Ruam Lampin  
  
Kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia 
mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam keadaan basah 
terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah 
yang dikenali sebagai ruam lampin. 

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Sihat Tanpa Ubat ... Dapatkan DISKAUN Pembelian HEBAT ...

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Apakah itu Ruam Lampin? 

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. 
Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia 
melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha. 

Apakah yang menyebabkan Ruam Lampin? 

Gejala-gejala Ruam Lampin 

Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh: 

Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia 
dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan 
perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah 
dan keradangan. 

Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, 
ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi. 

Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk 
mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor). 

Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, 
kemaluan, kelangkang dan peha. 

Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah 
garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan 
bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti. 

Penjagaan sendiri 

Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap 
yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk. 

Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera . 

Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air 
kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh 
dengan air (dapatkan nasihat dari pegawai farmasi). 

Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas, minyak mineral 
atau losyen lemak 'wool', zink dan krim minyak kastor). 

Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap; 1-2 kali seminggu sudah 
mencukupi. 

Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik.. 

Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif. 

Cuba elakkan dari memberi makanan atau mengguna bahan kimia baru yang mungkin 
merupakan penyebab ruam lampin. 

Jika anda menggunakan lampin kain, pastikan ia dibilas dengan teliti setiap 
kali dicuci. 

 
Jangan... 

Membiarkan bayi dalam keadaan basah atau memakai lampin yang kotor. 

Kerap menggunakan seluar plastik terutamanya di waktu malam. 

Menggunakan krim kortison sebelum mencuba kaedah penjagaan sendiri seperti di 
atas. Anda mungkin hanya merawat gejala ruam lampin sahaja dan bukan 
penyebabnya.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
TESTIMONI PENGGUNA :

Assalamualaikum,

Saya mempunyai anak perempuan berusia 1 tahun 3 bulan. Sebelum ini anak saya 
mengalami ruam di bahagian punggungnya. Pada mulanya saya sangka kan mungkin 
sesetengah pampers tidak sesuai untuknya. Saya pun menukar ke pelbagai jenama 
dari murah hingga le yg mahal. Malah ruamnya bertambah teruk (merah) dan 
merebak di celah kelangkangnya. Pedih saya melihatnya.

Telah beberapa kali saya ke klinik pakar kanak-kanak bagi menangani masalah 
ini, hinggalah ke satu tahap bukan lagi ruam tapi kulat atau fungus telah 
dijangkiti. Doktor menasihati saya agar di rumah membiarkan anak saya memakai 
seluar shj tanpa pampers ataupun memakai napkin yg di tukar setiap kali basah 
agar pengeluaran udara boleh berfungsi dengan baik dan jika di jangkitan ruam 
ini, doktor menasihati agar tidak menggunakan bedak "powder" atau tepung ubi di 
sapu di bahagian tersebut.

Kulat akan lebih mudah merebak.Penggunaan cream yg di berikan oleh klinik juga 
tidak berapa berkesan. Sekejap hilang sekejap muncul balik ruam tersebut. 
Hinggalah satu ketika saya mendapat email dari saudara Mohd Johari berkenaan 
produk Biovco 4 bulan lepas.

Saya terus mencubanya dimana setiap kali saya menukar pampers anak saya, akan 
saya sapukan minyak Biovco ini di bahagian ruam nya itu. Alhamdullilah 
keberkesanannya dapat di lihat dalam masa 1 minggu shj. Ruam dan kesan 
bintik-bintik kemerahan hilang sedikit demi sedikit tanpa meninggalkan parut. 
Malah hingga kini setelah mengenali produk Biocvo dan dengan keizinan Allah 
juga, anak saya tidak lagi di jangkiti ruam, walaupun saya hanya menggunakan 
produk Biovco selama 2 minggu sahaja.

Terima kasih,

Puan Suhaiza Shahrani
Prai, Pulau Pinang.
Tel : 019-235XXXX
Email : [EMAIL PROTECTED]
 
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Sihat Tanpa Ubat ... Dapatkan DISKAUN Pembelian HEBAT ...

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke