|
http://www.al-azim.com/~beringin/agama/doawanita.htm
Doa Wanita |
|
|
|
|
|
1. Doa
wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal
tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang salehah (baik)
itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang
siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takut akan
Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4.
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang
siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang
siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah
r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di
bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang
ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang
taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan
suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah ang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,
"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah S.A.W."Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang
lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia
kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T.
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18.
Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila
semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah
lebih baik daripada 70 orang lelaki Saleh.
21. Seorang wanita yang
jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
22. 2
rakaat shalat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu
kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang
melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan
suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan
dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada
malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan
seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah
akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu
pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita
melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2
tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa
syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan
puasa.
38. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan
mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia
dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
40. Jika suami
mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di
akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan
istiqamah.
Kekuatan Doa
Dalam kitab Fiqhus Sirah karya Syekh
Muhammad al-Ghazali, Imam Muslim meriwayatkan bahwa sewaktu Perang Badar,
Rasulullah SAW berdoa di dalam kemah. Rasulullah berdoa dengan penuh
khusyuk dan merendah diri seraya menengadahkan kedua telapak tangannya ke
langit memohon supaya diberi kekuatan untuk mengalahkan musuh.
Di
antara doa yang beliau ucapkan adalah: ''Ya Allah, kalau pasukan kaum
Muslimin ini sampai binasa, maka Engkau tidak akan disembah lagi oleh
manusia di muka bumi ini.'' Kemudian beliau memperkeras suaranya, ''Ya
Allah, tunaikanlah janji yang telah Engkau berikan kepadaku, ya Allah
pertolongan-Mu ya Allah!''
Beliau mengangkat kedua belah tangannya
sedemikian tinggi hingga burdahnya jatuh dari pundaknya tanpa disadarinya,
sehingga Abu Bakar menyampirkan kembali burdah itu di atas pundak beliau
seraya berkata dengan perasaan haru, ''Ya Rasulallah, kurangilah kesedihan
Anda dalam berdoa kepada Allah! Allah pasti akan memenuhi janji yang telah
diberikan kepada Anda!''
Di tengah begitu banyaknya musibah dan
bencana yang menerpa dan mendera bangsa Indonesia saat ini, baik itu
berupa krisis ekonomi, politik, hukum, dan moral, serta bencana alam
berupa banjir, kebakaran hutan, kemarau panjang, pertumpahan darah di
banyak wilayah negeri ini, serta musibah-musibah lainnya, kisah di atas
selayaknya dapat memberikan pelajaran kepada kita.
Doa itu senjata
dan kekuatan orang beriman (HR Al-Hakim dari Ali bin Abi Thalib). Ibnu
Qayyim mengatakan, ''Jika perisai doamu lebih kuat dari musibah maka ini
akan menolaknya, tetapi jika musibah lebih kuat dari perisai doamu, maka
ia akan menimpamu, namun doa itu sedikitnya tetap akan mengurangi efeknya.
Dan jika perisai doamu seimbang dengan kekuatan musibah, maka keduanya
akan bertarung.''
Tak ada gunanya waspada menghadapi takdir, namun
doa bermanfaat menghadapi takdir sebelum dan sesudah ia turun dan
sesungguhnya ketika musibah itu ditakdirkan turun dari langit maka ia akan
segera disambut oleh doa di bumi lalu keduanya bertarung sampai hari
kiamat (HR Ahmad, al-Hakim dan Thabarani).
Begitulah kekuatan doa,
ketika segala daya dan upaya telah kita lakukan untuk mengatasi berbagai
macam persoalan kehidupan, maka sudah selayaknya kita tetap berdoa kepada
Allah SWT. Ketika seorang sahabat Rasulullah selalu langsung meninggalkan
masjid setelah selesai shalat tanpa berdoa, Nabi pun menegurnya dengan
pertanyaan, ''Apakah kamu sama sekali tidak mempunyai kebutuhan kepada
Allah?'' Sahabat itu pun terperanjat dan mulai memahami arti doa, maka
setelah itu ia pun rajin berdoa kepada Allah. ''Bahkan,'' katanya di
kemudian hari, ''garam pun kuminta kepada Allah SWT.''
Nah, marilah
kita berdoa, sebagaimana yang diperintahkan di dalam firman-Nya, ''Dan
Tuhanmu berkata, 'berdoalah kepada-Ku niscaya akan Kupenuhi
permintaanmu'.'' (QS Al Ghafir ayat 60) |
|
Keistimewaan Wanita
19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis
- Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."
- Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
- Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan
Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
- Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.
- Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.
- Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
- Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
- Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu terlebih dahulu.
- Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
- Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana- mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.
- Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
- Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
- Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.
- Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).
- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
- Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
wallahu taa'la a'lam
__._,_.___
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
__,_._,___
Stay in the know. Pulse on the new Yahoo.com. Check it out.
|