Wakalah ... 8:46 malam, 2 Disember 2006 Salam tuan, Alhamdulillah Wassolatu wassalam ala rasulillah Amma Badu Semoga tuan sihat di samping menunaikan amanah rakyat seharian dengan penuh tekun dan sabar menghadapi karenah rakyat hendaknya. Saya menulis begini kerana ingin menyampaikan pandangan kepada tuan. Sama ada tuan setuju atau tidak, itu terpulang pada budi bicara dan kebijaksanaan tuan. Ia adalah segudang idea dan segedung pandangan mengenai penindasan ke atas mereka yang tidak bernasib baik dan tiada upaya di dalam negara kita ini. Ada dua kejadian baru-baru ini yang menyebabkan saya tergerak menulis semula kepada tuan. Kejadian pertama ialah berkait dengan perbincangan dalam Forum Hal Ehwal Islam baru-baru ini. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyebut istilah kapitalis apabila mengaitkan isu penindasan kaum peniaga ke atas pengguna. Saya bukan anti kaum kapitalis. Mereka juga manusia yang perlu dihormati. Setelah saya merujuk al-Quran dan Hadis (walaupun belum khatam!) saya ingin berkongsi pandangan-bahawa Islam menghargai kehadiran kapitalis dan sosialis ini. (Kapitalis sosialis di sini adalah yang menurut ukuran tafsiran peribadi saya dan bukan seperti yang ditafsir orang lain) Selain itu, saya melihat Islam lebih memihak kepada sosialis berbanding kapitalis. Salah satu sebab, kenapa saya berkata demikian ialah, kerana saya melihat nabi-nabi dari kalangan sosialis jauh lebih ramai daripada nabi-nabi kapitalis! Tetapi, bukan hal ini yang saya mahu bualkan kepada tuan. Nantilah bila saya ada masa lapang, kita berbual panjang lagi mengenai nabi-nabi sosialis dan nabi-nabi kapitalis. Insya Allah Sekarang, berbalik kepada topik asalan, kita mahu berbual sekejap darihal penindasan. Di dalam forum itu sudah ada semangat menentang penindasan domestik dalam masyarakat kita dalam juzuk dan dimensi ekonomi. Cuma, pada hemat saya, wacana kita mungkin belum capai darjah pemikiran yang lebih tinggi seperti melihat kesan penindasan kaum kapitalis antarabangsa ke atas negara kita. Misalnya, dalam kes FTA yang mungkin menindas kita. Saya rasa, RTM perlu melanjutkan lagi perbahasan itu melalui forum yang sama dengan menjemput tokoh yang ahli dalam selok-belok kepenggunaan seperti CAP juga. Mungkin mereka boleh berkongsi pandangan dengan lebih luas. Forum ini mungkin boleh membangkitkan kesedaran dan kepekaan terhadap penindasan yang menyerang dalam bentuk global dan bukan lagi membabitkan ekonomi domestik seperti yang dibahaskan dalam forum baru-baru ini. bersambung ...
GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5 --------------------------------- Need a quick answer? Get one in minutes from people who know. Ask your question on Yahoo! Answers.

