Kepada mereka yang tersentuh hati membaca kisah
dibawah ini, bagaimana anak-anak mangsa tahanan ISA
meraih simpati , berdikit-dikit mengumpul duit bagi
menampung tambang bas ke Kem Tahanan ISA Kamunting
hanya semata-mata untuk melihat wajah ayah kesayangan
mereka melalui cermin tanpa dapat mendakap setahun
sekali di kala Idil Fitri sejak lima tahun yang lalu.
Mereka tidak pernah meminta apa-apa, cuma hati kita
yang tersentuh. 

Mereka tidak meminta dibelikan pakaian raya, mereka
tidak meminta untuk dibelikan mercun dan bunga api,
mereka tidak meminta dibelikan kuih raya. 

Mereka cuma ingin ke penjara melihat ayah mereka. Ini
berlaku bukan di penjara Guantanamo, bukan di penjara
Israel, bukan di penjara Iraq, bukan di penjara
Afghanistan, bukan di penjara Thailand tetapi di Kem
Tahanan ISA, Kamunting, Taiping, Perak,  Malaysia.

Kepada mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Pn
Norlaila Nashita 012-6892608. Sumbangan juga boleh
disalurkan melalui akaun Maybank 562209608847
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) , sila SMS
kepada Pn Norlaila jumlah dan tarikh bank in serta
tujuan sumbangan.

Kepada mereka yang tidak dapat menyumbang berdoalah
agar keadilan dapat ditegakkan. Sebarkanlah e-mel ini
ke seluruh dunia secara meluas.

*********************
Petikan artikel "Kita mungkin terlupa, namun ISA tetap
mengintai ..."    Oleh Ahmad Lutfi Othman

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tiada
ungkapan kata-kata boleh mendefinisikan cerita
sedih-pilu itu; tiada lagi airmata 

Usah disebut soal tanggungan perasaan para isteri dan
anak-anak yang saban hari menanti dan menunggu - satu
bentuk penyeksaan yang tidak terperi sakitnya. Begitu
juga tentang perjalanan kehidupan si isteri menempuh
onak dan duri, mehnah dan fitnah, serta kesempitan
mencari sesuap nasi, menggalas bebanan menyara mereka
yang ditinggalkan. 

Bayangkan pula, dengan wang yang dikumpul
berdikit-dikit untuk tambang ke Taiping, mereka hanya
diberi kesempatan tidak lebih 45 minit untuk berbicara
sambil dipisahkan dinding kaca. Masa 45 minit itu
terpaksa diagih-agihkan supaya setiap seorang dapat
melepaskan rindu. 

Kadang-kadang si ibu terpaksa melepaskan anak-anak
sahaja yang pergi. 

"Kami anak beranak jarang melawat ayah mereka. Lagipun
semuanya memerlukan belanja. Adakalanya saya belikan
tiket bas pergi balik untuk anak-anak dan mereka pergi
sendiri," cerita seorang isteri mangsa tahanan ISA
kepada Harakah.

Menjelang akhir Ramadan penuh keberkatan ini, kami di
Harakah cuba menyelami kesukaran hidup beberapa
keluarga tahanan di sekitar ibu kota. Pertama, untuk
menimbulkan kesedaran dan keprihatinan pembaca, selain
berusaha mendorong para dermawan menyumbang bakti. 

Memang rata-rata isteri tahanan enggan ditemu bual,
apalagi menyedari ia bakal mengundang padah yang lebih
perit apabila Harakah menyiarkannya. 

Sekalipun tahanan ISA akan terus berhari raya di
Kamunting, tidak adakah hasrat kerajaan menghulurkan
perbelanjaan raya untuk anak-anak mangsa tahanan, yang
sebahagiannya memang amat memerlukan? Berbuka puasalah
dengan mereka. Hulurkan mereka sedikit kegembiraan." 

Saya difahamkan, beberapa penangkapan mutakhir,
terutama membabitkan warga Sabah, dengan nama-nama
kumpulan yang baru kita dengar, bahawa nasib keluarga
mereka lebih pedih dan sengsara lagi. Apatah lagi
kemungkinan rangkaian GMI tidak cukup untuk menyantuni
mereka, dan publisiti terhadap mangsa-mangsa baru ini
tidak begitu meluas. Ya, tidak dapat dibayangkan
bagaimana mereka, yang mungkin tersudut jauh di sana,
melalui detik-detik kelam ini. 

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4750&Itemid=1


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke