Perang Besar Di Selangor 
http://cuitsikit.blogspot.com/2006/11/perang-besar-di-selangor.html


Isu Datuk Zakaria Md Deros sudah menjadi
kebudak-budakkan. Bermula dari permusuhan Vincent Tan
dengan Khir Toyo akibat isu bantahan kerajaan negeri
Selangor atas pemindahan Kelab Lumba Kuda milik
Vincent ke Hulu Selangor dan juga pembinaan pusat
pelupusan sampah bukit tagar sebelum ini.

Vincent Tan menggunakan The Sun untuk menyerang
habis-habisan pentadbiran Khir Toyo. Ini termasuklah
isu Datuk Zakaria Md Deros. Jika dilihat The Sun tidak
berminat untuk mengenakan Datuk Zakaria. Mereka
"mahukan" Khir Toyo. Sebab itu apa pun keputusan Khir
dalam isu ini akan dipusing.

Bila rujuk kepada UMNO dan Sultan, mereka anggap KT
tiada kuasa, lemah. Bila beri deadline supaya Zakaria
berhenti mereka kata Datuk Zakaria bukan ahli majlis
selagi belum angkat sumpah (walaupun surat perlantikan
telah dikeluarkan) justeru Khir tidak boleh arahkan
datuk Zakaria letak jawatan.

Menariknya isu membabitkan Datuk Zakaria ialah
memperlihatkan bagaimana menantu "membunuh" orang kuat
Bapa mertua. Datuk Zakaria diketahui merupakan
penyokong kuat dan sahabat baik Perdana Menteri tetapi
enggan berkompromi dengan menantu PM.

Dengan mengenakan Datuk Zakaria, KJ sudah mula
merancang untuk menonjolkan Faisal Abdullah sebagai
pemimpin muda di Selangor terutama dalam Majlis
Perbandaran Klang. Manakala Mazlynoor melihat inilah
peluang untuk mengambil alih tempat Datuk Zack.
Mazlynoor tidak peduli jika terpaksa tunduk kepada
Faisal dan KJ.

Malangnya, Datuk Zakaria (Datuk Zack - namun popular
beliau) tidak sebodoh yang disangka. Sungguhpun hanya
bekas penjaga pintu laluan keretapi namun sepak
terajang politik sudah dihidu. Sungguhpun pada mulanya
beliau beranggapan ini kerja Khir untuk
menjatuhkannya, namun beliau kemudiannya menyedari
gerakan Faisal bersama KJ.

Justeru Datuk Zack melalui seorang pegawai MPK
membocorkan rahsia kepada media bahawa Faisal dan
Datuk Mazlynoor juga mempunyai masalah yang serupa.

Episod ini berlarutan membabitkan Faisal Abdullah,
Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor dan sahabat baik
Khairy Jamaluddin. Menurut cakap-cakap politik di
Selangor, Faisal baru-baru ini menerima dua kontrak
besar melalui arahan "Putrajaya."

Apabila Khir Toyo mengarahkan Faisal melepaskan
jawatan ahli Majlis Perbandaran Klang. Faisal tiada
pilihan dan menyedari Datuk Onn Ismail (mentuanya)
tidak mungkin merestui jika beliau menentang arahan
Khir ini.

KJ merasakan Khir Toyo tidak menghormati beliau.
Ketika seluruh orang politik Selangor mengetahui
bahawa faisal adalah orang kanan KJ di Selangor, Khir
langsung tidak berbincang dengan beliau untuk
mengambil tindakan ke atas Faisal.

Mungkin pada fikiran KJ, jika Khir boleh jumpa Pak Lah
dalam isu Datuk Zakaria mengapa Khir tidak boleh jumpa
beliau dalam isu Faisal?

Khir mengetahui bahawa Faisal lebih setia kepada KJ
berbanding kepada beliau sungguhpun Faisal sebelum ini
dilihat sentiasa bersama beliau.

Petang semalam juga, Kamal Khalid mengarahkan Utusan
"menyerang" Khir. Oleh kerana tiada isu atau modal,
Utusan menyiarkan dua cerita untuk menyerang Khir.

Berita pertama hanya memainkan balik isu yang
dimainkan oleh The Sun sebelum ini di bawah tajuk
"Zakaria Bukan ahli Majlis, tidak perlu letak
jawatan."

Melucukan, berita Utusan ini bukan sahaja menggunakan
isu blog dan the sun yang muncul sejak minggu lalu,
malah menyerang balas laporan sebuah laman web milik
penyokong UMNO Selangor yang mengulas dakwaan the sun
dan jeffooi.com mengenai isu ini.

Oleh kerana tiada isu juga Utusan terpaksa menciplak
surat pembaca yang diterbitkan oleh Mstar pada 4
Oktober lalu dan diterbitkan semula hari ini oleh
akhbar tersebut. (AMLG mendapati laman web MB Selangor
menjawab dakwaan ini hari ini juga).

Mampukan Khir Toyo survive lagi kali ini?


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   





 
____________________________________________________________________________________
Want to start your own business? Learn how on Yahoo! Small Business 
(http://smallbusiness.yahoo.com) 



///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke