`FATWA HAJI, UMRAH & ZIARAH' PANDUAN KEPADA BAKAL HAJI Harga : RM 18.00 Halaman :400 ISBN : 967-860-262-8 http://alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/promo%20buku% 20agama/default2.htm
SETELAH umat Islam meraikan Syawal setelah sebulan berpuasa, kita makin hampir pada musim haji yang akan tiba sebulan lagi. Untuk menyempurnakan haji anda atau ingin menghadiahkan sesuatu kepada bakal haji, kami mengesyorkan anda untuk mendapatkan buku betajuk `Fatwa Haji, Umrah & Ziarah'. Ibadah haji adalah rukun Islam kelima dan wajib ditunaikan oleh mereka yang telah cukup syarat-syaratnya. Dalam menjalani ibadah haji, pastinya umat Islam menghadapi kesukaran dan kemusykilan sama ada ketika berniat, tawaf, sai, bermalam di Mina dan Muzdalifah, melontar tiga jamrah, bertahalul, bercukur dan menggunting, berziarah dan sebagainya. Tanpa ilmu yang mantap, mereka mungkin melakukan pelbagai kesalahan dan akhirnya gagal mendapat Haji Mabrur. Sebelum tibanya waktu keberangkatan para bakal haji ke Kota Mekah, jadikan buku ini sebagai panduan, Buku ini merupakan himpunan soalan dan jawapan serta kemusykilan yang dihadapi sepanjang tempoh mengerjakan ibadah haji. Setiap penerangan disertai dalil daripada al-Quran, hadis, kata-kata sahabat, tabiin, tabi' tabiin serta para ulama yang termasyhur di kalangan umat Islam. Mudah-mudahan setelah tamat membaca buku ini, semua jemaah akan dapat menunaikan haji dengan penuh yakin dan memperolehi Haji Mabrur yang dijanjikan Syurga oleh ALLAH S.W.T. BUKU agama FATWA HAJI yang diselenggarakan Sakinah Ariff Johor boleh diperoleh di kedai-kedai buku sekarang. Buku ini merupakan soal jawab segala kemusykilan di Tanah Suci. Segala jawapan adalah berdasarkan fatwa Muhammad bin Soleh al Munajjid, Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin' dan Abdul Aziz bin Baz. Jadi, kepada bakal-bakal ke Tanah Suci, eloklah mendapatkan buku ini. Selamat Membaca! ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

