Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di
lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal
ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda.
Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar
Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah Amalkan memakan tamar
(kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda
tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis
tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat
sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al
Bukhari.)
Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur Sihir tidak akan
memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap
muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana
diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W:
Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu.
Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu
sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut
tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya
Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan
bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)
Pagar Ketiga (3) -
Mengambil berat tentang solat berjemaah Mengambil berat tentang solat
berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan
syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan
mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama
kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah
bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak
mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan
didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya
serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu
Daud dengan sanad yang baik).
Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat
Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir Bangunlah mengerjakan solat malam dan
janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat
malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang
itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah
tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan
syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W.
pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh
dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun
bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam
telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).
Pagar Kelima (5) - Membaca
doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas Tandas adalah tempat kotor dan
merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan
kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk
ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa
dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika
kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu
memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
"Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang
kekotoran dan gangguan syaitan".
Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah Selepas
majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin
yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala
isterinya sambil berdoa: "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan
kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari
keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah
berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala
keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila
dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu
daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).
Pagar
Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir
kepada Allah sehingga terlelap. Dalam satu hadis sahih telah menceritakan
bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca
ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah
manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu
pagi''.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah
tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia
sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).
Sekian wassalam.
__._,_.___
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
__,_._,___
Stay in the know. Pulse on the new Yahoo.com. Check it out.
|