Salam,
Kelas Quranic Arabic Online akan diteruskan pada hari Rabu, jam 9.30-10.30
mlm waktu Malaysia, di Paltalk. Makluman kelas disertakan di bawah. (Kelas
tidak diadakan di Yahoo Messenger buat masa ini, seperti yang tertera, kerana
YM bermasalah). Sila hubungi saya di [EMAIL PROTECTED] atau ke
http://groups.yahoo.com/group/Tafsir_AlQuran/ untuk makluman lanjut.
Wassalam
Abu Muaz
@@@@@@@
KURSUS QURANIC ARABIC ONLINE
Pengenalan
Langkah pertama biasanya merupakan langkah yang paling sukar di dalam
melakukan sesuatu. Kursus secara online ini bertujuan untuk memudahkan langkah
pertama itu bagi seseorang mempelajari bahasa yang paling istimewa Quranic
Arabic.
Objektif
Memberikan pengenalan awal kepada Quranic Arabic (QA). Ia lebih menekankan
kepada makna-makna perkataan dalam ayat Al-Quran. Ia bertujuan untuk
membolehkan peserta mengaitkan antara ayat Al-Quran dengan terjemahannya.
Vocabulary asas - gantinama, sendinama, sendikata dsb akan diperkenalkan kepada
peserta. Grammar tidak ditekankan di peringkat ini.
Membuktikan bahawa QA tidaklah sesukar yang dijangkakan. Ia sukar, tidak
mudah, tetapi tidaklah sesukar itu. Sedikit sebanyak ini boleh menjadi
perangsang untuk pembelajaran lanjut.
Melahirkan sikap berbeza sewaktu membaca Al-Quran di kalangan peserta -
tidak sekadar membaca sahaja tetapi cuba juga untuk memerhatikan makna
ayat-ayatnya.
Sasaran
Absolute beginners yang tidak ada background bahasa Arab, tetapi mampu
membaca Al-Quran.
Bahan
Textbook utama kursus ialah Al-Quran dan Terjemahnya, terbitan Dept Agama
Indonesia. Bagi yang tidak memiliki naskah ini, mereka boleh dapatkan
terjemahan dari http://quran.zayanti.com/index.php?q=2.
Nota dan homework untuk kursus ini yang diuploadkan dari masa ke semasa ke
bahagian FILES mailing list Tafsir Al-Quran
(http://groups.yahoo.com/group/Tafsir_AlQuran/files), folder Kelas Quranic
Arabic Online.
Bahan-bahan yang terdapat dalam folder Quranic Arabic di FILES dan LINKS
dalam mailing list.
Untuk pembelajaran lanjutan, buku 'Access to Qur'anic Arabic', susunan Ustaz
Abdulwahid Hamid. Makluman berkenaannya terdapat di:
www.melspublications.com/
Tempat
Conference Yahoo Messenger (YM). Sila add id quranic_arabic untuk dijemput
masuk ke dalam conference semasa kelas. Sila ke www.yahoo.com untuk makluman
software ini.
Back-up - Room Kelas Quranic Arabic Online di Paltalk, category :
religion, sub-category : Islam. Sila ke www.paltalk.com untuk makluman software
ini.
Masa
Setiap hari Rabu jam 9.30-10.30 malam waktu Malaysia.
---------------------------------
The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from
your Internet provider.