Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
Dengan nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang
 
[3.130] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.
 
[3.131] Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir.
 
[3.132] Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.
 
[3.133] Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
 
[3.134] Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
 
[3.135] Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
 
[3.136] Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
 
[3.137] Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).
 
[3.138] (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
 
SodaqAllahul'Adzim
 
----- Original Message -----
 
Assalamualaikum wrt

Terima kasih diucapkan kepada moderator yang telah meluluskan email ini untuk dipaparkan.

Maghrib tadi saya didatangi oleh jiran setaman - 100 m dari rumah kami. Mereka berasal dari Madagascar dan beragama Islam. Mula kenal dengan mereka semenjak Ramadhan tahun lepas - tatkala berbuka sekali di surau. Perhubungan keluarga beliau dan kami bertambah erat apabila kami saling kunjung mengunjungi.

Ramadhan tahun ini - kami agak kehairanan kerana tidak datang ke surau untuk berbuka - rupa-rupanya mereka sekeluarga telah ditimpa musibah. Perniagaan suaminya agak kurang setabil. Sudah jatuh ditimpa tangga. MPV mereka yang dipinjam rakan telah ditarik balik oleh kedai kerana tidak dapat bayar ansuran selama 3 bulan.

Guarentornya - seorang berbangsa melayu adalah rakan niaga beliau. Atas alasan tidak mahu namanya di black list, rakannya itu telah meminjam RM7,000 dari seorang melayu lain dan MPVnya telah diambil sebagai cagaran. Malangnya sipeminjam ini meminta bayaran balik RM10,000 dalam masa tiga bulan. Kini duit RM10,000 tersebut terpaksa dilangsaikan secepat mungkin. Buku log MPV ada di tangan jiran saya itu.

"Keadaan kami agak meruncing. Asalnya hutang bank RM3,000 - tapi kini kena bayar RM10,000.00 Business agak susah sekarang ni. Niat saya ialah langsaikan hutang RM10,000 itu (dengan melayu tadi), dapatkan balik MPV saya itu dan jual dan kemudian melunaskan balik RM10,000 kepada siapa yang sanggup pinjamkan kepadanya. Dia tanya ada ke persatuan Islam yang boleh membantunya."

"Saya kata - saya akan cuba Insya Allah." Walaupun saya sendiri dalam kesempitan - namun saya yakin, pahala membantu rakan itu besar ganjarannya dari ALlah swt dan yakin Allah akan menolong kami.

Bagi memastikan tidak berlaku apa-apa penyelewengan - duit RM10,000 akan saya serahkan secara peribadi kepada sipeminjam itu (yang tinggal di Bandar Baru Uda) dan akan pastikan MPV itu didapatkan balik. Saya kemudian berniat nak "basuh" sipeminjam itu kerana mengamalkan RIBA yang diharamkan oleh Allah swt setelah perkara ini settle.

Sesiapa yang berkemampuan dan sanggup membantu harap hubungi saya di talian 019-727-3945.

Untuk pengetahuan pembaca - sahabat kita yang dalam kesempitan ini - adalah seorang yang dermawan. Pernah mengeluarkan RM5,000 untuk membantu hamba Allah yang lain ketika dia ada duit. Niatnya nak pulangkan balik RM10,000 kepada sesiapa yang sanggup meminjamkan kepadanya dengan menjual MPVnya nanti.

Moga Allah berkati usaha kerdil kita ini

Wassalam

Dr Hishamuddin ALham

019-727-3945
_,_._,___
__._,_.___

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___


Get your email and see which of your friends are online - Right on the new Yahoo.com

Kirim email ke