanggan kerana kedudukan
yang terlindung yang memberi masalah kepada pelanggan
untuk masuk ke kawasan dalam.

Akibatnya, beberapa peniaga yang tidak dapat bertahan
terpaksa 'gulung tikar' kerana kerugian yang besar
yang dialami mereka.

Madziah dan 30 peniaga lain telah mengutus surat
rayuan kepada pihak MDR dan pihak berwajib yang lain
termasuk Pejabat Menteri Besar supaya membenarkan
peniaga menjalankan perniagaan di bahagian pekarangan
pasar.

Bagaimanapun, MDR melalui Setiausahanya, Amiruddin
Hamidin dalam satu surat bertarikh 27 September 2006
seperti yang ditunjuk Madziah kepada Harakahdaily
menolak permohonan tersebut dengan alasan ia
bertentangan dengan syarat seperti yang dikeluarkan
dalam lesen perniagaan.

Selain itu MDR dalam surat tersebut juga memberitahu,
peniaga tidak dibenarkan berniaga di luar petak atau
lot kerana dibimbangi akan menimbulkan halangan dan
gangguan awam selain kemungkinan akan ada bantahan
dari peniaga lain.

"Kami tidak puas hati dengan sebab yang dikemuka MDR
kerana ada pihak lain yang diberi berniaga di
pekarangan kawasan tersebut, malah seorang peniaga
berbangsa Cina yang berniaga lebih dari dua jenis
barangan tidak diambil tindakan," katanya.

Menurut serang lagi peniaga, Mazlan Abdullah, peniaga
berketurunan Cina itu mendapat lot yang berada di
bahagian hadapan pasar, dan menjual sayur, ikan dan
barangan kering sedangkan mengikut syarat dalam
perlesenan, peniaga hanya dibenarkan menjual satu
jenis barangan sahaja.

"Jika dalam lesen dia dibenar berniaga sayur, jadi dia
kena jual sayur sahaja tak boleh jual barang lain.
Tetapi peniaga Cina itu berniaga pelbagai barangan
menyebabkan peniaga yang berniaga barang lain tidak
mendapat sambutan, lebih-lebih lagi kedudukannya
berada di hadapan pasar," katanya.

Menurut Mazlan, beliau dan rakan telah beberapa kali
cuba berniaga di luar kawasan pasar, bagaimanapun
beliau telah disaman oleh MDR kerana kesalahan ingkar
arahan majlis.

Menurutnya, meskipun reka bentuk kompleks pasar
cantik, susun atur ruang niaganya tidak mesra
pelanggan menyebabkan pelanggan tidak datang ke semua
gerai.

Selain itu peniaga juga berhadapan dengan bahaya
sebarang kemungkinan terkena renjatan elektrik kerana
bahagian suis utama tidak berpenutup dan wayar yang
terdedah, katanya.

Sementara itu Zulkifli yang bercakap mewakili
rombongannya berkata, pihaknya akan cuba menyelesaikan
masalah tersebut dengan mengajukan aduan kepada pihak
tertentu termasuk akan mendedahkannya kepada akhbar
tempatan.

Menurut Zulkifli, pihaknya juga mencadangkan agar
peniaga bertemu dengan pihak MDR untuk mendesak majlis
menggantikan dinding batu pembahagi antara lot
digantikan dengan 'roller grill' selain mengubah
semula pembahagian zon jenis jualan barangan mengikut
pembahagian yang sesuai. – lanh

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4627&Itemid=29




     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke