BOIKOT SEMUA PRODUK ROTI HIGH 5 DAN KEK SILVERBIRD
Dari Laman Web Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Kosmo terbitan Jumaat 13 Oktober, 2006 di halaman 4
telah memaparkan berita berkenaan dengan disertai
gambar ‘Doh’ roti High 5 yang baru, bersih dan
berkilat. Ia membawa berita bahawa kilang yang pernah
di sita sebelum ini telah dibenarkan beroperasi
semula. Itulah hakikatnya dan itulah kebenarannya
tanpa sebarang tokok tambah.

Malangnya Pengarah Urusan syarikat ini Dato’ Jackson
Tan dengan megah dan sombongnya MEMANIPULASI FAKTA
dengan kenyataannya yang dipetik berbunyi:

‘Produk kami sentiasa memenuhi piawaian mutu tinggi,
malah diperakui Jakim dan Kementerian Kesihatan’

Tidak secebispun perkataan MAAF, rasa bersalah atau
kesal yang dirakam atau ditunjukkan oleh beliau
terhadap KESALAHAN BESAR yang dilakukan selama ini.
Marilah kita renungkan fakta sebenar kenapa kilang itu
di arahkan tutup sekiranya benarlah kata beliau bahawa
kami sentiasa memenuhi piawaian mutu tinggi. Inilah
contoh kata-kata seorang usahawan yang PALING BONGKAK
pernah saya temui di Negara ini.

Setelah melakukan kesalahan sepatutnya menerima
tanggung jawab selaku peneraju syarikat untuk memohon
maaf kepada para pengguna yang dizaliminya. Sedangkan
Menteri, Perdana Menteri dan Raja pun pandai
menggunakan perkataan maaf apabila menyedari mereka
tersasar.

Dua fakta yang perlu kita pertimbangkan di sini iaitu
MEMPERBAIKI dan MENGAKUI adalah dua perkara yang
berbeza sama sekali. Fakta pertama kenapa perlu
dilakukan pembaikan sekiranya kilang Stanson
Silverbird memenuhi spesifikasi dan memang mengikut
piawaian yang tinggi?

Apabila diperbaiki, sepatutnya pemiliknya MEMBUAT AKU
JANJI bahawa kami TELAHPUN MEMPERBAIKI keadaan proses
pengeluaran di kilang kami mengikut piawaian yang
telah ditetapkan. Selanjutnya berharap para pengguna
sedia MEMAAFKAN MASALAH TEKNIKAL yang berlaku sebelum
ini. Kami telah berjaya mengatasinya dan berharap para
pengguna memberikan sokongan semula kepada produk
kami.

Inilah yang patut dilakukan oleh peniaga yang
BERHEMAH. Sayangnya dalam kes syarikat ini, pemiliknya
memanglah bersikap kurang ajar, angkuh, tidak berbudi
bahasa dan tidak mempunyai sense of responsibility,
dan tidak menerima konsep akauntabiliti sebagaimana
yang diperlukan dalam ‘corporate governance’.


Perbuatan beliau ini bukan sahaja mencemar maruah
ummat Islam tetapi merendahkan taraf peniaga korporat
lain di Negara ini yang cuba memperkenalkan kepatuhan
korporat dan budaya korporat terpuji. Memang benar
segala dakwaan masyarakat terutama para pengguna
Muslim yang saya baca selama ini bahawa Dato’ Jackson
Tan ini merasakan beliau ‘above law’ kerana
perbuatannya secara berterangan menunjukkan kenyataan
tersebut adalah ‘benar dan tidak ada yang lain
melainkan benar belaka’.

Pada perkiraan Jackson 5 ini apakah para pengguna di
Negara ini terlalu dungu, tolol, bangang, bodoh dan
tidak berpendidikan? Sehingga kesemua kenyataan yang
dikeluarkan oleh beliau bernada biadab, angkuh, bangga
diri dan sombong hingga memberi gambaran martabat
beliau sama seperti perlambangan-perlambangan Firaun
yang digunakan dalam laman web syarikatnya?

Tidak kira bagaimana sombong dan bongkaknya Firaun
sekalipun, akhirnya beliau  kecundang juga melalui
perjuangan Nabi Allah Musa. Begitulah iktibar yang
perlu kita semua hayati di sini. Sekiranya Firaun
moden ini masih lagi tidak menyatakan kesalnya dan
masih lagi bongkak dan takabbur sehingga tergamak
menggunakan ulamak Islam yang dihormati kita untuk
menutup pekong di dada.

Yang salah tetaplah salah, manakala yang benar adalah
tetap benar. Kesalahan walaupun ditutup dan dilindungi
dengan apa cara sekalipun tetap akan terserlah dengan
bantuan Allah. Sekiranya kesalahan yang dilakukan
walaupun telah diperbaiki tetapi bukan kerana
keinsafan dan tawadduk bukanlah bermakna insan itu
bertaubat. Ia hanyalah sekadar maslahah semata-mata.
Beliau ternyata bukanlah DIZALIMI tetapi beliaulah
segala PUNCA KEZALIMAN.

Para pengguna sekelian, tindakan kita tetap tidak akan
berubah. Mari kita menetapkan pendirian bahawa High 5
MESTI TERUS DIBOIKOT. Tindakan ini dibuat adalah untuk
MENGAJAR, kerana pemiliknya masih GAGAL MEMPELAJARI
SESUATU YANG ASAS YAKNI RASA BERSALAH KERANA MENIPU.

Oleh itu, dengan rendah hati dan rasa insaf selaku
hamba Allah yang kerdil penulis memang merasa amat
sedih dan terkilan dengan tingkah laku syarikat
berkenaan yang memperbudak, memperlekeh dan
mempermainkan para pengguna di Negara ini. Jackson
telah lupa bahawa merekalah yang selama ini membeli
produk keluaran beliau. Pemilik syarikat ini bukan
sahaja tidak tahu berterima kasih kepada kita semua
sebaliknya menyalahkan orang lain terhadap kesalahan
yang dilakukan mereka sendiri.

Dengannya saya ingin merayu, meminta, mendesak hatta
mengisytiharkan jihad menentang kedegilan, kesombongan
dan rasa bongkak pemilik syarikat High 5 melalui USAHA
MENERUSKAN PEMBOIKATAN PRODUK MEREKA supaya diberi
pelajaran berguna kepada beliau dan lain-lain peniaga
yang sewaktu dengannya bahawa kita para pengguna tidak
akan bertolak ansur dengan sikap mereka itu.

SALAM PERJUANGAN DAN SALAM JIHAD KEPADA ANDA PARA
PENGGUNA BESTARI. MARI KITA GERAKKAN KUASA PENGGUNA KE
ARAH

”Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana”

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?extend.249



     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke