Sila baca keluhan orang Melayu dibawah yang membeli
kereta keluaran orang Melayu. Harap ada pihak
(Persatuan Pengguna P.Pinang, Persatuan Pengguna
Islam, FOMCA, Biro Pengaduan Awam MCA/UMNO/PAS,  dll)
yang akan membela nasib orang Melayu ini, dan mungkin
ramai lagi orang Melayu yang senasib dengannya yang
menggunakan kereta Naza Sutera

Dari laman web www.tranungkite.net
http://www.tranungkite.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=1918

Laporan Kerosakan NAZA Sutera . Sunday, October 29
Kiriman HM

Untuk perhatian tuan, lain kali saya perlu berfikir
lebih daripada berjuta kali jika ingin membeli kereta
kereta keluaran NAZA kerana kualiti kenderaan yang
amat teruk dan tidak menjaminkan. Saya telah membeli
kereta NAZA Sutera 2 bulan lepas iaitu pada 1hb Ogos
2006 selepas menanti selama lebih kurang 4 bulan
dimana wakil jualan tuan gagal membekalnya dalam
tempuh yang telah dijanjikan oleh pihak Syarikat FS
Trading Sdn Bhd iaitu dalam tempuh 2 minggu sahaja.
Disini saya ingin menyatakan kekesalan yang amat
sangat terhadap kereta yang telah dibekalkan oleh
pihak tuan dan memohon supaya ianya dapat DIGANTIKAN
DENGAN KENDERAAN YANG BARU. Inilah keadaan kenderaan
yang telah dibekalkan kepada saya:- 

1.            Dari kualiti kereta tersebut adalah
jelas bahawa pihak tuan hanya mementingkan soal
keuntungan sehingga mengabaikan tentang kualiti
kenderaan tersebut. Kereta ini lansung tiada kualiti
dan saya melakukan kesilapan besar kerana hanya
memandang dari segi rupa sedangkan ia penuh dengan
masalah-masalah. 

2.            Dari segi pengamatan saya Jabatan
Kualiti Kilang Naza gagal melakukan kerja dengan baik
kerana sebahagian besar daripada peralatan didalam dan
diluar kenderaan ini tidak dipasang dengan betul dan
kemas. Ini termasuk bahagian-bahagian yang dibuat
dengan plastik dan besi tidak dilekat atau dipasang
dengan kemas dimana ada yang longgar. Seterusnya
terdapat bahagian-bahagian dan skru yang sudah
berkarat sedangkan kereta tersebut baru 2 bulan sahaja
dan boleh dilihat dengan sebelah mata. 

3.            Pada minggun pertama, semasa saya
memandu kereta balik daripada pejabat dan pada masa
itu hujan turun; Saya terpaksa memandu dalam keadaan
basah kerana air masuk melalui tingkap sebelah pemandu
dengan banyak. Disini saya amati getah yang digunakan
juga tidak berkualiti atau pun ia tidak dipasang
dengan betul. Saya telah menghantarnya ke pusat serbis
di Kuala Trengganu, setelah diperbetulkan ia masih
tidak sempurna kerana pintu tersebut telah tidak
selari dengan pintu-pintu yang lain. Jadi
keempat-empat pintu ini perlu diketuk semula untuk
menyamakannya. Ia masih tidak sempurna
kerana semasa hujan air masuk semula melalui pintu
belakang pula. Cubalah bayangkan kesusahan yang telah
saya hadapi hanya kerana Pintu-pintu ini. 

4.            Pada minggu ketiga ketiga balik daripada
Trengganu stering kereta ini telah berbunyi seperti
keldai seolah macam kenderaan yang berumur lebih
daripada 20 tahun. Bayangkan macamana kedaan kereta
ini setelah lebih dari 1 tahun. 

5.            Pada hari saya ambil kenderaan ini
system penghawa dinginnya tidak berfungsi dengan
betul; Angin sejuk hanya keluar daripada saluran bawah
sahaja walaupun saya telah mengubah suis untuk angin
itu keluar daripada atas. Keesokan harinya saya hanya
kenderaan ke Syarikat FS Trading Sdn Bhd dan ia telah
dibaiki dengan menyendal dengan sekeping span dan
masih tidak sempurna. Adakah begini caranya ia
dibaiki. Amat melucukan, Syarikat sebesar Naza tidak
tahu camana nak pasang penghawa dingin dengan betul.
Saya komplen tetapi jawapan amat tidak menyenangkan
kerana pihak FS Trading menyatakan bahawa ianya salah
panel pembekal dan jika saya hendak membaikinya dengan
sempurna, saya perlu menghantar kereta ini ke Shah
Alam dan ia akan memakan masa lebih daripada 2 hari
kerana keseluruhan "dash board" perlu dibuka. Disini
pihak Naza tidak membuat pemeriksaan dengan betul
kerana takanlah angin ini ini tidak betul pun tak
perasan sedangkan sebaik saya terima ia sudah rosak.
Janganlah nak menyalahkan orang lain sahaja. 

6.             Pada hari kedua saya ke Bengkel Naza,
iaitu bengkel Syarikat Mesra Harmoni Sdn Bhd, nama
ajer mesra, upah tarik kenderaan pun saya kena
tanggung, saya bersama-sama mekanik membuat
pemerhatian ketika kereta ini dibaiki; Malang sungguh
kerana tiada banyak yang mampu dilakukan kerana di
bengkel ini tiada alatganti yang perlu untuk membaiki
kereta Sutera, semua kena tunggu bekalan daripada
pihak Naza, kereta saya masih lagi disitu sehingga
hari ini 04hb Oktober 2006 sejak 15hb September.
Bayangkan "oil seal" pun, Naza ambik masa selama lebih
daripada 3 minggu. 

7.             Kerosakan seterusnya ialah mengenai pam
air untuk pembersih air (wiper) tidak berfungsi dengan
betul dimana sekejap kuat sekejap perlahan dan yang
paling menyedihkan baru sebulan "wiper" pun dah mula
tidak betul pergerakannya. Bila saya menggunakannya ia
bergerak dengan sempurna, tetapi bila saya tutup
suisnya, ia akan berhenti ditempat-tempat yang ia
suka. Sekejap ditengah-tengah cermin setelah dicuba
berkali-kalibaru ia berhenti di tempat yang
sepatutnya. Ini baru sebulan, kalau setahun mungkin ia
tak bergerak lagi. Ia amat menyusahkan untuk menunjuk
kepada mekanik kerana ia tidak stabil, di bengkel
nampak ok, bila balik ke rumah, masalah ini timbul
semula. Inikah kualiti kereta baru Naza??? Saya rasa
pihak Naza tidak ambil berat lansung soal kualiti
eksesori kenderaan ini. Macam tangkapmuat ajer. 

8.             Bonet belakang kenderaan ini juga tidak
dipasang dengan sempurna kerana bonetnya tidak boleh
dibuka dengan kunci.  Pergi baiki ok, balik rumah jadi
balik. Itulah kerja saya, kena ambik cuti dua hari
hanya kerana nak baiki bonet kereta. Bayangkanlah
kesusahan yang telah pihak Naza timbulkan kepada
pengguna. 

9.            Batang gear bergegar dan menari sebaik
sahaja enjin dihidupkan macam bas buruk yang
mengangkut penumpang dikawasan pendalaman yang berumur
lebih daripada 30 tahun dan pada masa yang sama kita
dapat rasakan seolah enjin ini nak jatuh. Saya telah
membeli 2 jenis kenderaan dan tak pernah alami keadaan
sebegini ketika ia baru dibeli. 

10.         Enjin ini akan mengeluarkan bunyi amat
bising yang ganjil setelah kelajuan melebihi
100km/jam, jadi sebaik saya ambil kenderaan ini saya
terpaksa membawanya dibawah 100km/jam. Bunyinya
seperti sebuah kapal terbang hendak memulakan
penerbangannya, semasa saya pandu, semua penumpang
jadi panik kerana ia macam hendak meletup. Saya
berjumpa beberapa pemilik kereta ini di bengkel dan
mereka menyatakan perkara yang sama dan ia bergantung
pada nasib, kerana adanya terima masalah ini setelah
ia bergerak lebih daripada 110km/jam. Tuan-tuan,
percayalah, ia mengeluarkan bunyi yang ganjil, saya
telah memandu lebih daripada 10 tahun dan kereta
kancil saya yang berumur lebih daripada 9 tahun pun
tidak mengeluarkan bunyi sebegini. Bila saya suarakan
apa-apa yang ganjil mengenai enjin ini, dengan mudah
dan selamba sahaja, mekanik menyatakan ianya kerana ia
tidak menggunakan "timing belt" dimana ia gunakan
"timing chain". Saya bukan mekanik, tapi jangan alasan
ini sahaja untuk selesaikan masalah ini, sedangkan
enjin ini sebenarnya tidak berfungsi dengan betul dan
akibatnya akan saya  Terangkan dibawah. Ini bermaksud
seolah-olah "timing chain" tidak meningkatkan mutu
enjin pada masa ini. Naza sepatutnya kena menyiasat
dengan teliti sebelum menggunakan teknologi baru. 

11.         Seterusnya kerosakan yang paling teruk
setelah simpton-simpton diatas, pada minggu keenam
dimana saya menggunakan kereta ini dan ia baru
bergerak lebihkurang 3,000km; Pada 15hb  September
2006 kereta ini gagal dihidupkan. Setelah sejam
mencuba, saya mengoyangkan kenderaan ini maka Enjin
boleh dihidupkan; Ia mengejutkan saya, dan saya
perhatikan asap putih keluar dengan banyak, pada mula
saya ingat enjin belum panas, tetapi
ia tak berhenti dan air mula keluar melalui ekzos
dengan banyak dan tak berhenti-henti. Saya matikan
enjin dan buka bonet hadapan, saya periksa minyak
hitam dan air/coolant, ia masih berada dalam keadaan
yang baik. 

Pada masa ini saya amat terkejut kerana enjin tidak
mati setelah saya cabut kunci dan ia amat
memeranjatkan saya; Naza telah mencipta kereta turbo
tanpa perlu meletakan enjin turbo. Dengan hati-hati
saya hidupkan semula kereta ini dan pandu dengan
perlahan ke pejabat seterusnya ke pejabat FS Trading
Sdn Bhd yang jauhnya lebih kurang 10km; Disana mekanik
telah memeriksa kenderaan dan apa yang mengejutkan
saya ialah suhu telah meningkat dengan mendadak dan
air telah kering. Apa yang menyedihkan saya, pihak FS
Trading pandang sebelah mata sahaja masalah saya ini 
dan saya terpaksa tunggu sehingga lebih daripada 2 jam
menunggu kereta tunda untuk menunda kenderaan ini ke
bengkel Syarikat Mesra Harmoni di Taman Melati. Saya
diberitahu bahwa saya tidak perlu membayar kos tunda,
malangnya sampai disana saya diminta membayar kos
tunda tersebut. Biasalah pengguna memang Selalu
malang. Setelah diperiksa, pihak bengkel belum
kenalpasti masalah dan minta saya dating keesokan
harinya. 

Pada keesokan hari saya diberitahu bahawa enjin ini
kena dibuka dan perlu "overhaul"  kerana enjin ini
telah dimasuki air. Jadi yang simpton-simpton sebelum
ini adalah kerana enjin ini tidak berfungsi dengan
betul dan pihak bengkel hanya membuat andaian tanpa
mengendahkan apa yang saya laporkan. Saya hairan
kenapa kereta baru sebulan ini telah mengalami masalah
sebegini teruk dan ini adalah masalah yang serius dan
ianya adalah kereta baru. Bayangkan apa akan terjadi
jika ia setelah dua tiga tahun nanti. Jadi pengguna
seperti saya yang akan merana kerana terpaksa
menanggung sengsara kerana terpaksa membayar pinjaman
selama 7 tahun. 

Saya amat kesal kerana mekanik disitu juga gagal
menjawab punca kerosakan tersebut dan tidak mengakui
ini masalah serius "MAJOR PROBLEM". Sekarang telah
masuk minggu keTIGA kereta itu di bengkel Syarikat
Mesra Harmoni, sebuah bengkel yang canggih dan gah
tetapi tiada bekalan alatganti dan tidak mahu
menanggung kos tunda tersebut sebanyak RM30.00 hanya
kerana  pihak Naza lambat membayar balik kepadanya 
iaitu lebih daripada 3 bulan. Biasalah pengguna kena
tanggung, saya pada mula tidak berkira soal ini tetapi
janganlah asyik Hendak menyalahkan orang. 

Bila saya tanya pihak bengkel dia menyalahkan pihak
Naza masih tidak membekalkan alatganti dan menyuruh
saya yang menghubungi pihak Naza dan saya terpaks
hubungi pihak Naza, tapi amat menyedihkan bahawa
sehingga kini tindakan semua pihak seolah-olah saya
ini tidak penting. Apa yang saya dapat simpulkan ialah
apa pun yang terjadi biar pengguna yang tanggung
bebanan janji syarikat buat untung selagi tiada nyawa
yang melayang, selagi kita hentam pengguna. 

Pada  30hb  September 2006 saya tanya kenapa kereta
ini tidak siap, pihak bengkel menjawab bengkel ini
sedang menjalankan kempen serbis kereta Naza sempena
bulan perayaan dan kerana kereta saya mengalami
masalah kronik maka ia tidak berkesempatan untuk
dibaiki dan ia juga disebabkan kerana  setelah 2
minggu berlalu baru "cylinder head" dibekal oleh Naza
dan ia tidak cukup kerana "oil seal" masih lagi tidak
dibekalkan. Satu-satu alatganti kena tunggu dan tunggu
untuk dibekalkan sehingga saya menawarkan diri untuk
mengambil sendiri alatganti tersebut. Tuan kena faham
saya beli kereta untuk menyenangkan hidup saya bukan
membebankan saya. Kempen itu juga lebih penting jika
dibandingkan dengan kesusahan yang ditanggung oleh
saya, mereka yang datang untuk serbis kereta tiada
masalah ketiadaan kenderaan sedangkan saya terpaksa
menanggung berbagai masalah kerana tiada kereta.
Sepatutnya mereka perlu faham masalah saya ini kerana
ia memberi kesan kepada imej Naza sendiri. 

Disini saya membuat aduan kepada pihak Naza  dan
menerangkan bagaimana keadaan kereta yang telah
dibekalkan kepada saya dan memohon supaya sebuah enjin
yang baru kerana saya sudah tidak beryakinan dengan
enjin kereta ini. Ini adalah kerana mekanik disitu tak
dapat mengenalpasti punca masalahnya dan sepatutnya
pihak Naza wajib membekal kenderaan yang berada
didalam keadaan baik. Malangnya permintaan saya tidak
dilayan dan macam tiada masalah langsung yang wujud
dihati pihak Naza. Pusat Khidmat Pelanggan menyatakan
bahawa Naza tidak akan menggantikan dengan kenderaan
yang baru dan ia hanya akan membaiki sahaja. Bayangkan
atau fahamilah ini masalah enjin, kereta baru
sepatutnya tidak timbul masalah seteruk ini. Jika ia
amat sedikit adalah lebih baik enjin atau kereta ini
digantikan dengan yang baru. 

Disini barulah saya faham saya kena terima apa pun
keadaan setelah saya beli kereta itu, seolah-seolah
jika Naza bekal saya besi buruk pun saya kena terima
samada saya suka atau tidak. Terima kasih kerana telah
berjaya menyusahkan hidup saya. Sudahlah begitu saya
dibuat macam bola ping pong dipukul kekiri dan kekanan
dan asyik menyalah antara satu sama lain  sehingga
kita keliru dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi. 

Jadi akhirnya pengguna yang terpaksa menanggung segala
masalah, kesusahan samada dari segi masa,duit dan
keperitan tidak hanya pada masa ketiadaan kenderaan
untuk meneruskan kehidupan harian dan kemungkinan
kerugian ini akan berlarutan bertahun-tahun. 

Disini saya tertanya-tanya apa hak pengguna seperti
saya bila keadaan ini terjadi; jika hanya dibaiki saya
rasa ia tak memuaskan dan kelebihan serta keuntungan
hanya sentiasa ada dipihak syarikat dan pengguna perlu
jadi mangsa. 

12.         Setelah seminggu kereta di bengkel, saya
pergi menjenguk dan tambah menyedihkan apabila melihat
keadaan kereta baru tapi dah macam kereta buruk
kebanyakan bahagian dan skru sudah mula berkarat.
Paling menyedihkan semasa saya tiba di bengkel dengan
sinis saya di perli kenapa datang cepat sangat
sedangkan kereta ini tak tentu bila boleh siap, tiada
rasa sempati langsung. Macam inikah sikap panel
bengkel yang dilantik oleh Naza???? Dan ada suara
sumbang mengatakan bengkel tempat saya membuat serbis
pertama iaitu di Kuala Trengganu tidak membuat kerja
dengan betul. Lagi  sekali asyik hendak menyalahkan
pihak lain. 

Saya pergi kesana hendak melihat dan mendapatkan
jawapan kenapa kereta baru yang begitu megah di
televisyen itu boleh rosak sebegitu teruk tetapi ini
jawapan yang saya dapat sedangkan saya beli kenderaan
tersebut dengan harga lebih daripada RM38,000.00 dan
bukannya RM3 sahaja. Seterusnya saya lihat skru besar
yang memegang tayar telah berkarat dan disk brek juga
berkarat dan ia amat mengejutkan saya keran baru 2
bulan sudah sebegini, tiada "antirust" ke?? Malah
banyak lagi skru-skru daripada depan hinggalah
kebelakang  juga berkarat termasuk beberapa bahagian
yang dibuat daripada besi lain juga mula berkarat. Apa
pihak Naza tak uji atau kaji bahan-bahan yang akan
digunakan untuk membuat kenderaan ini. Janganlah hanya
 keuntungan besar hendak dicari dan pengguna dijadikan
bahan uji untuk mengurangkan kos. Saya nampak kereta
ini hijau dan tidak lama lagi akan jadi warna karat. 

14.                Seterusnya masalah kunyi "remote"
pada kali pertama guna untuk hari itu ia sempurna dan
setelah kita bergerak lebih dari 50km dan berhenti;
kunci "remote" tidak berfungsi lagi dan tidak
mengeluarkan sebarang bunyi lagi. Tunggu sejuk dulu
baru ia berbunyi, hairan ini pun boleh jadi masalah.
Ini pun jadi masalah, ini baru sebulan entah apa lagi
akan saya tanggung selepas ini, nampak saya membeli
masalah berharga RM38,000 bukannya kereta baru. Sedar
dan fahamilah masalah saya. 

NAZA telah membuat kesalahan besar dan bodoh kerana
memberi gambaran buruk kepada pelanggannya. Jikalau
tuan hendak tahu bahwa dengan laporan ini mungkin
telah mengubah cadangan kawan-kawan saya untuk membeli
kereta keluaran tuan dan banyak yang telah menempah
semula kereta MyVi keluaran Perodua yang memberi
keuntungan kepada kedua belah pihak. 

Jika saya ada kamera, pasti akan saya rakamkan
masalah-masalah lain yang kecil dimana tak sepatutnya
ada pada kereta baru ini dan ada bahagian-bahagian
saya terpaksa perbetulkan sendiri dan malas nak
komplen lagi kerana sudah tidak mampu. Contohnya
penutup talipinggang keledar boleh tercabut dengan
tiba-tiba. Jadi saya pegi kedai beli gam dan lekatkan
semula. Itu pun tak reti nak pasang, boleh gila
dibuatnya. Nampak canggih tetapi penuh dengan masalah,
macam dibuat dengan kaki. 

Kesimpulan????? Jika ada anugerah untuk kereta
keluaran terburuk dan tanpa kualiti pada tahun
tersebut; Saya yakin dan pasti kereta ini akan
memenangi anugerah tanpa sebarang bantahan daripada
mana-mana pihak. Disini jika kereta ini tidak
diperbetulkan saya akan membuat promosi keseluruh
tempat untuk membuktikan bahwa kereta ini amat buruk
kualitinya. 

Percayalah saya bukan dari Proton atau Perodua tetapi
dua kenderaan keluaran syarikatnya telah saya guna dan
tiada masalah seteruk ini terjadi pada saya, contohnya
saya telah guna kereta kancil lebih daripada 8 tahun
dengan tidak memberi saya masalah sebegini. 

SYARIKAT NAZA BUAT KERETA INI DAN SETERUSNYA
MENJADIKAN PEMBELINYA SEBAGAI BAHAN UJIKAJI ATAU R&D
UNTUK KENDERAAN INI SUPAYA KOS DAPAT DITANGGUNG OLEH
PEMBELI DAN BUKAN DITANGGUNG OLEH NAZA DAN BESAR
KEMUNGKINAN IA AKAN BERTERUSAN SEBAIK MODEL BARU
DIPERKENALKAN SELAGI TIADA NYAWA YANG MELAYANG ATAU
CEDERA. 

Sepatutnya pada peringkat awal kereta saya ini rosak
teruk begini, pihak NAZA patut mengambil tindakan yang
PROAKTIF dengan menggantikan dengan yang baru maka
kita nampak dengan jelas bahwa ia bertanggungjawab
sepenuhnya dengan apa yang dia bekalkan kepada
pengguna; malangnya mereka tak mengendahkan tuntutan
saya malah dengan sombong dan bongkaknya wakil
daripada "Naza Customer Service" mengatakan bahawa
Naza tidak sekali-kali akan gantikan kereta saya
dengan yang baru. Naza akan baiki bila rosak, baiki
,rosak lagi, baiki, sehinggalah tamat tempuh gerenti
dan masa inilah ditunggu-tunggu kerana ia akan bekal
alatganti dan upah baiki yang mungkin terlalu mahal
untuk mengambil kembali kos-kos pembaikan yang
diberi dengan percuma dahulu. Bayangkanlah minyak
enjin kereta Sutera ini sahaja mahal jika disbanding
dengan kereta keluaran Proton dan Perodua. Ini baru
minyak enjin, itu belum alatganti lain, sudahlah sukar
untuk dibekalkan sekarang ini dan saya hairan dimana
punyanya perkara ini terjadi. 

BOLEH TUAN-TUAN BAYANGKAN, KERETA BARU SEBULAN
SETENGAH KENA ANGKAT ENJIN, KENA OVERHAUL DAN INI
DIKATAKAN PERKARA KECIL DAN BIASA. Ini masalah serius
"MAJOR PROBLEM" bukannya "MINOR". 

Apa yang boleh dibuat oleh orang kerdil dan miskin
sepeti saya. Saya terpaksa berusaha selama 9 tahun
untuk menukar kereta baru dengan harapan kereta ini
dapat memberi kemudahan kepada kehidupan saya. Bukan
besar harapan saya terhadap kereta ini kerana saya
beli kereta ini dengan harapan ia lebih baik atau sama
dengan mutu kereta kancil yang telah saya milik dahulu
tapi malangnya tak sampai dua bulan; Saya terpaksa
menanggung segala masalah ini dan saya tidak yakin
lagi dengan keselamatan kenderaan ini. 

Disini jika apa yang saya harapkan daripada Naza tidak
diendahkan saya hanya mampu berdoa pada tuhan moga
kereta yang saya beli dengan tulang
> empat kerat saya ini akan berada dalam keadaan baik
da mohon tuhan sentiasa lindungi saya dan keluarga
saya supaya selamat semasa menggunakan kereta tuan ini
walaupun mulai dari saat ini saya pasti akan
menanggung kerugian dari masa kesemasa. 

Akhir sekali, semuga Syarikat Naza dan Tan Sri
Nasimuddin akan terus cemerlang dan kaya raya pada
hari-hari berikutnya dengan menjalankan aktiviti
pembuatan kereta seterusnya mengeluarkan lagi
masalah-masalah kepada pembeli kereta buatan Naza.
Ketahuilah inilah kali pertama dan terakhir saya akan
membeli kereta atau apa-apa kenderan keluaran pihak
tuan dan cukuplah derita ditanggung oleh saya yang
miskin dan bodoh ini. Syarikat Naza kena faham bahawa
pembeli kereta murah ini hanya dibeli oleh golongan
bawahan dimana kebanyakannya adalah bangsa bumiputra. 

Kepada Badan Kerajaan, NGO, Pihak Akbar dan mana-mana
yang terlibat secara langsung atau tidak; Tolong
tenguk-tengukan atau siasat perkara ini dan saya yakin
ia bukan ia sudah lama berlaku dan jika tiada jalan
penyelesaian dibuat, saya tidak terkejut kenapa
industri otomobil di Malaysia terus suram seperti kata
perpatah Melayu lama "RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI". 

** TUAN-TUAN; SEMUA KOMEN INI HANYA DI FOKUSKAN KEPADA
KERETA NAZA SUTERA MILIK SAYA SAHAJA DAN IA MUNGKIN
TERJADI KEPADA PEMILIK-PEMILIK KERETA YANG LAIN DAN
MUNGKIN TERDAPAT LAGI MASALAH LAIN YANG TELAH MENIMPA
MEREKA. INI SAYA MAMPU SIMPULKAN DARI PEMERHATIAN SAYA
SEMASA SAYA BERKAMPUNG DI BENGKEL NAZA KIA DI KUALA
TRENGGANU DAN  (Mesra Harmoni Sdn Bhd, Lot 7G & 9G,
Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, Setapak,
53100, Kuala Lumpur) Tel:603-41070828. PERGI TENGUK
SENDIRI JIKA TIDAK PERCAYA DENGAN KATA-KATA SAYA
DIATAS. SATU NAZA SUTERA PASTI ADA LEBIH DARIPADA 10
MASALAH BODOH.  
 


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   





 
____________________________________________________________________________________
Get your email and see which of your friends are online - Right on the New 
Yahoo.com 
(http://www.yahoo.com/preview) 



///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke