Enam langkah mencegah serangan jantung

http://www.biovco.com/my

Ada enam langkah untuk memastikan jantung kita sentiasa sihat :

1. Berhenti merokok (jangan cuba, tetapi berhenti terus).

Biasanya rokok dikaitkan dengan kanser, terutama paru-paru. Bagaimana ia boleh 
menyebabkan serangan jantung pula? Menurut Perunding Kardiologi, Dr Lee Chiang 
Heng, lebih 4,300 bahan kimia berbahaya dalam asap rokok akan merosakkan sel 
badan yang penyebab kanser.

Pada masa sama, asap rokok ini merosakkan sel pada lapisan dalam (dinding) 
salur darah. Pada bahagian yang rosak inilah kolesterol akan melekat dan 
berkumpul. Lama kelamaan, penimbunan kolesterol ini menyempitkan arteri (salur 
darah) dan menyekat aliran darah.

Jantung adalah otot hidup dan memerlukan oksigen daripada darah. Bahagian yang 
tidak menerima darah akan mati dan ia boleh menyebabkan serangan jantung. 
Mungkin ada perokok menganggap masalah ini tidak akan berlaku kepada mereka 
kerana berasakan diri sentiasa sihat.

2. Amalkan pemakanan sihat.

“Kita sepatutnya makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Usus manusia 
yang panjang lebih sesuai untuk diisi dengan serat. Serat bertindak sebagai 
pelincir untuk mengeluarkan bahan buangan daripada badan. Perubahan corak 
pemakanan ke arah pengambilan lebih banyak daging dan lemak menyebabkan paras 
kolesterol meningkat yang boleh merangsang penyakit jantung.

3. Bersenam.

Senaman aerobik iaitu pergerakan sama yang berulang (seperti berjalan, joging, 
berbasikal dan berenang) selama 20 hingga 30 minit sehari perlu dilakukan 
secara berterusan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

4. Belajar mengendalikan tekanan.

TEKANAN sudah jadi satu perkara lumrah dalam hidup kita. Malah ada yang 
menyifatkan tanpa tekanan hidup akan jadi bosan kerana tiada cabaran. 
Sememangnya setiap perkara itu ada baik dan buruknya, terpulang kepada kita 
untuk menilainya.

Bagi individu yang optimistik tekanan tidak dianggap sebagai masalah sebaliknya 
cabaran atau peluang untuk meningkatkan keupayaan dan mencapai kejayaan. Namun 
tidak semua orang mampu melihat tekanan sebagai perkara positif. Ia lebih 
dianggap satu masalah.

Bahkan ramai juga yang tidak sedar mereka sebenarnya berada dalam keadaan 
tertekan sehinggalah badan mula menunjukkan simptom seperti selalu resah, 
sedih, cepat panik, tidak selesa, emosi tidak stabil, sakit perut, pening 
kepala, sesak dada, alahan, sukar tidur atau merokok lebih banyak.

5. Sentiasa berfikiran positif dan mempunyai motivasi.

Sikap mempunyai tiga elemen penting: Pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Ia 
perlu berubah bersama-sama agar ketahanan diri positif dapat menjamin ke arah 
kecemerlangan. Seharusnya kita berusaha membentuk sikap yang baik kerana sikap 
bertindak sebagai pendorong kepada manusia untuk bertindak secara positif.  

6. Jalani pemeriksaan kesihatan tahunan.

Untuk mengelakkan penyakit jantung juga mudah iaitu dengan menjalani 
pemeriksaan kesihatan tahunan, terutama bagi individu berumur 35 tahun ke atas 
(lelaki) dan 40 (wanita) jika tiada sejarah keluarga mendapat sakit jantung, 
kencing manis, tekanan darah tinggi dan obesiti.

Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara dapat membantu masalah darah tinggi kerana ia berperanan 
dalam meningkatkan metabolisma badan. Lazimnya penyakit darah tinggi 
berasosiasi dengan penyempitan arteri(salur darah). Keadaan yang sempit ini 
menyebabkan kesukaran darah untuk mengalir melaluinya kerana rintangan yang 
wujud dan keadaan ini memerlukan tekanan yang lebih kuat. 

Keadaan ini memaksa jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat. Punca utama 
kepada masalah darah tinggi adalah obstruksi lemak pada salur darah. Minyak 
Kelapa Dara boleh meningkatkan HDL(Lipoprotein Berketumpatan Tinggi). Ia 
merupakan protein pengangkut lemak yang baik kerana ia boleh menyingkirkan 
lemak daripada badan. Ekskresi lemak daripada badan dapat membantu melancarkan 
pengaliran darah. Ini sekaligus dapat mengurangkan beban jantung mengepam darah 
ke seluruh badan.

http://www.biovco.com/my

====================================================================
Testimoni Pengguna : SAKIT JANTUNG

Sakit jantung saya mula dikesan ketika berusia 40 tahun. Doktor mengesahkan 
bahawa saluran darah saya tersumbat yang mana menjadikan saya sukar bernafas 
dan amat letih. Saya pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan 
dikehendaki melakukan pembedahan.

Saya cuba mencari iktiar lain dan sahabat saya mencadangkan menggunakan Minyak 
Kelapa Dara kerana dikatakan mampu melancarkan perjalanan darah. Saya 
mengamalkan Minyak Kelapa Dara selama 2 minggu dan terasa semakin cergas. Kini 
saya tidak lagi mengalami sakit dada..

Rosli Bin Ali
49 Tahun
Rawang Selangor

Lain-lain Testimoni : http://www.biovco.com/testimoni2.html
=========================================================
** Penafian - Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan
untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila
rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih & bertauliah
untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang
bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar
pengguna dan belum duji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza
antara seorang individu dengan individu yang lain.
==========================================================

http://www.biovco.com/my

Minyak Kelapa Dara "BIOVCO" dihasilkan melalui kaedah bioteknologi,
tanpa bahan pengawet dan bahan kimia, 100% Organik dan tiada kesan
sampingan. Tidak melalui proses penyulingan secara kimia untuk 
menjernihkannya.

Hanya RM30.00 Sebotol Semenanjung / RM35.00 Sabah & S'wak

Kos penghantaran PERCUMA menggunakan Pos Laju kerumah atau pejabat

Kandungan 1 botol (120ml)

BELI SEKARANG !!! : http://www.biovco.com/pembelian.html

atau dapatkan no akaun untuk membuat pembelian & pembayaran melalui
email di : [EMAIL PROTECTED]

Hubungi : 06-6780544 / 013-3014262 / [EMAIL PROTECTED]

http://www.biovco.com/my
==========================================================
  

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke