http://alkhatab.tripod.com/bah1bab3qisasperkara12514/
Qanun Jinayah Syar`iyah Bahagian 1
Bab 3 Fasal 4: Mencederakan.
Perkara 125 : Qisas anggota. 4) Hukuman qisas yang dikenakan ke atas
penjinayah-penjinayah yang mencederakan anggota dan melukakan tubuh badan orang
lain hendaklah dibalas dengan balasan yang bersamaan, iaitu mencederakan
anggota badan dibalas dengan mencederakan anggota badan, dan melukakan dibalas
dengan melukakan. Hukuman ini adalah berdalilkan nas-nas berikut: a)
Firman Allah Taala (yang bermaksud): Dan Kami telah tetapkan atas mereka di
dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas
dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan
telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas
(seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia
penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah
al-Ma`idah: 45)
b) Hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a
:
Bahawa seorang Yahudi telah menyepitkan kepala seorang anak perempuan antara
dua batu, lalu ditanyakan kepadanya: Siapa yang melakukan perbuatan itu kepada
engkau, betulkah si anu? Hingga disebutkan nama orang Yahudi itu, lalu
diisyaratkannya dengan kepalanya. Maka didatangkanlah orang Yahudi itu, lalu ia
mengaku. Maka Nabi s.a.w pun menyuruh sahabatnya menyepitkan kepala orang
yahudi itu dengan kedua buah batu itu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
[ Ini dia tuan-tuan dahulu pada zaman Nabi, yahudi tunduk kepada Islam, namun
hari ini keadaan dah jadi terbalik. Kini mereka menguasai dunia sehinggakan PBB
sanggup jadi balaci kepada negara yahudi tu. Kalau berlaku apa saja
pertembungan senjata melibatkan Israel, kita akan lihat bagaimana PBB gagal
berfungsi. Tetapi sekiranya dilihat Israel nak kalah, tiba-tiba sahaja resolusi
demi resolusi dikemukakan untuk menamatkan peperangan yang merugikan Israel.
Sehingga ke hari ini seluruh dunia berdiam diri apabila Palestin diserang.
Inilah hasilnya apabila semua kerajaan-kerajaan orang Islam jadi bacul, hanya
sekadar diam berpeluk tubuh terhadap apa yang berlaku di Palestin. Liga Arab
dan begitulah juga OIC gagal berfungsi kerana kesemua pemimpin-pemimpin negara
orang Islam takutkan Amerika. Setelah Amerika mengejutkan mereka dengan apa
dilakukan ke atas Saddam Hussein, maka semua pemimpin-pemimpin Islam yang biasa
dengan kemewahan menjadi bimbang. Mereka lebih bimbangkan kerusi mereka
daripada bimbangkan nyawa umat Islam. Semua mereka diam. Tidak ada seorang pun
dikalangan mereka berani mengecam memberi amaran bahwa mereka akan campurtangan
ataupun menghulurkan bantuan senjata, malah mereka sendiri turut mengikut
langkah tuan mereka, Amerika syaitan al-akbar, dengan mengenakan sekatan
ekonomi terhadap Palestin. Inilah perkembangan di timur tengah yang sangat
mendukacitakan kita, termasuklah media-media yang langsung tidak
membantu. Walaupun ada liputan-liputan tentang serangan terhadap orang Islam,
tetapi kerenah media-media masih seperti sebelumnya. Kesemua media masih
menyiarkan hiburan-hiburan yang melalaikan generasi muda terhadap apa yang
berlaku di dalam dunia orang Islam. Sudahlah media dimandulkan, khutbah-khutbah
di mimbar pun sama, masih membicarakan tentang masalah alam sekitar, sedangkan
setiap hari dunia Islam dibom.
Di negara Islam hadhari juga tidak kurang kecelaruannya. Isu murtad semakin
menjadi-jadi. Penjelasan tentang kemurtadan perlu diperjelaskan dengan
sejelas-jelasnya. Barangsiapa iktikadnya yang membawa kepada murtad, maka
ketika itu ia sudah pun murtad. Ini orang awam perlu tahu. Bahkan peguam-peguam
yang mengaku Islam tetapi mereka menyokong untuk orang murtad, ketahuilah bahwa
mereka itu juga turut murtad. Seperti juga peguam-peguam Islam yang menyokong
gerakan IFC untuk menghapuskan Islam dalam negara ini, mereka juga sebenarnya
telah pun murtad walaupun mereka masih bernama dengan nama-nama Islam. Ini
adalah kerana mereka bersatu menyokong orang-orang kafir untuk memerangi umat
Islam. Menjatuhkan Islam adalah perbuatan yang kufur. Dalam Quran sebut cukup
jelas bahwa sesiapa yang memberikan wala`kepada pihak kafir, maka dia
dikalangan mereka. Di sini isu yang dilihat ialah usaha pihak kafir untuk
menjatuhkan mahkamah syariah. Mereka mahu isu-isu syariah didengarkan di
mahkamah sivil. Sebab itu kes Lina Joy menjadi tumpuan dunia, kerana kes
tersebut akan menjadi titik-tolak untuk memungkinkan negara ini
dihitam-putihkan secara jelas dengan mengubah perlembagaannya supaya Islam
tidak lagi menjadi agama rasmi persekutuan. Ya memang PM telah memberi amaran
kepada golongan yang menyokong penubuhan IFC, tetapi barang diingat bahwa
golongan ini sama sekali tidak akan berhenti dari agenda mereka. Mungkin
pusingan ini mereka tidak berjaya. Tapi ketahuilah, pasti mereka akan merancang
strategi seterusnya. Inilah yang peringatkan oleh Allah kepada kita tentang
golongan ini (yahudi/nasara), yang sama-sekali tidak redha dengan Islam.
Dalam keadaan umat Islam akhir zaman yang semakin tertekan hari ini,
sepatutnya pejabat-pejabat agama di keseluruhan negara hendaklah menulis
khutbah-khutbah yang boleh membangkitkan semangat dan memberi kesedaran kepada
umat Islam tentang bahayanya isu murtad ini. Semua agenda ke arah murtad
hendaklah ditentang. Pihak media tolong beri penuh perhatian dalam masalah ini.
Kalau tidak boleh hapuskan kesemuanya, sekurang-kurangnya limitkan siaran
hiburan-hiburan yang melalaikan orang Islam daripada isu asal kita. Semua
penceramah, tak kiralah, di masjid, di tv, di mana-mana sahaja, sudah tidak ada
masa lagi untuk bercakap tentang cerita-cerita lawak bodoh yang tidak memberi
faedah, sebaliknya hendaklah mereka menegaskan tentang bahayanya masalah
murtad.
Namun bukan semua boleh tangani isu murtad. Golongan yang Allah sebut di
dalam Surah al-Maidah ayat 54-56 sahaja mempunyai ciri-ciri yang boleh
menentang orang-orang murtad. Allah sebut, Wahai orang-orang yang beriman,
barangsiapa yang murtad dikalangan kamu dari agamanya, maka Allah akan
mendatangkan suatu kaum yang Allah cintakan mereka dan mereka cintakan Allah,
mereka berlemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi menunjukkan
kekuatan terhadap orang-orang kafir; mereka berjuang pada jalan Allah dan
mereka tidak takut pada celaan orang-orang yang mencela. Yang demikian itu
kurniaan Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Allah itu maha luas
kurniaanNya lagi maha Mengetahui. Sesungguhnya yang menjadi pemimpin kamu
adalah Allah, rasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan solat dan
mengeluarkan zakat, serta mereka rukuk bersama orang-orang yang rukuk.
Barangsiapa yang mengangkat pemimpinnya Allah, rasulNya dan orang-orang yang
beriman, maka
sesungguhnya parti Allah lah yang akan mencapai kemenangan.
Allahu`alam.
10/04/07
---------------------------------
Looking for earth-friendly autos?
Browse Top Cars by "Green Rating" at Yahoo! Autos' Green Center.