KUALA LUMPUR, 13 Dis (Hrkh) - Jika laporan Reuters akan menjadi kenyataan, awal tahun hadapan, pengguna lima lebuhraya di negara ini akan dihadiahkan dengan satu lagi kenaikan harga, kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa.
Kenaikan harga yang baru itu ialah kadar baru tol, yang dijangka naik sehingga mencecah 60 peratus, katanya. Laporan Reuters menyebut, pengumuman mengenainya akan dibuat pada jam 3.15 petang 14 Disember, iatu hari ini. Menurut Husam, arahan juga telah diberikan supaya media tidak membesarkan kenaikan besar-besaran kadar tol itu, untuk membendung kemarahan rakyat. Reuters menjangkakan kenaikan kadar tol yang luar biasa tinggi itu akan membangkitkan kemarahan umum dan meningkatkan lagi kadar inflasi. Kenaikan setinggi 60 peratus itu akan melibatkan lima lebuhraya di dalam dan di sekitar Kuala Lumpur. Kadar baru yang disifatkan hadiah tahun baru itu dijangka berkuatkuasa 1 Januari ini. Dengan kenaikan setinggi 60 peratus itu, jika diambilkira Lebuhraya Damansara-Puchong, tol yang pada masa ini dikenakan pada kadar RM1 akan melambung sehingga RM1.60, satu kadar yang begitu membebankan. Kira-kira 418,000 kenderaan menggunakan lebuhraya itu setiap hari, mencerminkan pengumpulan pertumbuhan tahunan sebanyak 14.5 peratus sejak tujuh tahun lalu, kata firma penarafan, RAM. Menurut Reuters, kebanyakan lebuhraya diluluskan dalam tahun 90an oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memberikan tumpuan kepada dan penswastaan projek mega. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu baru-baru ini menyatakan, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM2 bilion kepada operator lima lebuhraya itu jika kadar tol tidak dinaikkan. Kadar inflasi di Malaysia memuncak sehingga 4.8 peratus Mac lalu, berikutan kenaikan harga minyak. http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=5669&Itemid=28 KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui Bank Islam No Akaun 50120100 27521. Bank in slip bolehlah dihantar kepada : Bendahari Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban K.Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, N.S. ____________________________________________________________________________________ Yahoo! Music Unlimited Access over 1 million songs. http://music.yahoo.com/unlimited ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

