http://www.geocities.com/ruparaw/Tanda2_Akhir_Zaman.html

              
8. BAHAYA KEMEWAHAN
      
Ertinya:
Daripada Ali bin Abi       Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama 
Rasulullah saw. di       dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. 
dan tiada di atas       badannya kecuali hanya sehelai selendang yang 
bertampung dengan kulit.       Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda 
menangis dan menitiskan       air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab 
ketika berada di Mekkah       dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan 
kerana memandang nasib       Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai 
seorang Muhajirin yang       terpaksa meninggalkan segala harta benda dan 
kekayaan diMekkah). Kemudian       Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah 
keadaan kamu pada suatu saat       nanti, pergi di waktu pagi dengan satu 
pakaian, dan pergi di waktu petang       dengan pakaian yang lain pula. Dan 
bila diangkatkan satu hidangan       diletakan pula satu hidangan yang lain. 
Dan kamu menutupi (menghias) rumah       kamu sepertimana kamu
 memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat,       "Wahai Rasulullah, 
tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari       ini. Kami akan 
menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak       usah mencari 
rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di       hari ini adalah 
lebih baik daripada keadaan kamu di hari       itu".
      
H.R. Termizi       
            
Keterangan
Dalam hadis ini       Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada 
suatu masa kelak       akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. 
Pagi petang pakaian       silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. 
Rumah-rumah mereka       tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam 
perhiasan. Dalam keadaan       demikian kita juga mungkin akan berkata seperti 
perkataan sahabat. Di       mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah 
hendak membuat ibadat.       Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, 
"Keadaan serba kekurangan itu       adalah lebih baik untuk kita", ertinya 
lebih memungkinkan kita untuk       beribadat. 
      
Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada       
Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki       
kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi,       
bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah       
daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan       
dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari       
berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya       
serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang      
 pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu      
 telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang      
 kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)". 
      
Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam       
menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah       
ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan       
seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi       
penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta       
kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak       
kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun       
kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas       
keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain       
yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai       
simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang       
mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini       
tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya. 
      
 
      
=================== Celoteh si Keris Silau       =======================


DEB (Dasar Ekonomi Badawi)



Utusan dijangka merge dengan NST

Sama dengan Sime, Golden Hope dan Guthrie

Ramai pekerja-pekerja susah hati

Mungkin takut hilang pekerjaan nanti

Inilah dilemma orang makan gaji

Terutama mereka yang ada anak bini

Ditambah pula kos kehidupan yang tinggi

Harga barang naik dari tekanan inflasi

Minyak pun dikatakan akan naik lagi

Sebab kerajaan dah tak nak bagi subsidi

Malaysia dijangka jadi net-importer minyak asli

Hasil minyak entah ke mana pergi

Yang kita nampak Twin Tower dan KLCC

Apa yang rakyat kebanyakan perolehi

Peladang, buruh kasar, nelayan dan petani

Masih papa kedana kais pagi makan pagi

Kos perubatan kena tanggung sendiri

Pelajar miskin sangkut di universiti

Sebab tak mampu adik-adik ramai lagi

Terpaksalah jadi pekerja industri

Sebab itu kita mahu pertikai DEB

Siapa yang sebenarnya untung dari polisi ini

Kalau bukan anak-anak dan kroni

Dan mereka yang rapat dengan Menteri

Mendapat lesen free dan beribu-ribu AP

DEB sebenarnya alat kerajaan Badawi

Untuk terus berkuasa sebagai Perdana Menteri

Sentimen kaum akan dimainkan oleh parti

Lihat saja perhimpunan UMNO baru-baru ini

Hunus dan cium keris dalam dewan PWTC

Perkauman bukan ajaran Islam yang suci

Islam tidak suruh amalkan diskriminasi

Islam menjaga hak semua termasuk minoriti

Ini dia pemimpin korup dalam parti

Eloklah rakyat semua sedar hal ini

Jangan kita pilih pemimpin macam ni

Muka cuma manis tapi lain di hati

Cakap lembut tapi hati keras dan mati



Keris Silau

6 December 2006. 




 
---------------------------------
Check out the all-new Yahoo! Mail beta - Fire up a more powerful email and get 
things done faster.

Kirim email ke