Lagi pengedaran komik dakyah Kristian di Seremban    
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Hrkh) - Umat Islam akan
menyambut Aidilfitri kira-kira seminggu lagi dan
ketika ini penghuni di bandar sibuk membeli segala
persiapan raya termasuk kain baju dan kuih-muih tetapi
pada saat ini juga beberapa kumpulan dikesan
menyebarkan dakyah agama tertentu bagi memikat anak
muda Islam yang leka.

Dalam keghairahan itu, umat Islam mungkin sekali
terlupa anak-anak muda Melayu kini berhadapan dengan
serangan pemikiran pendakyah agama lain termasuk agama
Kristian.

Harakahdaily mendapat satu laporan dari beberapa
penduduk Seremban Jaya, Senawang bahawa mereka
mendapati pendakyah agama Kristian mempergiatkan usaha
mengedar risalah berbentuk cerita komik yang dilihat
mampu memesongkan akidah remaja Islam.

Menurut seorang penduduk, Mohamad Zakir Shuhaimi,
pendakyah ini cuba mempengaruhi pemikiran anak remaja
Islam supaya terpesong daripada akidah agama dengan
kisah yang dipaparkan dalam komik tersebut.

Hingga kini Mohamad Zakir dan beberapa rakan berjaya
mengumpul sejumlah 45 buah komik daripada beberapa
remaja yang mendakwa menerima komik tersebut dari
orang yang tidak dikenali ketika berjalan-jalan di
Dataran Senawang.

Azizi Abdul Shakur pula berkata, komik tersebut
mengisahkan tentang ajaran Kristian dengan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantarnya.

Naskhah komik itu lebih menarik dengan susunan ayat
dan manipulasi kisah bersumber alkitab dan kisah Nabi
Isa dan Adam yang telah diputarbelitkan, kata Azizi.

Komik yang diterbitkan sebuah syarikat yang dikatakan
berpangkalan di Kanada itu turut diedar di beberapa
taman sekitar Ampangan dan Paroi, kata Azizi yang
mendapat maklumat daripada beberapa teman yang tinggal
di dua kawasan tersebut.

"Kami sebagai penduduk di sini bimbang jika anak-anak
kami terpengaruh dengan dakyah ini. Kami mahu pihak
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) dan mufti
mengambil tindakan menyiasat gerakan pendakyah ini,"
katanya.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri
Sembilan, Zulkifli Mohammed Omar yang ditemui semalam
berkata, Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPNS)
kini sedang mengumpul maklumat kegiatan pendakyah
tersebut.

Malah katanya, maklumat awal yang diperolehi telah
disalurkan kepada beberapa individu tertentu yang
berada dalam Mains untuk disiasat pihak berkenaan.

Zulkifli menasihatkan ibu bapa dan remaja supaya lebih
berhati-hati dengan penyebaran komik tersebut yang
dilihat boleh menggugat akidah remaja, kanak-kanak dan
dewasa Melayu Islam. – lanh
http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4759&Itemid=1






     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke