----- Original Message ----- 
From: Ummu Waheedah 
 
Petikan:-
 
Daripada Umm Athiyah ra : “ Rasulullah memerintahkan kami (para muslimah) 
supaya kami keluar pada hari Aidhil Fitri dan Adha yang hamba mahupun yang haid 
dan kanak-kanak serta orang tua maka yang didatangi haidh tidaklah bersolat 
sebaliknya mendengar khutbah dan mendoakan para muslimin maka aku berkata 
kepada baginda : wahai rasulullah dikalangan kami ada yang tidak mempunyai 
jilbabnya maka baginda bersabda : “ Maka pakaikanlah jilbab kepadanya oleh 
saudara perempuannya dari jilbab mereka” (Hadith sahih riwayat Bukhari no. 971 
dan Muslim no. 890).

Demikianlah kesungguhan baginda ingin menegakkan sunnah supaya disuruh juga 
sekalipun yang tidak memiliki jilbab supaya dipinjamkan atau diberikan jilbab 
oleh saudara-saudaranya yang lain supaya wanita itu dapat keluar menyaksikan 
hari raya dan menikmati ganjaran pahala dan mendengar nasihat khutbah dan 
beraya bersama akum muslimin.

Adapun umat Islam Malaysia pula sangat malang sudahlah kaum wanita jahiliyah 
ini tidak keluar pada waktu menunaikan solat dan sebaliknya duduk di rumah 
sahaja menonton televisyen sehingga setelah selesai solat dan selesai khutbah 
barulah mereka (kaum wanita Malaysia) akan keluar berhias-hias “tabarruj” 
cantik-cantik memamerkan kebesaran gunung-ganang dan gunung daik bercabang dua 
disertai kewangian pewangi mahal dan bermacam lagi solekan ahli neraka yang 
diharamkan kepada para wanita muslimah.


“Dan hendaklah kalian (para wanita) tetap di rumah kalian dan janganlah kalian 
berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah.” ( Al-Ahzab: 33).

Sesungguhnya secara umum selain dari waktu yang diperintahkan dan disyariatkan 
mereka sewajarnya tidak berhias dan berada di rumah namun demikianlah terbalik 
masyarakat Islam apabila diperintahkan supaya keluar maka wanitanya tetap 
dirumah namun apabila dilarang keluar maka mereka beraksi rancak tidak sabar 
mempamerkan kecantikkan baju raya mereka ke khalayak ramai.

“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan 
pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan 
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (An-Nur: 31)

Malangnya wanita Islam sudah lama terselam dengan arus nikmat lautan jahiliyah 
dan mereka berhibur libur dengan suasana jahiliyyah baik para wanita bertudung 
labuh berjubah hitam gelap atau coklat dengan laungan takbirnya dan juga wanita 
berseluar jens ketat menampak bonjol segitiga ditengah-tengah seluarnya 
semuanya sama sahaja mengarut.

Demikianlah sungguh karut raya di Malaysia, karut sungguh Negara kita dalam 
arus Islam hadhari yang meninggalkan badwi tetapi lupa pada Islam namun masih 
lupa diri dan identiti muslim yang diwariskan kepada kita oleh para salaf soleh.
 
Baca seterusnya disini:-
 
http://ustaz.blogspot.com/2006_10_22_ustaz_archive.html




 
---------------------------------
Sponsored Link

Mortgage rates near 39yr lows. $310,000 Mortgage for $999/mo -  Calculate new 
house payment

Kirim email ke