Mereka yang mencari kebenaran akan mendapat kebenaran, mereka yang lari dari kebenaran akan kesesatan.
Berita Harian 7 Okt 2006 Michael Toyad sahkan peluk Islam PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Leo Michael Toyad (gambar), 56, mengesahkan beliau sudah memeluk Islam, selepas mendalami dan mendekati agama itu sejak sekian lama. Dr Toyad yang kini menggunakan nama Islamnya, Muhammad mengesahkan beliau memeluk Islam dan gembira kerana hasratnya untuk berbuat demikian sejak sekian lama, kini tertunai. Dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada Berita Harian, di sini semalam, beliau berkata: “Ya Alhamdulillah... niat saya untuk menjadi seorang Islam tertunai. Selamat berpuasa dan wassalam”. Dr Toyad juga berkata, beliau kini menggunakan nama Muhammad dan keputusannya memeluk agama Islam dibuat semata-mata kerana Allah. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, dipercayai kerana kini berada di luar negara. Dr Toyad yang berkelulusan ijazah perubatan dari Universiti Malaya (UM), mempunyai tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki, menceburi politik sejak kira-kira 25 tahun lalu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Mukah digugurkan daripada Kabinet dalam rombakan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Februari lalu. Sejak itu, beliau yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bergiat cergas dalam sektor swasta serta pelbagai kerja kebajikan http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Nasional/20061007001049/Article/ Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

