|
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya
tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu
bapaku dan supaya aku tetap
mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan
jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu
dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam
(yang tunduk patuh
kepadamu). (Surah Al-Ahqaaf, Ayat:
15). ADAB
MINUM Rasullah SAW amat menyukai minum madu
yang dicampur dengan air sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan.
Rasulullah SAW juga
suka minum air sejuk dan mencicip madu
sebelum makan apa-apa diwaktu
pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini
ialah: 1. Menghilangkan balqham
(kahak/lendir) 2. Mencuci
perut 3. Membuang sisa-sisa makanan yang
tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke
usus
besar 4. Menghapuskan sukatan dalam usus,
menghilangkan senak perut dan
sedu 5. Memperbaiki fungsi buah pinggang,
limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman
didalam suatu
bekas Minuman Manis dan
Sejuk Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "
Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan
sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari
minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah
tamar). Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut
" Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada
nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air
sejuk" Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu
minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika
terkumpul
didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi
asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali
gus berperanan
bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang
masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota
badan. Ringkasan adab
minum 1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang
dengan tangan
kanan 2. Bacalah "
Bismillah" 3. Minum dengan tiga
nafas 4. Minum dalam keadaan
duduk 5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap
kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat
lain. 6. Setiap kali berhenti minum (pada
setiap penafasan) bacalah
Alhamdullilah 7. Jika tidak ada tempat untuk duduk
adalah diharuskan minum sambil
berdiri 8. Minum dari baki air yang telah
diminum oleh orang lain Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang
Islam adalah ubat
untuk penyakit 9. Jangan terus minum selapas dari
melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja
berat. Jazakallah hu khairan
kathiraa. Jangan
ketinggalan untuk dapatkan lebih banyak info menarik, pengetahuan dan santai
bersama kami di yahoo group penawarku. Untuk menyertai klik pada link di
bawah: http://health.groups.yahoo.com/group/penawarku/join atau hantarkan
email kosong
kepada: Ilmu baru dan santai setiap hari dengan
penawarku ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED]
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required) Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe __,_._,___ |

