SEMAKIN KURANG AJAR EDITOR KUMPULAN NST DAN MALAY MAIL INI. TIDAK HORMAT LANGSUNG ORANG ISLAM DI MALAYSIA INI.
JOM SEMUA INDIVIDU DAN JABATAN KERAJAAN PAKAT BOIKOT DAN BAKAR NST DAN MALAY MAIL. PELAJAR MELAYU TAK JADI BODOH BAHASA INGGERIS KALAU TAK BACA NST DI SEKOLAH. DAHLAH ISU KARTUN DENMARK HINA NABI MUHAMMAD SAW, NST NAK TAK NAK MINTA MAAF. ****************************************************** Laporan seks akhbar Malay Mail hangatkan konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_b99d959f-3132372e-10a4a320-25e36a30 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkannya sebagai lucah semasa sidang media selepas berakhir Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra petang Ahad. Sebelum itu dalam ucapannya semasa menutup konvensyen itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau menerima banyak panggilan dari kalangan mereka yang tidak puas hati dan menyifatkannya melampaui batas. UMNO Wilayah Persekutuan sendiri memasukan bab itu dalam salah satu resolusi konvensyen berkenaan. Ini berkaitan laporan terperinci akhbar Malay Mail 4 November dan Weekend Mail 5 November mengenai perbincangan tentang amalan seks di kalangan rakyat Malaysia di bawah tajuk Lets Talk About Sex. Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan 2006, Datuk Kamarudin Ambok yang membaca semua resolusi konvensyen berkenaan berkata, penyiaran artikel seumpama itu boleh menyumbang kepada peningkatan rangsangan seks dan gejala sosial di kalangan remaja. Najib telah mengulas panjang penyiaran laporan akhbar terbitan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu. Ada macam-macam cerita dalam itu orang tak tahu pun jadi tahu.Misalnya ada ada posisi ini, posisi itu tapi cerita itu ada dalam akhbar itu.Ini bukan posisi dari segi main bola. Ini bukan the Middle East position tidak Ini posisi tertentu yang dihuraikan secara agak terperinci. Takkan kalau hendak mencari keuntungan sekalipun takkanlah mengorbankan kepentingan orang ramai semata-mata nak cari keuntungan,.katanya. Beliau menasihatkan media agar tidak mengeksploitasi unsur seks secara keterlaluan kerana ia akan menambah masalah dan penyakit sosial di kalangan masyarakat. Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas usul UMNO Wilayah Persekutuan yang dalam konvensyennya menggesa media supaya menghormati etika dengan tidak menyiarkan berita-berita seks secara keterlaluan. Majlis penutup konvensyen sehari itu dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Zin Mohamad dan Datuk Paduka Norza Zakaria,Ketua Puteri UMNO Datuk Noraini Ahmad,Penasihat Agama Perdana Menteri Datuk Abdul Hamid Othman serta para pemimpin UMNO Wilayah Persekutuan. Semasa sidang akhbar Zulhasnan selepas konvensyen itu,Shahizat yang hadir sama juga memberitahu beliau turut menerima banyak SMS dan panggilan dari orangramai yang marah dengan laporan akhbar itu. Katanya apa yang dikesalkan laporan itu dibuat oleh sebuah akhbar arus perdana. Malah katanya, ini bukan kali pertama akhbar tersebut menyiarkan isu sensasi mengenai seks. "Saya rasa amat malu dengan mereka. Apa yang mereka lakukan jelas merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak beradab. Saya harap mereka berhenti berbuat demikian kerana ia akan menjadi satu daripada punca masalah sosial. Kami menerima banyak aduan berkaitan eksploitasi wanita oleh akhbar itu tetapi edisi semalam (Sabtu) semakin melampau dan ia perlu dihentikan serta-merta, katanya. Menurut Shahrizat isu sensitif seperti itu tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka kerana ia bertentangan dengan adab tempatan. Resolusi konvensyen itu mengenainya berbunyi : Konvensyen mendesak sekerasnya agar media menjaga tatasusila peradaban,adat dan sensitiviti agama Islam sebagai agama rasmi negara. Isu-isu atau gambar-gambar yang boleh memburukan kemuliaan agama Islam sebagai agama rasmi negara bercanggah dengan ketetapan prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan yang dilancarkan pada tahun 1970 dihentikan penyiarannya. Konvensyen secara spesifik ingin merujuk kepada penyiaran isu sensasi seks di akhbar perdana Weekend Mail 4 November 2006 telah memaparkan isu seks bebas secara terbuka. Jesteru itu konvensyen ini mendesak supaya dihentijan secara serta merta penyiaran artikel seks murah dan eksploitasi wanita sebagai alat seks dalam usaha melariskan jualan sesebuah akhbar itu kerana ia boleh menyumbang kepada peningkatan ransangan seks dan gejala sosial di kalangan remaja. Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com ____________________________________________________________________________________ We have the perfect Group for you. Check out the handy changes to Yahoo! Groups (http://groups.yahoo.com) ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

