Salam,
InsyaAllah Kelas Quranic Arabic Online akan diteruskan pada masa yang sama
hari Rabu ini, jam 9.30-10.30mlm waktu Malaysia. Seperti biasa ia akan diadakan
di Paltalk, room 'Kelas Quranic Arabic Online' yang terdapat di bawah category
Religion, sub-category Islam. Room dibuka kira-kira setengah jam sebelum kelas
bermula.
Kelas akan dimulakan dengan ulangkaji kelas yang lalu, makna perkataan dalam
surah Al-Baqarah ayat 1-5. Sila siapkan homework 2, semak dengan nota 2 sebelum
kelas. Kedua-dua files terdapat di folder Kelas Quranic Arabic Online yang
terdapat di bahagian file mailing list
http://groups.yahoo.com/group/Tafsir_AlQuran/.
Pelajaran baru yang akan dilalui hari Rabu ini ialah Gantinama Diri. Sila
download dan print kertas latihan 2 yang terdapat di folder yang sama.
Bagi yang masih belum mengikuti kelas ini, anda belum terlambat. Cuba baca
nota 1 dan 2 kelas yang terdapat di folder berkenaan. Boleh hubungi saya di
[EMAIL PROTECTED] atau pm ke YM id quranic_arabic sekiranya perlu penerangan
lanjut.
Jumpa Rabu nanti.
Wassalam
Abu Muaz
---------------------------------
New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.