Assalamualaikum,

Beberapa hari sudah saya ada menyiarkan kisah seorang
makcik di Bahau , N.Sembilan yang dalam kesempitan
hidup, berpisah dengan suami, tidak diberi nafkah,
menyara hidup berniaga makanan, terpaksa meminjam dari
“Along” untuk meneruskan perniagaan, menyara
anak-anak, sewa rumah dan sewa gerai banyak
tertunggak.

Semalam makcik tersebut Pn Zainah mengirim SMS
mengucapkan terimakasih kepada mereka yang telah
menghulurkan bantuan, ada yang secara langsung
berjumpa dengan beliau. Beliau amat terharu , kerana
tiada saudara mara yang mahu menolong, hanya mahu
menyalahkan diri beliau.

Alhamdulillah, semua pertolongan tersebut adalah
dengan izin Allah. Dibukakan pintu hati komuniti siber
ini untuk membantu beliau.

Sebenarnya masih ramai lagi diluar sana yang
memerlukan bantuan. Mungkin mereka saudara mara kita,
mungkin mereka ini jiran kita, mungkin mereka ini
orang kampung kita.

Kalau nak menharapkan Pusat Zakat dan Pegawai
Kebajikan Masyarakat mereka ini adakalanya terlalu
banyak kerja. Ada antaranya hanya seorang pegawai
zakat atau pegawai kebajikan masyarakat untuk memantau
satu kawasan parlimen yang menjangkau puluhan atau
ratusan ribu orang.

Tanggungjawab membantu mereka yang memerlukan bantuan
adalah tanggungjawab semua. Kalau kita tak mampu
hendak membantu, kita sampaikanlah kepada mereka yang
mampu, Baitul Mal, Kebajikan Masyarakat, dermawan,
Jawatankuasa Masjid dan Surau. Ada sesetengah masjid
mempunyai simpanan tabung mencecah beratus ribu
ringgit dan jutaan ringgit, mengapa tidak tabungan
beratus ribu ringgit ini digunakan untuk membantu
peniaga kecil, bantuan pembayaran yuran pelajar dan
siswazah.

Sekiranya semua pihak memainkan peranan, insyaAllah,
akan turun keberkatan, masyarakat aman dan harmoni,
terhindar segala penyakit sosial dan masyarakat.

Sekiranya kita tidak mampu langsung untuk membantu
atau kenal sesiapa untuk membantu, setidak-tidaknya
kita berdoa , bermunajjat kepada Allah swt agar mereka
yang memerlukan bantuan tadi dipermudahkan dari beban
tanggungan mereka dan mereka diberi taufik dan
hidayah.

Wassalam.


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com





 
____________________________________________________________________________________
Sponsored Link

Mortgage rates near 39yr lows. 
$310k for $999/mo. Calculate new payment! 
www.LowerMyBills.com/lre


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke